180 of 365 🗓 SABTU 💕 25 SYAWAL 1440H 29 Jun 2019
Bismillahir Rahmanir Rahiim...
Assalamualaikum dan Selamat petang
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈
INGATLAH TUJUH PESANAN NABI SAW
Nabi saw bersabda:
Aku tinggalkan kepada mu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama2nya yakni alQuran dan sunnahku (HR Imam Malik)
Daripada hadis ini jelas kepada kita bahawa barangsiapa yang berkehendakkan kehidupan yang sejahtera baik didunia mahupun diakhirat sebagaimana yang dikehendaki Allah swt maka tiada jalan lain kecuali kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis dalam kehidupan seharian.
Allah swt berfirman yang bermaksud:
Wahai orang2 yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul Nya, dan jangan lah kamu berpaling dari Nya, padahal kamu mendengar (perintah2 Nya)
(Al Anfal ayat 20)
Justeru itu andainya kita inginkan kejayaan didunia dan diakhirat maka ikutilah segala ajaran yang terkandung didalam alQuran dan sunnah Nabi saw.
Ini kerana didalam alQuran itu mengandungi banyak pengajaran serta panduan bagi memandu kehidupan didunia.
Begitu juga dengan hadis2 Nabi saw. Begitu banyak sekali pesanan baginda kepada umatnya.
Antaranya tujuh pesanan baginda kepada sahabatnya Abu Dzar al Ghifari.
Dalam satu hadis Abu Dzar berkata bahawa,
Kekasihku Rasulullah saw telah berwasiat kepada ku dengan tujuh perkara:
• Pertama supaya aku menyintai orang miskin dan dekatkan dengan mereka.
• Kedua, baginda memerintahkan aku agar melihat orang yang dibawahku dan tidak melihat orang yang diatasku.
• Ketiga, baginda memerintahkan agar aku menyambungkan silaturahim meskipun mereka berlaku kasar kepada ku.
• Keempat, aku dianjurkan untuk memperbanyakkan ucapan "Laa hawla wa laa quwwata illa billah"
• Kelima , aku diperintahkan untuk mengatakan benar meskipun pahit.
• Keenam, baginda berwasiat kepadaku agar aku tidak takut akan celaan manusia dalam menjalankan dakwah.
• Ketujuh, baginda melarang aku agar tidak meminta2 sesuatu apapun kepada manusia.
(HR Imam Ahmad, at Tabrani, Ibnu Hibban dan al Bahaiqi)
Semoga pesanan Nabi saw ini menjadikan kita umat yang berjaya baik didunia maupun diakhirat. InshaAllah
RENUNG2KANLAH
•══◎◎♡◎◎══•
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋
@mencari keredaan🌸🌸🌸
Tiada ulasan:
Catat Ulasan