Sabtu, 27 April 2019

28.04.2019

118 of 365 🗓 AHAD 💕 22 SYAABAN 1440H 28 April 2019

💕 07 hari menuju 👉 RAMADHAN 1440H

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

KEHILANGAN...

Ada yang kehilangan ibubapa
Ada yang kehilangan adik beradik
Ada yang kehilangan ahli keluarga
Ada yang kehilangan saudara
Ada yang kehilangan suami
Ada yang kehilangan isteri
Ada yang kehilangan duit
Ada yang kehilangan harta benda
Ada yang kehilangan haiwan peliharaan
Ada yang kehilangan kerjaya
Dan sebagainya...

Bila rasa kehilangan...Semua akan rasa down.

Sejauh mana kah RASA kehilangan itu membina jiwa kita untuk terus kuat?

Sedalam manakah RASA kehilangan itu mengoncang HATI?

Seteguh manakah penyerahan HATI pada DIA?

Ramai di antara kita bila kehilangan duit atau fon atau barang berharga...

Terus habis nama binatang menjadi mangsa sumpahan
Maki hina tanpa usul periksa
Hilang akal dan kewarasan
Di kuasai nafsu amarah yang menggila.

Ada yang kehilangan orang tersayang...
Menagis...Meraung...Meratapi...
Hingga lupa pada yang masih ada.

Manusia...
Selalu takut bila kehilangan hal DUNIAWI.
TAPI tak pernah hirau peduli bila KEHILANGAN hal UKHRAWI
Tiada muhasabah apa sebenarnya yang ALLAH ingin ajarkan.

Sebagai contoh teman yang soleh solehah
Dah ada di sisi...teman yang sentiasa memberi nasihat, selalu menegur baik buruk, sentiasa ada di saat susah senang, selalu bersama dalam suka duka serta sanggup berkorban duit, harta, masa dan juga tenaga untuk membawa kita kepada ALLAH tapi kita sering lupa dan tak peduli.

Manusia sering menganggap orang yang membicara tentang AL HAQ sebagai berlagak, menunjuk, pendusta, poyo dan bajet semata.
Inilah tabii manusia.

Hingga satu saat...Teman yang soleh solehah itu PERGI. Satu detik kita BENAR akan rasa apa itu ERTI KEHILANGAN.

Kita bukan sekadar KEHILANGAN teman soleh solehah namun kita turut KEHILANGAN banyak perkara ukhrawi.

Tak memanfaatkan bulan Ramadhan juga satu KEHILANGAN.

Kita KEHILANGAN redha ALLAH yang dibuat selama ini asbab umpat, fitnah, ghibah dan hal yang sewaktu dengannya.

Dan RASA KEHILANGAN yang sebenarnya adalah bila kita KEHILANGAN CINTA ILAHI.
Itulah KEHILANGAN yang paling rugi rugi dan rugi seruginya.

Tak risau bila KEHILANGAN pahala
Tak peduli bila KEHILANGAN redha dan berkat ALLAH kerana tak solat, tak baca quran, tak tutup aurat, tak puasa dan qada puasa, tak bayar zakat bagi yang mampu, tak taat ibubapa,  tak hormati guru agama dan sebagainya.

Kita KEHILANGAN berkat dan redha ALLAH
Kita KEHILANGAN catatat amalan perbuatan baik

Tangisi lah diri...
Ratapi lah HATI...
Bila sekarang kita lebih risaukan KEHILANGAN duniawi tapi sikit pun tak ada RASA risau dan peduli bila KEHILANGAN tentang hal AKHIRAT...

Kita yang dalam KEHILANGAN segalanya.
Kita yang dalam KERUGIAN yang nyata

Allahu Rabbi
Laa ilaaha illallah
Muhammadur Rasulullah

Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad
Wa a'la ali saiyidina Muhammad

Laa haula wala quwwata illaa billah

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan#🌸🌸🌸

Tiada ulasan:

Catat Ulasan