ASSALAMUALAIKUM
TAZKIRAH... SEKADAR RENUNGAN BUAT DIRI
Kematian sesuatu yg pasti. Semua org akan merasainya. Takut atau tidak, cepat atau lambat semuanya telah ditentukan sejak azali lagi dan dunia hanyalah tempat persinggahan utk kita mengutip seberapa banyak amal utk dibawa kealam yg begitu asing buat kita.
Kegelapan, kesempitan kekosongan dan kesunyian adalah teman yg sedia menanti kita dan disaat ini tiada siapa yg menemani kita melainkan tiga perkara yakni sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan serta anak yg soleh. Disinilah kehidupan kita baru bermula. Baik atau buruk lubang gelap inilah yg menjadi saksi. Namun apa yg pasti Saidina Uthman bin Affan pernah berkata, bahawa Rasulullah bersabda;
Alam kubur adalah awal perjalanan akhirat dan barangsiapa berhasil dialam kubur maka seterusnya lbh mudah. Barangsiapa yg tidak berhasil maka seterusnya menjadi berat. Saidina Uthman berkata lagi, "Aku tidak pernah melihat sesuatu yg lbh mengerikan drp kubur.
Inilah realitinya, kematian blh jadi anugerah tetapi ianya juga blh jadi titik mula penyesalan. Semuanya bergantung kpd pilihan kita ketika bermusafir diatas mukabumi ini. Hakikatnya peringatannya telahpun diberikan melalui alQuran dan juga hadis2 Nabi saw. Hanya manusia yg bijak saja yg akan mengambil peringatan ini disaat kematiannya dtg bertandang. Jadi apakah kita sudah menyediakan jambatan nikmat utk kita kecapi sepanjang perjalanan kita menuju saat amal kita ditimbang?
Jawapannya hanya ada dlm diri kita. Yg pasti kebahagian hari esok bermula hari ini...
RENUNG2KANLAH
@mencari keredaan#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan