Jumaat, 14 Jun 2019

15.06.2019

KHAMIS 💕 10 SYAWAL 1440H 14 Jun 2019

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Ujian hidup

Cuma ingin dikosongkan fikiran daripada semua masalah-masalah yang datang menjengah.

Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi.

Sungguh, hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian.

Kerana ujian itu perlu.

Kerana ujian itu pasti.

Kerana manusia itu perlukan ujian.

Biarpun diri tidak mampu, biarpun hati tidak mahu tetapi ALLAH Maha Tahu kita perlu diuji.

Untuk setiap kata yang dilafazkan.
Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan?

Untuk setiap perbuatan yang diamalkan. Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan?

Semuanya perlu diuji…

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok . Jadi kita sepatutnya merancang dengan sebaik-baiknya hari ini tetapi kita yakin rancangan kita boleh berubah esok sebab Allah terlebih dahulu sudah merancang yang lebih baik untuk kita . Allah akan memberi sesuatu dan mengambil sesuatu daripada kita supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu itu tetapi bergantung kepada Allah yang memberi dan memberi ganti .

Kadang-kadang kita cuba nak faham apa yang Allah aturkan untuk kita,

Kadang-kadang kita persoalkan ujian yang Allah campakkan kepada kita,

Kadang-kadang kita rasa kecewa apabila kita tak dapat penuhi impian kita,

Kadang-kadang kita penat dan lesu sebab kita cuba untuk berubah, tapi kita tak dapat sokongan yang kita perlukan,

Kadang-kadang kita rasa rimas dan lelah untuk jadi baik,

Kadang-kadang kita rasa dunia tak adil pada diri kita, kerana seringkali kita dipersalahkan untuk benda yang remeh...
Atau dipersalahkan atas hal
Yàng tidak kita lakukan..

Dan kadang-kadang kita kesal, kita tidak tahu mengapa kita diciptakan.

Apabila perasaan kadang-kadang ini datang menerpa, SELALULAH beristighfar dan mohon keampunan,

SELALULAH berjumpa dengan rakan-rakan yang soleh agar bertambah iman,

SELALULAH rasa bersyukur untuk setiap nikmat yang Allah kurniakan,

SELALULAH ingat ada yang jauh lebih malang daripada diri kita yang sebenarnya cukup keperluan,

SELALULAH cuba untuk sabar dan redha dengan setiap dugaan,

Dan SELALULAH bermuhasabah semula apa tujuan sebenar kita dijadikan.

Sengsara kita tak perlu heboh pada orang. Sehina-hina babi hina lagi manusia yang tiada rasa simpati. Didepan dia kasihan. Dibelakang dia bertepuk tangan.

Mengejar manusia kita akan lelah . Kejar Allah pasti kita takkan rebah . 👌🏻

Seringkali tangan ini ingin berkongsikan sesuatu, fikiran terus menjadi buntu.

Apakah penulisan saya akan dapat diterima baik oleh saudara yang sedang membacanya?

Bukan perkara yang mudah untuk meluahkan suara dari jiwa. Ada sesuatu yang menghalangi dan akhirnya saya pendamkan lagi.

Semoga Allah senantiasa membimbing kita semua di atas jalanNya yang lurus dan ucapan terakhir kita di saat berpisah dengan dunia yang fana ini.

Wallahualam

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan 🌸🌸🌸

Tiada ulasan:

Catat Ulasan