Terkadang malu untuk menulis sesuatu kebaikan kerana diri ini tidak sebaik apa yang disampaikan itu .
Tetapi , menulis sesuatu yang baik untuk menjadikan manusia itu lebih baik adalah tugas setiap daripada kita .
Sesungguhnya , Allah menutup aib diri ini , jika Allah membukanya pasti diri ini sungguh hina .
Semua orang nak ketenangan, sama ada yang kaya, miskin, famous, terpinggir, berjawatan, takde jawatan, dan sebagainya. Salah satu cara nak dapat ketenangan (selain baca al Quran dan fahaminya) adalah,
kita bersifat JUJUR. Sama ada jujur dengan orang lain, atau jujur dengan DIRI SENDIRI.
Bila kita sentiasa jujur, insyaAllah hati kita akan rasa tenang. Tetapi bila kita selalu bohong / menipu, hati kita akan GELISAH.
Kita mungkin boleh tipu orang lain, tetapi selama-lamanya kita TAK BOLEH tipu diri sendiri. Bahkan kita TAK BOLEH TIPU hati kita, terutama bila kita BUAT DOSA.
Masa kita buat dosa, mungkin kita boleh bagi alasan yang kita rasa "tenang", tetapi itu hanyalah alasan untuk "sedapkan" hati kita je.
Sebab hakikatnya, dosa itu akan GELISAHKAN hati kita.
Solusinya?
Taubatlah sungguh-sungguh wahai saudaraku. Dan berlakulah jujur dalam semua perkara, terutama dengan HATI dan DIRI kita sendiri.
Apa guna hidup kaya raya, mewah, ramai follower, pangkat tinggi, TETAPI hati tak tenang?
Moga Allah kurniakan ketenangan dalam hati-hati kita. Semua
@ mencari keredaan#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan