Isnin, 20 April 2026

Selamat pagi semua semoga Allah permudahkan segala urusan.....
Adik-beradik... yang tak bertanya khabar Ada yang diam.
Ada yang jauh. Ada yang seakan tidak lagi mencari.
Tapi aku mula sedar... mereka tidak lagi bertanya khabar, mereka tidak lagi hadir seperti dulu...tapi aku belajar satu perkara:
kasih itu tidak selalu dalam kata-kata, kadang-kadang ia hidup dalam doa yang tidak didengari manusia.
Dan aku memilih untuk tenang...
kerana Allah yang menjaga hubungan ini, walau kita sedang jauh dalam cara hidup masing-masing.

Sabtu, 18 April 2026

19.04.2026 hari lahir ku

Dalam hidup ni, kita penat nak puaskan hati manusia...
Kejar sana sini, jaga perasaan semua orang,takut orang kecil hati..Sampai kadang kita lupa, siapa sebenarnya yang paling layak kita puaskan dulu.
Hakikatnya...
Yang paling utama kita kena jaga adalah hati Pencipta kita.
Sebab bila Allah redha, hidup kita walau sempit tetap rasa cukup... walau susah tetap rasa tenang.
Lepas tu... barulah kita jaga hati yang dekat dengan kita.Isteri yang setia di sisi,Anak-anak yang jadi amanah,Ibu bapa yang banyak berkorban,Dan sahabat yang masih ada waktu kita jatuh. Jangan sibuk nak puaskan semua orang,Tapi orang yang ada masa kita susah... kita abaikan.Dan yang paling penting...Allah yang akan nilai semuanya.
Jadi dalam hidup ni...
Tak perlu jadi sempurna di mata manusia, Cukuplah kita berusaha jadi baik di sisi Allah 
*@mencari keredhaan#*