Ahad, 30 Jun 2019

01.07.2019 jangan banding kan

Jangan cemburu melihat kehidupan orang lain. Jangan pernah membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, hanya kerana kita nampak dia selalu bahagia dan tak pernah lalui kesusahan.

Sedangkan dia juga hamba seperti kita, masih punya ujian yang diberikan. Cuma dia tak tunjuk kelemahannya di hadapan orang.

Wahai saudaraku yang kasihi

Ingat satu hal, bahawa kehidupan kita semua sama di dunia. Punya ujian. Suka dan duka. Tiada beza.

Bersyukur, Allah masih beri peluang hidup, untuk kita perbaiki menjadikan kehidupan lebih baik.

Jangan mengeluh dengan ujian hidup. Kerana keluhan tatkala diuji adalah keluhan yang sia-sia di akhirat kelak.

Apabila kita tidak mampu menjadi seorang yang alim maka jadilah seorang yang penuntut ilmu apabila kita tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu maka jadilah seorang yang menyangi kepada orang lain

Kekadang kita patut bersyukur kepada Allah selalu kerana sentiasa memilih kita dalam melakukan kebaikan yang berterusan.

Ada orang lain Allah bagi nikmat dunia yang banyak kerana Allah tidak mahu dekat dengan dia.

Dia terus terlalai dengan nikmat dunia yang menipu.

Malaikat maut datang kepada kita dalam tiga masa:

1. Ketika rambut kita mula beruban
2. Ketika kita mula sakit pinggang
3. Datang untuk mengambil nyawa kita

Ketika rambut kita mula beruban, ketahuilah kita sudah semakin tua. Ketika kita mula sakit sakit pinggang, ketahuilah umur kita semakin meningkat. Dan, ketika ajal sudah sampai, kita akan dijemput pulang oleh Allah Taala.

@mencari ketenangan#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan