🌹Kerana mencari yang Solehah itu sukar🌹
"Bang.. tolong carikan saya sorang calon Isteri yang Solehah."
Ada anak gadis yang merupakan sorang Hafizah 30 juzuk AlQur'an tetapi tidak cekap mengurus rumahtangga.
Ada anak gadis yang tinggi Ilmu Agamanya tetapi tak pandai memasak.
Ada anak gadis yang bijak, pandai, berkerjaya, professional tetapi kurang teliti menjaga Auratnya.
Ada anak gadis yang Mulia Akhlaknya tetapi kurang lancar bacaan AlQur'annya.
Ada anak gadis yang Indah Tilawah AlQur'annya tetapi terlebih manja mengurus emosinya.
Ramai yang hebat di luar (contohnya di universiti, alam pekerjaan) tetapi lemah di dalam. (dalam rumahtangga, mengurus makan minum dan rumah, suami dan anak-anak).
"Habis tu? Susahnya nak cari yang Solehah. Yang tahu serba-serbi."
Pesanan Ikhlas buat Para Pemuda.
Pencarian mendapatkan Isteri yang Solehah bukan bermula dengan menyenaraikan ciri-ciri Gadis Solehah yang kita cita-citakan.
Tetapi bermula dengan menjadikan diri kita sendiri sebagai seorang yang Soleh.
Jaga Solat kita, jaga AlQur'an kita, jaga Akhlak kita, belajar memasak, rajinkan diri membantu ibu & ayah di rumah, di dapur dan ke pasar, jadi Qudwah buat adik-beradik dan masyarakat, pertingkatkan kualiti diri sebagai Pemimpin, bersabar dengan ujian hidup, bersyukur setiap masa dengan segala apa yang kita miliki.
Bukan mengharap si Solehah bergolek, berguling datang ke riba sedangkan kita, 'hape pun tarak'.
Everything begins with us, not them.
🌹Ibnu Hashim🌹
Keep smile ☺️
@mencari keredaan#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan