*“SIAPAKAH SAHABAT KITA ?”
.
Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang menegur dosa kita, kerana mana mungkin sahabat yang sayangkan kita akan biarkan kita berada dalam murka Allah. Semoga memberi manfaat. Share dan tag kawan-kawan ya!
.
Ilmu Tambahan:-
1)Sahabat yang benar-benar cinta dan sayangkan kita adalah sahabat yang sentiasa membimbing kita kearah jalan yang diredhai Allah. Walaupun kita melakukan dosa dia akan tetap tegur kita dan sesekali tidak akan membiarkan kita dalam dosa tersebut. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menasihati kita sepanjang masa.
.
2)kawan dianggap seperti cerminan diri kita. Kita tidak akan nampak kesalahan kita, yang hanya nampak adalah kawan kita, kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat dah betul, tapi sebaliknya salah yang kita tak tahu. Jadi kawan kita lah yang akan menasihati kita supaya kita kekal dalam kebaikan.
.
3)Jadilah kawan yang baik, kalau nampak kawan buat salah, dosa atau maksiat, jangan lah terikut sebaliknya tegur lah dia. Walaupun kita takut dia terasa hati, dia sedih, dia benci, kuatkan hati kita dan tegur dengan niat untuk bimbing dia. Sebelum tegur doa! “Ya Allah lembutkanlah hati kawan aku untuk terima nasihat aku,” doa juga “ya Allah moga-moga apa yang aku nasihatkan ini tidak menjadi asbab kepada kebencian sahabatku” okay? Semoga membantu.
.
Selamat menjadi Sahabat dunia dan Akhirat. Moga Allah redha.
.
@mencari keredaan#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan