Jangan sesiapa pun merasai dirinya lebih baik dari orang lain, jangan puji dan angkat diri sendiri. Orang tidak tahu siapakah yang paling bertaqwa di kalangan manusia kerana siapapun tidak boleh meletakkan pangkat dalam masalah taqwa itu, yang boleh meletakkannya ialah Allah.
Didalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Didalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Didalam kesempitan jiwa ada kekuasaan ilmu.
Tidak perlu menjadi permata yang berharga.. cukup lah menjadi batu yang berguna.
Bersyukurlah yang hari ini mendapat ujian. Pertanda Allah masih menyayangi kita.
Bersyukurlah yang hari ini belum mendapatkan apa yang diinginkan.
Pertanda Allah ingin melatih supaya mudah bersyukur dan bersabar.
@mencari keredaan#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan