101 of 365 🗓 KHAMIS 💕 05 SYAABAN 1440H 11 April 2019
💕 24 hari menuju 👉 RAMADHAN 1440H
Bismillahir Rahmanir Rahiim...
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈
7 PELINDUNG 7 PEMUSNAH
Ada tujuh amalan pelindung.
Pelakunya akan mendapat naungan Allah di Mahsyar. Adakah kita antara mereka...?
Ada tujuh amalan pemusnah.
Adakah kita sedang menuju ke arahnya...?
Jom ambil cakna!
TUJUH PELINDUNG
Nabi bersabda,
“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:...” (Riwayat al-Bukhari)
1. Pemimpin adil
Maksudnya amalan berlaku adil dalam memimpin. Kita semua pemimpin dalam wilayah tersendiri.
2. Orang muda yang membesar dalam beribadah kepada Allah.
Maksudnya beramal sejak usia muda. Insha-Allah kita semakin menjiwai amalan ini lebih banyak belajar daripada bermain dan tidak begitu teruja dengan hiburan.
3. Orang yang hatinya terpaut dengan masjid.
Umumnya ada dua amalan yang memberikan natijah ini; suka solat berjemaah dan suka mengikuti pengajian di sana.
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana-Nya.
Maksudnya amalan suka bersahabat dan bersilaturahim.
5. Seseorang yang digoda wanita yang berkedudukan lagi lawa tetapi dia menolak; ‘sesungguhnya aku takut akan Allah!
Maksudnya amalan menjaga maruah diri bermula daripada sangat menjaga pandangan mata. Seterusnya tidak suka bergaul dan berinteraksi dengan orang bukan mahram tanpa keperluan.
6. Orang yang bersedekah senyap-senyap sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanan.
Maksudnya amalan menolong orang susah secara ikhlas.
7. Orang yang mengingati Allah sendirian lalu mengalir air matanya.
Umumnya ada dua amalan yang menatijahkan ini; suka muhasabah diri dan berqiamullail.
TUJUH PEMUSNAH
Nabi mengingatkan, “Jauhilah tujuh pemusnah:..” (Riwayat al-Bukhari)
1. Syirik
Maka jangan dekatinya dengan sikap mudah teruja dan percaya dengan perkara khurafat, tahyul dan karut-marut.
2. Sihir
Maka jangan dekatinya dengan amalan suka berbomoh dan teruja mendapatkan ayat pengasih, ayat pelaris dan sebagainya.
3. Membunuh
Maka jangan dekatinya dengan perangai mudah mengutuk orang lain, cepat baran jika ada orang buat silap dan suka menyelesaikan pertikaian dengan cara keras.
4. Riba
Maka jangan dekatinya dengan perangai suka meminjam, liat membayar.
5. Makan harta anak yatim
Maka jangan dekatinya dengan perangai suka mengambil kesempatan atas orang lain.
6. Lari daripada medan perang
Maka jangan dekatinya dengan membiarkan sikap penakut dan pengecut yang ada dalam diri.
7. Menuduh wanita beriman lagi suci berzina
Maka jangan dekatinya dengan sikap mudah prejudis dan lebih suka mengetahui perkara buruk seseorang daripada mengambil tahu kebaikannya.
"Ya Allah, perlihatkan kami suatu kebenaran itu kebenaran lalu kurniai kami kecenderungan untuk mengikutinya.
Dan perlihatkan kami suatu kebatilan itu kebatilan, lalu kurniai kami kekuatan untuk menjauhinya."
Ahlan Wa Sahlan ya Syaaban...
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
Ya ALLAH ! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
•══◎◎♡◎◎══•
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋
@mencari keredaan🌸🌸🌸
Tiada ulasan:
Catat Ulasan