Bersambung
Berikut adalah contoh-contoh lagi hadis maudhu’ (palsu) yang telah berleluasa tersebar dalam masyarakat kita.
1- أطلبوا العلم ولو بالصين
Maksudnya: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudu’)
Lihat Al-Samhudi. Al-Ghummaz min al-Lummaz.
2- أنا مدينة العلم وعلى بابها
Maksudnya: “Saya adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya”.(Ulamak menghukumkannya maudu’, walaupun ada sebahagian mereka menghukumkan doef)
Al-Bani. 2001. Silsilat al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdu’ah; Al-A’jluni. 1997. Kasyfu al-Khafa’ ; al-Suyuti. Al-Laali’ al-Masnua’h fi al-Ahadith al-Mauduah.
3- Hadith bermaksud: “Jika isteri berkata kepada suami belum pernah aku dapat merasa kebaikan darimu maka bererti gugur amalnya”.
Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhua’h.
4- Hadith bermaksud: “Apabila masuk bulan Syaa’ban perbaikilah niat kamu kerana bulan Syaa’ban atas bulan lain seperti kelebihanku atas para nabi”.
Ibn H.ajar mengatakan bahawa Hadis ini mawdu’ kerana al-Saqt.-i, salah seorang perawinya terkenal sebagai pemalsu hadis dan pereka sanad (تركيب الأسانيد). Perawi-perawi lain dalam sanad ini sama sekali tidak pernah meriwayatkan hadis ini. Jadi jelaslah bahawasanad dan hadis ini adalah rekaan al-Saqt.-i. (Ibn Hajar. Abu Fadl Ahmad Bin Ali al-Asqalani. 1988. Tabyin al-a’jaib bima wurid fi fadl Rajab. Dar al-Kutub Ilmiah Bairut.).
5- Hadith bermaksud: “Dinamakan Syaa’ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak”.
Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhuah. Jil 7
6- Hadis: “Barang siapa meringan-ringankan dan melalaikan akan sembahyang lima waktu yang difardhukan, disiksa oleh Allah dengan lima belas macam siksa. Enam siksa sewaktu di dunia ( semasa hayat ), tiga siksa sewaktu hampir ajalnya (matinya), tiga selama di kuburnya dan tiga siksa sewaktu berjumpa kelak dengan Tuhannya di hari berbangkit. Para Sahabat bertanya , apakah siksa yang didapatinya semasa di dunia, kata Nabi S.A.W.
Hilang berkat umurnya.
Hilang berkat rezekinya.
Dihilangkan Allah tanda orang soleh pada mukanya.Tidak diakui ia masuk golongan Islam.
Segala amal baiknya yang dikerjakannya tidak ia memperoleh pahala.
Doanya tertolak.
Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al-Halabi Kaherah.
7- Kitab Dosa-dosa besar oleh Haji Abu Bakar Ya’qub, hlm 7. Poster-poster yang tergantung di dinding masjid.
8. حب الوطن من الإيمان
Insya Allah bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan