SELAMAT MALAM SEMUA
Lebih Tenangㅤ
Setiap baris ayat dan juga perkataan, memberi peluang kepadaku untuk meluahkan. Ini caraku dalam menceritakan satu persatu kisah tentang suara hati dari perasaan. Ia lebih tenang, di kala aku berada situasi yang sunyi dalam ruangan sendiri. Mencipta sebuah pena yang telah menjadi sahabat ketika aku telah lalui fasa dan rasa kehilangan serta sepi.
ㅤ
Waktu sendirian, memberi aku peluang untuk muhasabah diri dan merawat luka-luka yang telah berdarah kembali. Berusaha dalam mempelajari dengan situasi yang rumit kerana tiada kemudahan tanpa usaha. Satu persatu aku nikmati kehidupan yang awalnya susah dan akhirnya aku pertemukan titik penyelesaian. Mengajari aku pengalaman. Inilah peluang yang diberikan oleh Ilahi, ketika aku sendiri.ㅤ
Menulis; menjadi sahabat sejak aku sukar untuk meluah perasaan saat tiada siapa mahu mendengarkan dan memahami. Membaca nukilan dan karya orang lain adalah cara yang terbaik untuk aku terus perbaiki corak penulisanku. Aku ambil perkataan yang menarik dan aku ciptakan ayat sendiri. Cara ini memang berkesan untukku. Lantas menciptakan bait pena yang indah untuk aku tuliskan. Namun inilah corak penulisanku. Ia sederhana, dan mampu membuat orang lain faham saat membacanya.
ㅤ
@mencari keredhaan 🥀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan