Jumaat, 12 April 2019

12.04.2019 jiwa yang teguh

Siapa tahu kenapa 1 hari akhirat=1000 tahun dunia ?
.
.
Sebab hari itu adalah hari akhir. Hari yang tidak ada lagi putaran siang dan malam. Perbicaraannya 1 hari itu berlangsung selama 1000 tahun. Allah nak hisabkan semua ummat dari Adam sehingga ummat Muhammad. Beratus-ratus juta manusia.
.
Giliran kita ? Ntah bila. Jika buruk amal kita. 1000 tahun siksa nak menghadap titian sirat. Jika baik amal kita bahagialah kita dalam keadaan amal masing-masing.
.
Nak masuk syurga ahli syurga setiapnya terpegun di depan pintu syurga selama 40 tahun kerana keindahan di dalamnya terlalu mengasyikkan sehingga tak sedar berdiri selama itu.
.
Alam akhirat bukan alam sekejap. Dunia ni 60 tahun kita rasa macam dah lama je hidup kan ? Tidak... Seribu tahun itu lama. Itulah kehidupan kita yang sebenarnya.
.
Apakah persiapan mati yang kita dah persiapkan sekarang ?

Banyak mana ilmu bermanfaat yang kita dah amalkan sebarkan ?

Banyak mana sedekah jariah yang kita dah sumbangkan setiap hari ?

Singgit ke tabung masjid janji ikhlas kita katakan ?

Bagaimana keadaan ibu bapa kita yang kita abaikan dengan hasrat tiket anak solehah yang kita pegang dah lama hilang ?
.
@mencari keredaan#
@Jiwa yang teguh kejalan Allah#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan