Ahad, 30 Jun 2019

01.07.2019 buang ego

"Macam mana nak buang ego jauh- jauh." 😢

Ego adalah mahkota raja dalam hati manusia, begitu juga dengan rasa cemburu. Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing ada keegoan tersendiri dalam diri. Ada ego yang sifatnya lembut tapi ada ego yang sifatnya terlalu keras, sukar dileburkan.

Nak buang ego jauh-jauh tidak mudah. Kalau dalam perhubungan misalnya, jika masih pejal ego tu dalam hati tak mustahil boleh putus sesebuah perhubungan. Tapi kalau salah seorangnya mengalah kerana cinta dan sayang pada Saudaranya, saya kira itu sesuatu yang luar biasa. Boleh di anggap sebagai berkorban perasaan sebab tak semua orang mampu mengalahkan ego dalam dirinya sendiri.

Caranya nak buang ego tu jauh-jauh, belajar hargai hati seseorang. Kalau kita rasa seseorang itu penting untuk kita, kita sayang dia, tolong belajar mengalah demi dia. Hargai juga hati dan perasaannya. Cubalah.. 😊😊

Apapun rasa yang kita rasakan dalam hati, kita perlu berbalik pulang kepada Tuhan. Bahasa doa adalah bahasa yang indah seorang hamba meluahkan kepada Tuhannya. Doa pada Tuhan supaya ego tu lebur.. biar hati jadi lembut supaya mudah menerima sesuatu keadaan dalam hidup. Kadang egolah yang akan buat hati orang yang kita sayang terluka dalam tak sedar. Tak salah sekali sekala mengalah, tak rugi pun. Kalau asyik nak menangkan ego kita tak boleh juga. Kena fikir hati orang lain juga.

Menunduklah (merendah diri). Jangan rasa bila kita ego, kita rasa besar diri. Kita boleh buat orang lain sesuka hati hingga sanggup hancurkan hati orang.. kita kena buang rasa ego itu jauh-jauh. Wujudkan sifat kehambaan dalam diri. Kadang sifat ego itu lahir dari rasa kecewa. Kita kecewa semalam kerana orang lain kecewakan hati kita tapi kita kena ingat tak semestinya kita akan di hadapkan dengan rasa kecewa lagi dalam hidup kita. Jadi, tak perlu simpan rasa ego tu. Lepaskanlah rasa ego.. biar ia terbang pergi dan nikmati hidup ini seadanya.

Terkadang, dengan melihat saja pemergian dan saya akhiri dengan DOA sebagai selamat tinggal.

Tidak semua yang datang dengan izin ALLAH itu, akan duduk menetap bersama.
Ada yang ALLAH jumpakan hanya sebagai pengajaran sahaja untuk kita ambil.

@mencari ketenangan#🌳🌳🌳🌳🌳🌳🐈🌱

Tiada ulasan:

Catat Ulasan