Sedih,
Tidak dapat diucap.
Tidak dapat diluah.
Hanya sekeping hati.
Tersentuh dengan luka.
Aku terdiam.
Terdiam dikala patah hatiTiada masalah yang tiada penyelesaian. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma kita yang perlu bijak mencari penyelesaiannya.
Saat semuanya diharungi sendiri.
Kenapa kita rasa kecewa?
Kerana kita memang harapkan sesuatu itu tetapi kita tidak perolehi.
Orang lain boleh dapat.
Mengapa kita tidak boleh dapat?
Apabila kita mahu sangat sesuatu benda itu tetapi kita tidak perolehinya kita akan merasa kecewa.
Penyelesaiannya ialah belajar untuk berSYUKUR. Kerana Allah ada berfirman HENDAKLAH KAMU BERSYUKUR DENGAN NIKMATKU .MAKA KAMI AKAN TAMBAHKAN NIKMAT KE ATASMU .
Tuntasnya, jika kita nak nikmat, kebahagiaan, ketenangan, nak masalah selesai dan sebagainya. Jawapannya ialah kita kena berSYUKUR.
Tetapi seandainya kita tidak berSYUKUR kita bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain maka KUFUR dengan nikmat Allah dan tidak berSYUKUR maka akan rasa azab yang pedih di akhirat dan di dunia. Di dunia pula azabnya ialah hati yang mudah sengsara. Hati yang mudah kecewa .
Tapi untuk kita merasai manisnya kebahagiaan dan tidak mudah merasa kecewa. Banyak banyakkanlah bersyukur. Semoga dengan bersyukur akan tidak akan merasa kecewa lagi .
@mencari keredaan#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan