Selasa, 4 Jun 2019

04.06.2019

Assalammualaikum. Terima kasih atas kesudian membuka entri ini! Andai hati dah rasa dah boleh bergerak sendiri ke syurga boleh abaikan entri ini.

Hijrah! Payah nak peroleh perubahan untuk diri sendiri. Serius saya cakap. Saya dulu masa nak melangkah dalam penghijrahan perasaan ‘malu’  tak lekang dalam hati.

Ya Allah! Malu beb. Aku dulu jahil. Jahil dengan perbuatan yang aku buat. Masya Allah. Maafkan Aku Allah.

Tapi, malu itu boleh dipangkas dengan cara apa? Cara membanteras perasaan itu. Memanglah malu.

Kau rasa Allah nak terima perubahan ? Ya Allah.

. Ingat, Allah berfirman :-
Az-Zumar:53 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Az-Zumar:54 - "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

Sesungguhnya Allah itu maha pengampun. Asalkan kau berazam taknak melakukan perbuatan keji tersebut. Kau taubat nasuha betul-betul. Minta maaf kepada Allah.

Minta Allah ampunkan dosa-dosa . Sebelum masa kematian itu masih belum tiba.

Jangan malu nak berhijrah lantak pilah orang nak cakap apa? Kau berubah sebab apa? Sebab Allah.

Pekak aja telinga. Tutupkan aja mata. Sentiasa beristiqamah buat banyak solat taubat. Kalau boleh buat selepas solat fardu.

Banyakkan amalan nawafil. Bangun malam. Qiamulail. Mohon pertunjuk kepada Allah.

Bila hijrah itu dilakukan dengan ikhlas tanpa rasa ingin menunjuk-nunjuk, kau akan rasa kemanisan indahnya hijrah! Rasa macam hari hari nak bersujud kepada Allah.

Ya Allah! Indahnya ~

~•~•••~•~••~••~•~•~••~•••~•~•~•
Hidup ini terlalu singkat untuk saling berdendam dan bermusuhan..

Hargailah detik dan masa yang ada ini dengan saling menghargai dan berkasih sayang..

Kerana kita semua harus sedar dunia ini hanyalah sekadar pinjaman bukanlah berkekalan..

Ada kawan yang datang dalam hidup bawa senyuman, Ada yang bawak kesedihan.

Terima lah dua dua ini jadi kawan.

Sebab dorang akan mencorakkan hidup kita dan akan menguji akal dan hati kita.

Jangan memilih kawan. Jahat baik dia tetap kawan dan dia akan membawa satu kesedaran.

Tapi, andai kawan tu mengajak ke jalan yang lebih bengkok, nasihat lah dia sama.

Kawan ni penting juga selain keluarga.

Bila dah ada yang baik yang betul betul ada dalam naik dan turun kita, HARGAI.

Bukan bagi dia duit atau harta, tapi bagi kepercayaan dan keikhlasan.

Dalam sejuta sorang je yang akan ada dengan kita.

@mencari keredaan #

Tiada ulasan:

Catat Ulasan