Khamis, 11 April 2019

12.04.2019 muhasabah hati

MUHASABAH HATI

Rasulullah tetap tersenyum bila dibenci.
Tetap tenang bila dimusuhi.
Tetap membantu walau disakiti.
Tetap menyeru walau diusir pergi.

Tapi kenapa kita,

Mudah benci bila dikasari.
Mudah putus asa bila tidak sesuai dengan yang diingini.
Mudah kecewa bila orang lain tidak memahami.
Mudah terguris bila dilukai.

Jadikan Allah sebagai tujuan dan cukuplah Allah sebaik baik Penolong serta sebaik-baik Pelindung.

Allah tahu hatimu perit menahan luka.

Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta.

Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya.

Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik.

Cuma kamu sebenarnya yang tidak menyedari.

Bukan mudah untuk redha dan pasrah.

Hati perlu kuat dan tabah...

Yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat.

Jaga hati hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Rabbi…

Sentiasalah merenung ke dalam diri.

Setiap yang hadir adalah anugerah dari Ilahi.

Tidak semua mampu melalui kecuali mereka yang telah Allah pilih.

Usahlah menangis kerana ujian yang mendatang tetapi menangislah kerana telah dipilih Allah untuk ujianNya.

Waallahualam..

🕋🕋🕋

Mencari keredaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan