Jumaat, 19 April 2019

20.04.2019 salam

Salam buat di saya

Sambutan hari lahir  patut diraikan bukan hanya dengan keseronokan yang melalaikan, tapi patut jadi hari kita insaf dan muhasabah diri.

Setiap kali hari ulang tahun , setiap kali itulah tempoh kita berada di dunia ini semakin berkurangan setahun.

Umur bertambah,
jangka hayat berkurang.

Banyak waktu, air mata yang menghujani pipi itulah yang mengajar kita erti keredhaan. Bersedihlah seketika dan bangkit berjuang semula.

Hati bilamana ditutup, apa yang dinampak oleh mata dan didengar oleh telinga, tidak akan dikesan oleh hati sebab hatinya tertutup.

Tetapi bilamana hati terbuka, laluan kepada kebenaran melalui mata dan juga telinga akan disentuh oleh hati.

“... Di setiap indah senyumnya ada duka yang terukir, itulah lakonan hidup, menyembunyikan duka di balik tawa, memendam lara di balik senyuman manis ...”

Ya allah,
Jika aku menyakiti orang lain,
Berikanlah aku kekuatan untuk meminta maaf.

Dan jika orang lain menyakiti aku berikanlah aku kekuatan untuk memaafkannya.

@mencari keredaan#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan