Isnin, 10 Jun 2019

11.06.2019 kisah harta pusaka

Asalammualaikum semua hari ini saya nak sampaikan kisah dan pengajaran untuk semua 

Hari Raya dan Kisah Harta Pusaka

Sudah selesai kita berhari raya di kampung bersama-sama keluarga dan sanak saudara. Ada yang sudah kembali ke kota. Kerja, kerja dan traffic jem menunggu semua.

Semasa menziarahi saudara-mara, ada 2 kisah yang hendak saya kongsikan bersama. Kedua2 kisah ini kisah benar, diceritakan oleh waris atau ahli keluarga yg rapat dengan si mati. Nama dan dimana berlaku tidak perlukan saya ceritakan di sini.

Kisah benar pertama, perebutan harta pusaka. Arwah, si ayah, semasa meninggal tidak mempunyai wasiat. Semasa hidup, kesemua anak ok.. bila meninggal sudah porak peranda berebut harta pusaka. Kesian saya tengok si ibu, pening kepala melihat situasi begini antara anak2.

Kisah kedua, harta pusaka moyang yang disalahguna oleh atuk sedara. tanah dan harta di ambil atuk sedara menjadi haknya, walaupun dia bukanlah waris faraid. Anak-anak (2 lelaki dan 1 perempuan) si mati tidak mahu bergaduh dengan pak sedaranya lalu membiarkan kejadian ini. Sekarang, kedua2 anak lelaki telah meninggal, yg masih hidup anak perempuan. Cucu2 moyang sekrg ini cuba mengambil balik hak2 mereka. Perhubungan antara atuk sedara & famili dia dengan famili anak2 menjadi dingin. Tidak tahulah berapa lama perkara ini akan diselesaikan. sudah jadi masalah waris berlapis.

Kedua2 kejadian ini hendaklah kita jadikan iktibar. Semasa kita masih hidup, buatlah perancangan harta pusaka. Banyak kebaikannya

Inilah petanda akhir zaman apabila manusia alpa kepada kedua ibubapa tetapi amat perihatin kepada harta pusaka. Setelah sekian lama kedua ibubapa membesarkan kita akhirnya kita hanya nampak kepada harta benda mereka sahaja.

Satu masa kita juga akan menjadi warga tua dan mempunyai anak-anak seperti dalam cerita di atas. Jika kita peka mengenai pengurusan harta pusaka sudah tentu kita boleh mengelakkan perkara di atas berlaku. 

Sekurang-kurangnya kita sudah berwasiat 1/3 dari harta pusaka kita melalui surat wasiat.  Oleh itu sekiranya berlaku di mana anak-anak berebut kepada harta pusaka kita, kita sudah berwasiat atau bersedekah kepada pihak tertentu. Tanpa surat wasiat belum tentu anak-anak kita akan melakukan amal jariah untuk kita. Jangan kita leka tentang agihan harta pusaka kerana ia akan memakan diri sendiri kelak, buatlah surat wasiat semasa anda masih hidup.

Selamat hari raya Aidilfitri & Berhati-hati di Jalan raya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan