Ahad, 28 April 2019

29.04.22019 renungan diri

ASSALAMUALAIKUM

TAZKIRAH... SEKADAR RENUNGAN BUAT DIRI

Kematian sesuatu yg pasti. Semua org akan merasainya. Takut atau tidak, cepat atau lambat semuanya telah ditentukan sejak azali lagi dan dunia hanyalah tempat persinggahan utk kita mengutip seberapa banyak amal utk dibawa kealam yg begitu asing buat kita.
Kegelapan, kesempitan kekosongan dan kesunyian adalah teman yg sedia menanti kita dan disaat ini tiada siapa yg menemani kita melainkan tiga perkara yakni sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan serta anak yg soleh. Disinilah kehidupan kita baru bermula. Baik atau buruk lubang gelap inilah yg menjadi saksi. Namun apa yg pasti Saidina Uthman bin Affan pernah berkata, bahawa Rasulullah bersabda;
Alam kubur adalah awal perjalanan akhirat dan barangsiapa berhasil dialam kubur maka seterusnya lbh mudah. Barangsiapa yg tidak berhasil maka seterusnya menjadi berat. Saidina Uthman berkata lagi, "Aku tidak pernah melihat sesuatu yg lbh mengerikan drp kubur.

Inilah realitinya, kematian blh jadi anugerah tetapi ianya juga blh jadi titik mula penyesalan. Semuanya bergantung kpd pilihan kita ketika bermusafir diatas mukabumi ini. Hakikatnya peringatannya telahpun diberikan melalui alQuran dan juga hadis2 Nabi saw. Hanya manusia yg bijak saja yg akan mengambil peringatan ini disaat kematiannya dtg bertandang. Jadi apakah kita sudah menyediakan jambatan nikmat utk kita kecapi sepanjang perjalanan kita menuju saat amal kita ditimbang?
Jawapannya hanya ada dlm diri kita. Yg pasti kebahagian hari esok bermula hari ini...

RENUNG2KANLAH

@mencari keredaan#

Sabtu, 27 April 2019

28.04.2019

118 of 365 🗓 AHAD 💕 22 SYAABAN 1440H 28 April 2019

💕 07 hari menuju 👉 RAMADHAN 1440H

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

KEHILANGAN...

Ada yang kehilangan ibubapa
Ada yang kehilangan adik beradik
Ada yang kehilangan ahli keluarga
Ada yang kehilangan saudara
Ada yang kehilangan suami
Ada yang kehilangan isteri
Ada yang kehilangan duit
Ada yang kehilangan harta benda
Ada yang kehilangan haiwan peliharaan
Ada yang kehilangan kerjaya
Dan sebagainya...

Bila rasa kehilangan...Semua akan rasa down.

Sejauh mana kah RASA kehilangan itu membina jiwa kita untuk terus kuat?

Sedalam manakah RASA kehilangan itu mengoncang HATI?

Seteguh manakah penyerahan HATI pada DIA?

Ramai di antara kita bila kehilangan duit atau fon atau barang berharga...

Terus habis nama binatang menjadi mangsa sumpahan
Maki hina tanpa usul periksa
Hilang akal dan kewarasan
Di kuasai nafsu amarah yang menggila.

Ada yang kehilangan orang tersayang...
Menagis...Meraung...Meratapi...
Hingga lupa pada yang masih ada.

Manusia...
Selalu takut bila kehilangan hal DUNIAWI.
TAPI tak pernah hirau peduli bila KEHILANGAN hal UKHRAWI
Tiada muhasabah apa sebenarnya yang ALLAH ingin ajarkan.

Sebagai contoh teman yang soleh solehah
Dah ada di sisi...teman yang sentiasa memberi nasihat, selalu menegur baik buruk, sentiasa ada di saat susah senang, selalu bersama dalam suka duka serta sanggup berkorban duit, harta, masa dan juga tenaga untuk membawa kita kepada ALLAH tapi kita sering lupa dan tak peduli.

Manusia sering menganggap orang yang membicara tentang AL HAQ sebagai berlagak, menunjuk, pendusta, poyo dan bajet semata.
Inilah tabii manusia.

Hingga satu saat...Teman yang soleh solehah itu PERGI. Satu detik kita BENAR akan rasa apa itu ERTI KEHILANGAN.

Kita bukan sekadar KEHILANGAN teman soleh solehah namun kita turut KEHILANGAN banyak perkara ukhrawi.

Tak memanfaatkan bulan Ramadhan juga satu KEHILANGAN.

Kita KEHILANGAN redha ALLAH yang dibuat selama ini asbab umpat, fitnah, ghibah dan hal yang sewaktu dengannya.

Dan RASA KEHILANGAN yang sebenarnya adalah bila kita KEHILANGAN CINTA ILAHI.
Itulah KEHILANGAN yang paling rugi rugi dan rugi seruginya.

Tak risau bila KEHILANGAN pahala
Tak peduli bila KEHILANGAN redha dan berkat ALLAH kerana tak solat, tak baca quran, tak tutup aurat, tak puasa dan qada puasa, tak bayar zakat bagi yang mampu, tak taat ibubapa,  tak hormati guru agama dan sebagainya.

Kita KEHILANGAN berkat dan redha ALLAH
Kita KEHILANGAN catatat amalan perbuatan baik

Tangisi lah diri...
Ratapi lah HATI...
Bila sekarang kita lebih risaukan KEHILANGAN duniawi tapi sikit pun tak ada RASA risau dan peduli bila KEHILANGAN tentang hal AKHIRAT...

Kita yang dalam KEHILANGAN segalanya.
Kita yang dalam KERUGIAN yang nyata

Allahu Rabbi
Laa ilaaha illallah
Muhammadur Rasulullah

Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad
Wa a'la ali saiyidina Muhammad

Laa haula wala quwwata illaa billah

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan#🌸🌸🌸

Khamis, 25 April 2019

26.04.2019

Seekor lalat, walaupun masuk ke taman dipenuhi bunga, tetap dicarinya tahi.

Seekor semut, walaupun dicampak ke tong sampah busuk, tetap dicarinya gula yang manis.

Pilih.

Pesanan untuk kita semua, hidup ini ingatlah pada pesanan Rasulullah. "

Ketika kita sakit hati atas perkataan orang lain , disaat yang sama Allah ajarkan kita untuk menjaga perasaan orang lain .

Tika otak, minda, hati bercelaru,
Satu persatu kerja tak menentu,
Petanda disuruh bersungguh mohon Allah yang bantu.

Tunggu,
Keajaiban kan datang bertalu-talu,
Semua di luar jangkaan mu.

Selagi hati berbaik sangka,
Buat saja apa yang Dia suka,
Bantuan-Nya pasti kan tiba.

Sebagai hamba yang beriman pada ZatNya,jgn sesekali kita rasa Allah benci pada kita dengan setiap ujian yg Dia hadirkan dlm kehidupan kita.

Ya,saat hati di rundum sedih,macam macam yang kita fikirkan.Tapi percayalah,Allah tak pernah zalim pada kita.Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.✨

@mencari keredaan💙🖋💙🖋💙🖋💙🖋

26.04.2019 mencari calun

🌹Kerana mencari yang Solehah itu sukar🌹

"Bang.. tolong carikan saya sorang calon Isteri yang Solehah."

Ada anak gadis yang merupakan sorang Hafizah 30 juzuk AlQur'an tetapi tidak cekap mengurus rumahtangga.

Ada anak gadis yang tinggi Ilmu Agamanya tetapi tak pandai memasak.

Ada anak gadis yang bijak, pandai, berkerjaya, professional tetapi kurang teliti menjaga Auratnya.

Ada anak gadis yang Mulia Akhlaknya tetapi kurang lancar bacaan AlQur'annya.

Ada anak gadis yang Indah Tilawah AlQur'annya tetapi terlebih manja mengurus emosinya.

Ramai yang hebat di luar (contohnya di universiti, alam pekerjaan) tetapi lemah di dalam. (dalam rumahtangga, mengurus makan minum dan rumah, suami dan anak-anak).

"Habis tu? Susahnya nak cari yang Solehah. Yang tahu serba-serbi."

Pesanan Ikhlas buat Para Pemuda.

Pencarian mendapatkan Isteri yang Solehah bukan bermula dengan menyenaraikan ciri-ciri Gadis Solehah yang kita cita-citakan.

Tetapi bermula dengan menjadikan diri kita sendiri sebagai seorang yang Soleh.

Jaga Solat kita, jaga AlQur'an kita, jaga Akhlak kita, belajar memasak, rajinkan diri membantu ibu & ayah di rumah, di dapur dan ke pasar, jadi Qudwah buat adik-beradik dan masyarakat, pertingkatkan kualiti diri sebagai Pemimpin, bersabar dengan ujian hidup, bersyukur setiap masa dengan segala apa yang kita miliki.

Bukan mengharap si Solehah bergolek, berguling datang ke riba sedangkan kita, 'hape pun tarak'.

Everything begins with us, not them.

🌹Ibnu Hashim🌹

Keep smile ☺️

@mencari keredaan#

*_"SEUNTAI DO'A UNTUK KITA SEMUA"_*

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم* 

*اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا.*

*ALLAHUMMA INNII AS-ALUKA 'ILMAN NAAFI'AN, WA RIZQAN THAYYIBAN, WA 'AMALAN MUTAQABBALAN.*

✍ *_Yaa Allah ..._*
_Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang halal, dan amal yang diterima._

✍ *_Yaa Allah ..._*
_Kami bersyukur kepadaMu karena telah menjaga tidur kami dan membangunkan kami kembali di pagi ini._

_Engkau telah ijinkan kami kembali memulai hari yang indah ini._

_Kami mohon pagi ini untuk berbagi dengan orang-orang di sekeliling kami._

❣  _Jadikanlah mereka nyaman berada didekat kami._

_Jadikanlah hari ini penuh keindahan, keindahan dengan rahmatMu yang berlimpah._

_Berikanlah hati kami kedamaian, ketenangan dan keiklasan._
  _Berikanlah kami kejernihan pikiran sehingga dapat dengan bijak dan sabar menyikapi segala ujianMu._

✍  *_Yaa Rabbana ..._*
_Jadikanlah apa yang kami lakukan hari ini sebagai amalan untuk bekal kami menghadapMu kelak._

✍ *_Yaa Rabbana ..._*
_Tegarkanlah hati dan badan ini untuk tetap berjalan dalam naungan CahayaMu._
  _Hilangkan kelelahan kejenuhan dalam diri kami sehingga kami bisa memberi yang terindah bagi keluarga, sahabat dan saudara kami semua._

✍ *_Yaa Allah ..._*
_Berikanlah kasihMu, Rahmat Mu, PerlindunganMu, CahayaMu untuk saudara-saudara kami tersayang yang membaca untaian do'a ini._

Berkahilah umurnya.......
_Berilah kesehatan padanya._
_Angkatlah penyakitnya._
_Murahkanlah rizqi padanya._

*ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة و قنا عذاب النار*

*_Semoga apa yang kita kerjakan hari Ini mendapat Ridha dan Barakah dari Allah SWT._*

*آمين.. آمين.. آمين يَآرَبْ العالمين*

              Aamiin.
@kitabdoa 📚📚📚

Isnin, 22 April 2019

22.04.2019 bab 3


Sambungan semalam

8. حب الوطن من الإيمان

Maksudnya: “Cintakan negara separuh daripada Iman”

Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al- Halabi Kaherah.

9. من جلس فى طلب العلم حر آباءه وأمه وجدهفى القبر 

Maksudnya: “Sesiapa yang duduk menuntut ilmu seolah-olah dia membebaskan ibu bapa dan datuknya dari siksaan kubur”.

Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. Jil 1

10. Hadith bermaksud “Anak seorang yang hafiz boleh memberi syafaat 40 orang”.

Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. 

11. الفكرة نصف العبادة

Maksudnya: “Berfikir satu perdua daripada ibadah”.

12. Hadith bermaksud “Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya dikutuk oleh malaikat di langit dan apa saja yang dilaluinya selain manusia dan jin sehingga kembali ke rumah”.

Hadis ini dihukumkan palsu oleh beberapa ulama seperti Ibn Arra-q, Ibn T.a-hir al-Maqdis-i dan al-Muna-w-i. Sebabnya adalah kerana dalam sanadnya terdapat Ibra- h-im b. Hudbah, dia dituduh pendusta oleh Ibn Ma’in, Al-i b. Tha- bit dan al-Dhahab-i.(al-Kannani. 1981.Tanzi-h al-shari-ah. ; al-Muna-wi-. Abd Rauf Bin Taj al-A’rifin. 1972. Fayd. al-Qadi-r. Dar al-Ma’rifah Bairut.)

13. Hadith bermaksud “Barang siapa yang memenuhi hajat dari peminum arak, tak ubahnya ia meruntuhkan agama Islam”.

Hadith ini tidak ada asalnya, ternyata ia adalah mawdu’ kerana terdapat unsur-unsur mubalaghah.

14. Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

Malam 1 : keluar dosa-dosaOrang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitil Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) serta batu-batu dan tanah- tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini. 

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa serta menolong nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 : Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. 

Malam 11 : keluar ia daripada dunia ( mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : datang ia pada hari Qiamat dalam muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : datang malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakanya supaya Allah mengampunkannya.

Malam16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam 18 : Seru malaikat :Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau ( yang masih hidup atau mati)

Malam 18 : Seru malaikat :Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau ( yang masih hidup atau mati)

Malam 19 :Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-taip dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar).

Malam 23: `Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.

Malam 24 : ` Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian siratol mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali ,lalu ber Firman: “Hai hambaku : makanlah segala jenis buah–buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al- Kauthar”.

Terdapat tanda-tanda mubalaghah dalam hadith ini yang deq hadith mawdu’.

15. من زار عالما فكانما زار بيت المقدس محتسبا وحرام لحمه وجسده على النار ومن أدرك مجلس عالم فليس عليه فى القيامة شدة ولاحساب

Maksudnya: “Sesiapa menziarahi orang alim seolah-olah ia menziarahi Baitul Maqdis hal keadaan mengira-ngira (untuk dapatkan pahala) ia dan mengharam oleh Allah akan dagingnya dan tubuhnya atas api neraka dan barang siapa mendapat ia akan majlis orang alim maka tiada atasnya kesengsaraan huru hara pada hari kiamat dan tidak dihisab”.[1]

16. Hadith bermaksud “Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadan bulan umatku”

Dalam sanad Hadis ini terdapat Al-i b. Abd Allah b. Jahdam al-Suda-’-i yang lebih dikenali dengan nama Ibn Jahdam, dia dituduh pendusta. Sedangkan beberapa perawi lainnya dalam sanad ini tidak dikenali, bahkan beberapa ulama Hadis mengatakan bahawa barangkali mereka belum lagi dilahirkan (لعلهم لم يخلقوا). Hadis ini telah dihukumkan palsu oleh Ibn al-Jawz-i, Ibn Qayyim, Ibn H.ajar, al-Suyu-t.-i dan lain-lain. (Ibn al-Jawzi-. al-Mawd.u-a-t; Ibn Qayyim. al-Mana-r al-muni-f. ; Ibn H.ajar. Tabyi-n al-a’jaib; al-Suyu-t.i-. al-La’a-li’).

17- Hadith bermaksud “Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga Firdaus. Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Qiamat. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka padanya lapan pintu syurga”.

Dalam sanad al-Bayhaq-i terdapat beberapa perawi yang dhoe’f, amat dhoe’f dan seorang yang dituduh meriwayatkan hadith palsu daripada perawi thiqah. Antaranya adalah Uthman b. Mat.ar, dia dhoe’f menurut Abu- Hatim, al-Nasa-’-i, al-Dhahab-i dan Ibn H.ajar. Abu- Salih. Abd al-Ghafu-r al-Wa-sit.-i, menurut al-Bukha-r-i mereka meninggalkannya dan hadithnya munkar (تركوه وهو منكر الحديث). Ibn A’diy berkata: Dia dhoe’f dan hadithnya munkar (ضعيف منكر الحديث). Al-Nasa’i berpendapat dia متروك الحديث. Ibn H.ibba-n pula menyatakan bahawa dia meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi thiqah(كان يروي الموضوعات عن الثقات). Al-Bayhaq-i yang meriwayatkan hadith ini hanya mengatakan bahawa sanadnya dhoe’f, akan tetapi Ibn H.ajar yang kemudian diikuti oleh al-Kannani menghukumkannya dengan palsu. (al-Bayhaqi-. Abu Bakar Ahmad Bin al-Husayn Bin A’li al-Naisaburi. 1990. Fadh.a-’il al-awqa-t. Maktabah al-Manarah Makkah.; al-Haythami-. Nur al-Din Ali Bin Abi Bakar. 1982. Majma’ al-zawa-’id. Dar al-Kutub al-A’rabi Bairut; Ibn H.ajar.Tabyi-n al-a’jab; Al-Kannani. Tanzi-h al-shari-a’h; al-Dhahabi-Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman. T. Tarikh.Mi-za-n al-I’tida-l. Dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabi Mesir; Ibn H.ibba-n. Muhammad Bin Hibban Bin Abi Hatim al-Busti. 1975. al-Majru-h.i-n minal-Muhaddithin wa al-dhua’fa’ wa al-matrukin. Dar al-Wa’yi Halab.

18
أيما إمرأة كلحت فى وجه زوجها فهى فى سخطالله الى أن تضا حكمه وتسترضيه

Maksud “Siapa saja seorang isteri bermuka muram di muka suaminya, maka dia di dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang dan gembira kepada suaminya dan mohon kerelaannya”.

Hadith ini dihukumkan palsu kerana ia tidak terdapat di dalam sumber kitab-kitab hadith dan sanadnya tidak dijumpai. 

Demikianlah beberapa hadis yang dipertikaikan telah tersebar dalam masyarakat kita. Semoga kita semua terselamat daripada memperkatakan sesuatu hadis yang bukan dari Rasulullah SAW.

Wallahu’alam…

Rujukan:

Tafsir Ibn Katsir
Keagungan Sunnah [Syeikh Qayyum bin Muhammad bin Nasir As-Sahaibani]
Kesan Hadis Daif dan Mawdu’ Terhadap Akidah [Abdul Al-Rahman]
Himpunan Hadis Daif dan Mawdu’ [Abdul Ghani Azmi]
Pengajian Al-Sunnah [Dr. Abdul Karim Ali dan Mohd Noor Deris]
Sejarah Perkembangan Hadis [Rosli bin Mokhtar dan Mohd Fikri Che Hussain]
Hadis Daif : Ciri-Ciri dan Hukum [Ariffin Omar]
Ulum Hadis [Dr. Rosmawati Ali]

13.04.2019 jangan kita banga diri


Jangan sesiapa pun merasai dirinya lebih baik dari orang lain, jangan puji dan angkat diri sendiri. Orang tidak tahu siapakah yang paling bertaqwa di kalangan manusia kerana siapapun tidak boleh meletakkan pangkat dalam masalah taqwa itu, yang boleh meletakkannya ialah Allah.

Didalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Didalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Didalam kesempitan jiwa ada kekuasaan ilmu.

Tidak perlu menjadi permata yang berharga.. cukup lah menjadi batu yang berguna.

Bersyukurlah yang hari ini mendapat ujian. Pertanda Allah masih menyayangi kita.

Bersyukurlah yang hari ini belum mendapatkan apa yang diinginkan.

Pertanda Allah ingin melatih supaya mudah bersyukur dan bersabar.

@mencari keredaan#

Ahad, 21 April 2019

23.04.2019 bab 2 hadis

Bersambung

Berikut adalah contoh-contoh lagi hadis maudhu’ (palsu) yang telah berleluasa tersebar dalam masyarakat kita.

1- أطلبوا العلم ولو بالصين

Maksudnya: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudu’)

Lihat Al-Samhudi. Al-Ghummaz min al-Lummaz.

2- أنا مدينة العلم وعلى بابها

Maksudnya: “Saya adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya”.(Ulamak menghukumkannya maudu’, walaupun ada sebahagian mereka menghukumkan doef)

Al-Bani. 2001. Silsilat al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdu’ah; Al-A’jluni. 1997. Kasyfu al-Khafa’ ; al-Suyuti. Al-Laali’ al-Masnua’h fi al-Ahadith al-Mauduah.

3- Hadith bermaksud: “Jika isteri berkata kepada suami belum pernah aku dapat merasa kebaikan darimu maka bererti gugur amalnya”.

Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhua’h.

4- Hadith bermaksud: “Apabila masuk bulan Syaa’ban perbaikilah niat kamu kerana bulan Syaa’ban atas bulan lain seperti kelebihanku atas para nabi”. 

Ibn H.ajar mengatakan bahawa Hadis ini mawdu’ kerana al-Saqt.-i, salah seorang perawinya terkenal sebagai pemalsu hadis dan pereka sanad (تركيب الأسانيد). Perawi-perawi lain dalam sanad ini sama sekali tidak pernah meriwayatkan hadis ini. Jadi jelaslah bahawasanad dan hadis ini adalah rekaan al-Saqt.-i. (Ibn Hajar. Abu Fadl Ahmad Bin Ali al-Asqalani. 1988. Tabyin al-a’jaib bima wurid fi fadl Rajab. Dar al-Kutub Ilmiah Bairut.).

5- Hadith bermaksud: “Dinamakan Syaa’ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak”.

Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhuah. Jil 7

6- Hadis: “Barang siapa meringan-ringankan dan melalaikan akan sembahyang lima waktu yang difardhukan, disiksa oleh Allah dengan lima belas macam siksa. Enam siksa sewaktu di dunia ( semasa hayat ), tiga siksa sewaktu hampir ajalnya (matinya), tiga selama di kuburnya dan tiga siksa sewaktu berjumpa kelak dengan Tuhannya di hari berbangkit. Para Sahabat bertanya , apakah siksa yang didapatinya semasa di dunia, kata Nabi S.A.W.

Hilang berkat umurnya.

Hilang berkat rezekinya.

Dihilangkan Allah tanda orang soleh pada mukanya.Tidak diakui ia masuk golongan Islam.

Segala amal baiknya yang dikerjakannya tidak ia memperoleh pahala.

Doanya tertolak.

Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al-Halabi Kaherah.

7- Kitab Dosa-dosa besar oleh Haji Abu Bakar Ya’qub, hlm 7. Poster-poster yang tergantung di dinding masjid.

8. حب الوطن من الإيمان

Insya Allah bersambung

Sabtu, 20 April 2019

21.04.2019 bab 1 hadis

Kadar penyebaran hadis-hadis palsu di zaman moden ini semakin parah. Apa tidaknya… kini hadis-hadis palsu semakin giat disebarkan dan mudah tular melalui aplikasi seperti facebook, whatsapp, twitter dan media sosial seumpamanya. Terlalu senang kita berkongsi sesuatu yang dikatakan hadis walhal kita tidak tahu kesahihannya.Apa hukumnya mencipta atau menyebarkan hadis-hadis palsu ini? Sendiri mahu ingat la. Kalau tidak tahu, cuba tanyakan kepada ustaz atau ulamak yang kita percayai tentang hal ini.Hadis mawdu’ atau hadis palsu adalah;

1. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dusta.

2. Perkhabaran yang direka-reka dengan menyandarkan ia pada Nabi saw, sahabat atau tabi’in dengan pembohongan atas sebab muslihat tertentu.

3. Hadis yang direka lalu disandarkan kepada Nabi saw sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Kelahiran Hadis Palsu

Mereka yang mula-mula melibatkan diri dalam mencipta hadis palsu adalah golongan syiah. Ia berkaitan dengan keadaan politik ketika itu. Antara faktor utama kelahiran hadis palsu adalah;

1. Pertelingkahan politik terutamanya antara pengikut Muawiyah r.a dan Ali r.a.

2. Golongan yang membenci Islam baik secara individu, perkumpulan mahupun pemimpin yang kehilangan kuasa dalam pemerintahan Islam ketika tersebarnya Islam ke serata dunia. Mereka mencipta hadis palsu yang memesongkan akidah dan menimbulkan kekacauan.

3. Pertelingkahan mazhab dan fahaman. Mereka mencipta hadis palsu terutamanya dalam bab fiqah dan ilmu kalam (falsafah).

Antara Cara Mengenali Hadis Palsu

Di antara strategi paling besar musuh Islam untuk meremehkan, mencela serta menghapuskan Islam dan penganutnya adalah dengan cara membuat hadis palsu. Pemalsuan hadis berlaku kepada semua bab dalam Islam samada dalam bab akidah, ibadah, hukum dan sebagainya.

Berbagai-bagai jenis hadis palsu yang direka kerana para musuh Islam ini tahu hadis itu sebahagian dari sumber agama Islam. Mereka menyerang hadis kerana mereka tidak mampu memalsukan Al-Quran. Walaubagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa hadis juga termasuk dalam pemeliharaan Allah Ta’ala.

Berikut adalah beberapa hadis yang mudah kita kenali kepalsuannya dan ada pula memerlukan perhatian khusus samada dari segi sanad mahupun matannya. Antara contoh kepalsuan yang memerlukan perhatian dari segi sanad;

Contoh satu :

Dari Ibnu Abas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu berserban nescaya bertambah kesopanan kamu.” HADIS PALSU [002 – Bab Pakaian] Himpunan Hadis Daif dan Palsu

Bukan mudah untuk mengetahui perihal sanad ini tetapi kita boleh melihat pembukuan yang telah dilakukan oleh ulama hadis (zaman kita ini telah menjadi mudah kerana telah dihimpun dan dibukukan). Antara yang mengatakan hadis tersebut palsu adalah Imam Ibnul Jauzy dan Imam Ahmad yang mengatakan perawinya Sa’id bin Salam dan Ubaidullah adalah berpenyakit (pembohong dan suka mereka-reka hadis).

Contoh dua :

“Barangsiapa yang taklid (mengikuti membuta tuli) seorang alim maka dia bertemu dengan Allah dengan selamat.” HADIS PALSU (tanpa sanad) [009] Hadis Lemah dan Palsu

Hadis di atas langsung tidak mempunyai sanad. Ertinya ia hanya percakapan kosong orang-orang jahil sahaja.

Contoh tiga :

Antara contoh kepalsuan dari segi matan yang kononnya Nabi saw bersabda;

“Bahawasanya Allah mengadu sakit matanya, maka para malaikat pun melawat-Nya.”

“Nabi itu umpama nasi.”

“Tempat yang paling disukai syaitan adalah panggung wayang.”

Kesemua hadis di atas (contoh tiga) sangat mudah kita mengenalinya kerana ia langsung tidak masuk akal, menyalahi Al-Quran dan hadis sahih lainnya, maksud yang lucu, bahasa yang lemah dan sebagainya.

Hanya orang yang kurang akal sahaja yang mempercayainya. Tetapi berbeza dengan hadis yang memerlukan perhatian sanad, kadangkala matannya sahih tapi sanadnya tidak. Apa yang penting adalah sanadnya.

Antara Tujuan Pemalsuan Hadis

Selain dari mencetuskan huru-hara dalam Islam, mereka yang membuat hadis palsu ini juga adalah kerana;

1. Fanatik – Taksub dengan mazhab masing-masing, fanatik bangsa, semangat kenegerian dan seumpamanya.

2. Mencari rezeki dan kekayaan – Inginkan nama, pangkat, melariskan jualan dan sebagainya.

3. Mendampingi (membodek) pemerintah – Mengampu pemerintah kerana inginkan pangkat dan sebagainya.

4. Pencerita – Supaya dapat menjadi terkenal. Kadangkala diciptanya hadis petua ini dan itu lalu disandarkan pada Nabi saw agar dapat menarik perhatian orang ramai agar orang mengenalinya sebagai orang yang berilmu.

5. Salah faham dan jahil dalam agama – Perkara ini adalah yang paling merbahaya kepada masyarakat Islam kerana biasanya orang-orang ini berpakaian seperti ulama tetapi akalnya singkat kerana jahil. Mereka menyangka membuat hadis palsu demi kebaikan umat Islam dibolehkan. Ini adalah perkara yang sangat buruk. Antaranya mereka mengatakan;

“Perselisihan umatku adalah rahmat.” HADIS PALSU (tanpa sanad) [001] Hadis Lemah dan Palsu

Apakah kesan hadis ini? Hadis ini membuatkan umat Islam akan lebih lemah dan keilmuan hadis akan semakin hilang. Selain itu umat Islam akan menyangka perbalahan dalam Islam adalah perkara yang dibenarkan dan mengambil mudah perkara ini yang akhirnya akan menjadi barah dalam masyarakat.

Tidakkah mereka perhatikan di dalam Al-Quran, dimana Allah Ta’ala melarang umat Islam saling berbantah-bantahan yang boleh menyebabkan mereka menjadi pengecut, lemah dan hilang kekuatan ? (Rujuk : Surah [8] Al-Anfaal : 46]

Selain itu terdapat juga mereka yang menafsirkan hadis mengikut hawa nafsu mereka sahaja tanpa memerhatikan sebab-sebab turunnya hadis, situasi, keadaan Nabi saw, pendapat para sahabat dan metod lainnya. Permasalahan di sini bukanlah pentauliahan, tetapi keikhlasan mencari dan menegakkan kebenaran.

Hukum Memalsukan Hadis dan Menyebarkannya.

Para ulama secara ijmak mengatakan;

Hukum memalsukan atau membuat hadis palsu adalah haram dan bersedialah untuk mendapat tempat di neraka.

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka.” MUTAWATIR (Muqaddimah Sahih Muslim. Turut diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Mengenai orang yang meriwayatkan atau menyebarkan hadis palsu.
.
a). Sekiranya dengan sengaja dan tahu hadis itu adalah palsu, maka haram hukumnya malah menjadi kufur kerana menambah-nambah sesuatu yang tidak disyariatkan dalam agama.

b). Sekiranya bertujuan memberitahu kepada orang ramai bahawa kebahayaan hadis palsu ini maka beroleh pahala (insyaAllah).

c). Sekiranya orang yang meriwayatkan hadis palsu tetapi dia tidak tahu hadis itu palsu maka tiada kesalahan (insyaAllah). Tetapi sebaiknya, sebelum kita menyebarkan sesuatu hadis hendaklah kita pastikan dahulu kesahihannya terutama para pendakwah. Terdapat amaran dari Rasulullah saw mengenai hal ini. Antaranya;

i) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa mengatakan sesuatu atas namaku sedangkan aku tidak pernah mengatakannya maka hendaklak dia menempati tempat duduknya dalam neraka.” [0028] Sahih Ibnu Hibban

ii) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Cukuplah dosa bagi seseorang apabila dia menceritakan semua apa yang didengarnya.” [0030] Sahih Ibnu Hibban

Maksudnya apabila menjumpai sesuatu hadis, janganlah kita terus mengambil dan menyebarkannya terutamanya hadis dari internet yang tidak menjelaskan status hadis dan sumbernya.

Termasuk juga dalam hal ini adalah apabila menghadiri kuliah-kuliah agama di mana sahaja. Apabila guru menceritakan sebuah hadis (tidak kira siapa guru itu), dengarlah dengan teliti, catat dan tanyalah status hadis tersebut (sahih atau tidak) dan dari riwayat siapa (Bukhari, Muslim dan sebagainya), sekiranya guru tersebut tidak menjelaskan status hadis yang disampaikannya.

Bersamalah kita menjaga sunnah Rasulullah saw dan semoga Allah Subhana wa Ta’ala meletakkan kita dalam golongan ahli sunnah, golongan yang selamat, golongan yang mengikuti Rasulullah saw di dunia dan akhirat.

Berikut adalah contoh-contoh lagi hadis maudhu’ (palsu) yang telah berleluasa tersebar dalam masyarakat kita.

1- أطلبوا العلم ولو بالصين

Maksudnya: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudu’)

Lihat Al-Samhudi. Al-Ghummaz min al-Lummaz.

2- أنا مدينة العلم وعلى بابها

Insya Allah bersambung

20.05.2019 ujian kita

ujian kita .
Moga sentiasa kuat hati ini.
Biarlah jauh beribu batu .
Asal tak sepi dalam doa

Bahwa setiap dari setiap kemungkinan
yang diinginkan
Selalu terselip satu kemungkinan
yang tak tersampaikan
bila sudah dirasakan
Kerana kutahu
Bahwa dari setiap kemungkinan menginginkan
Akan ada satu kemungkinan untuk
Merasakan sakit yang sama.
Lagi dan lagi..

Ramai manusia melihat waktu sebagai satu putaran biasa tanpa merasa kerugian atas kehilangannya.

Betapa ruginya kita melepaskan masa berlalu tanpa memanfaatkannya dgn sesuatu yg menguntungkan kita di hari akhirat.

Adakah kita terlalu yakin bahawa kita akan hidup sehingga esok?

@mencari keredaan#

Jumaat, 19 April 2019

20.04.2019 salam

Salam buat di saya

Sambutan hari lahir  patut diraikan bukan hanya dengan keseronokan yang melalaikan, tapi patut jadi hari kita insaf dan muhasabah diri.

Setiap kali hari ulang tahun , setiap kali itulah tempoh kita berada di dunia ini semakin berkurangan setahun.

Umur bertambah,
jangka hayat berkurang.

Banyak waktu, air mata yang menghujani pipi itulah yang mengajar kita erti keredhaan. Bersedihlah seketika dan bangkit berjuang semula.

Hati bilamana ditutup, apa yang dinampak oleh mata dan didengar oleh telinga, tidak akan dikesan oleh hati sebab hatinya tertutup.

Tetapi bilamana hati terbuka, laluan kepada kebenaran melalui mata dan juga telinga akan disentuh oleh hati.

“... Di setiap indah senyumnya ada duka yang terukir, itulah lakonan hidup, menyembunyikan duka di balik tawa, memendam lara di balik senyuman manis ...”

Ya allah,
Jika aku menyakiti orang lain,
Berikanlah aku kekuatan untuk meminta maaf.

Dan jika orang lain menyakiti aku berikanlah aku kekuatan untuk memaafkannya.

@mencari keredaan#

20.04.2019

12 Syaaban 1440H
17 hari lagi

           🕌🕌🕌 RAMADHAN 1440H 🕌🕌🕌
                        
               Siri Nota, Tazkirah dan Soal Jawab
                      tentang Puasa Ramadhan
                              
            •••┈••••○❁🍃🌻🕌🌻🍃❁○••••┈•••             

💕 17 hari menuju  👉 RAMADHAN 1440H

MARHABAN YA RAMADHAN

BERMULA ESOK PUASA SUNAT AYYAMUL BIDH 13, 14 & 15hb SYAABAN

SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN TAUFIK DAN HIDAYAHNYA KEPADA KITA DALAM MENGAMALKANNYA

Syaaban dan Amalan Puasa Sunat

عَنْ أُسَامَةُ بْن ُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Usamah bin Zaid bertanya;

"Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban?"

Baginda bersabda:

"Itulah bulan yang manusia lalai darinya; ia bulan yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang disana berisikan berbagai amal untuk dibawa naik kepada Rabb semesta alam, aku suka amalku diangkat ketika aku sedang berpuasa."

(HR an-Nasai No: 2317)
Status: Hadis Hasan

PENGAJARAN:

1.  Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.

2.  Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meningkatkan amal.

3.  Setiap kita disarankan agar memperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah, membaca al-Quran dan lain-lain sebagai persiapan bertemu bulan Ramadan.

4.  Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit, ada amalan kita yang akan dibawa naik kepada Allah SWT pada bulan Syaaban.

5.  Rasulullah SAW memperbanyakkan amal seperti puasa sunat pada bulan Syaaban kerana baginda suka amalnya diangkat ketika sedang berpuasa.

6.  Abu Bakr Al Balkhi berkata:

شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ  وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ

Bulan Rajab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.

Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban antaranya berpuasa sunat.

Jadikanlah bulan ini untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan di bulan Ramadan nanti.

@mencari keredaan 🕌🕌🕌

Khamis, 18 April 2019

18.04.2019 siapa sahabat kita

*“SIAPAKAH SAHABAT KITA ?”
.
Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang menegur dosa kita, kerana mana mungkin sahabat yang sayangkan kita akan biarkan kita berada dalam murka Allah. Semoga memberi manfaat. Share dan tag kawan-kawan ya!
.
Ilmu Tambahan:-
1)Sahabat yang benar-benar cinta dan sayangkan kita adalah sahabat yang sentiasa membimbing kita kearah jalan yang diredhai Allah. Walaupun kita melakukan dosa dia akan tetap tegur kita dan sesekali tidak akan membiarkan kita dalam dosa tersebut. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menasihati kita sepanjang masa.
.
2)kawan dianggap seperti cerminan diri kita. Kita tidak akan nampak kesalahan kita, yang hanya nampak adalah kawan kita, kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat dah betul, tapi sebaliknya salah yang kita tak tahu. Jadi kawan kita lah yang akan menasihati kita supaya kita kekal dalam kebaikan.
.
3)Jadilah kawan yang baik, kalau nampak kawan buat salah, dosa atau maksiat, jangan lah terikut sebaliknya tegur lah dia. Walaupun kita takut dia terasa hati, dia sedih, dia benci, kuatkan hati kita dan tegur dengan niat untuk bimbing dia. Sebelum tegur doa! “Ya Allah lembutkanlah hati kawan aku untuk terima nasihat aku,” doa juga “ya Allah moga-moga apa yang aku nasihatkan ini tidak menjadi asbab kepada kebencian sahabatku” okay? Semoga membantu.
.
Selamat menjadi Sahabat dunia dan Akhirat. Moga Allah redha.
.

@mencari keredaan#

Rabu, 17 April 2019

18.04.2019 fokus

Masa di bawah, fokus untuk sampai ke atas. Bila dah sampai atas, fokus untuk tarik orang lain pula ke atas.

Fokus untuk berjaya. Fokus untuk bantu orang lain berjaya.

Orang baik akan cuba fokus untuk buat hal-hal yang baik. Biar sampai tak ada masa nak layan hal-hal yang buruk.

Berkias orang tak faham..
Berterus terang orang tak dapat hadam..
Diam orang tanya kenapa diam..
Jadi senyumlah biar orang tak tahu apa yang kita pendam..
Moga Allah Redha
😊

18.04.2019

Korg tau x?
Dalam neraka saqar ada 19 malaikat yg tidak ada perasaan kesian. Di bantai sampai sakit, kemudian dia akan tetap bantai lg dan lg dan lg.

Kita (In Sya Allah) kalau masyuk syurga akan tinggi seperti nabi Adam, iaitu 60 hasta. Sbb syurga itu besar.
1 batang Gigi ahli neraka sama besar dgn badan seorg ahli syurga. Sbb nk bg rase lg sakit, contoh terbakar 1 jari dgn terbakar 1 tgn mana lg sakit?

Korg tau x?
Malaikat Malik adalah ketua kepada 19 malaikat td.
Malaikat zabaniyah.

Korg tau x?
Malaikat mungkar dan nakir akan datang dlm 1 wrna
Iaitu hitam ke biruan atau biru kehitaman.

Korg tau x?
Taring 2 malaikat td smpi ke tanah.
Rambut beliau pon begitu.

Korg tau x?
Suara malaikat mgkar nakir ni bila bercakap ibarat petir dan mulut mereka mngeluarkan api. Mata mereka ibarat kilat dan berwarna biru.

Korg tau x?
Tempoh utk mayat itu di datangi 2 malaikat tadi ibarat. Sembelih kambing, lapah dan bahagi² daging itu. Itu la tmpoh mereka nk dtg.
Mksud klu korg dduk 1 mlm pon mereka tetap dtg.

Korg tau x?
Kayu pemukul mereka, jika di letak di bukit uhud necsaya hancur bukit itu.
Tu bru letak. Klau ketuk?

Korg tau x?
Jika di kumpul smua manusia dan jin utk mengangkat pemukul tersebut nescaya tidak akan terangkat.

Korg tau x?
Sesungguhnya soalan kubur itu benar!
Tapi apa yg akan di jwb bkn ilmu, tetapi amalan
Ada org selesai di tnya sekejap ada mngambil mse 70 tahun utk jwb 1 soalan.

Korg tau x?
Soalan yg memalukan ialah bila 1 mayat di tnya tentang seorang lelaki yg di utus kan. Rmai x dpt jwb. Bahkan di zaman Rasulullah saw pon ada yg x dpt jwb.

Korg tau x?
Jika berdiri nya malaikat maut mata beliau di lauh mahfuz kaki beliau seolah2 di bumi.

Korg tau x?
Malaikat maut, kita ni hanya di antara ke dua mata beliau. Ibarat amik bola pingpong (bumi) letak dpn mata.
Seolah2 itu gmbaran.

Korg tau x?
Malaikat maut boleh dtg dgn berubah rupa atas amalan sesorg itu. Tidak sprti mgkar nakir yg dtg hnya 1 bntuk.

Korg tau x?
Malaikat israfil sudah pon meletak kan 'trompet' beliau di mulut.
Dan hnya menunggu isyarat dari Allah.

Korg tau x?
Malaikat Israfil ada 1200 sayap
600 kiri 600 kanan.
1 sayap boleh tutup rupa sebenar jibril dan langit.

Korg tau x?
Malaikat israfil dari telinga ke bahu memakan masa 70 tahun perjalanan.

Korg tau x?
Malaikat penanggung arasyh Allah.
Telinga ke bahu 700 tahun perjalanan.

Korg tau x?
Setiap langit di penuhi malaikat.
Setiap langit ada malaikat yg sujud ada malaikat yg rukuk.

Korg tau x?
Di langit ke 7 ada baitul makmur.
Baitul makmur ini terletak di atas kaabah.
Tempat tawaf bagi malaikat.

Korg tau x?
Jika air laut di tuang ke atas malaikat2 td
Nescaya tiada setitik pon akan tumpah.

Korg tau x?
Malaikat penjaga gunung pernah mtk izin malaikat jibril utk jmpe Rasulullah utk menghempap penentang Rasulullah.

Korg tau x?
Malaikat memayungi majlis ilmu.
Sehinggakan org yg hnya singgah utk ke tandas di mjlis itu pon mendapat berkat.

Korg tau x?
Tiap2 kita Allah serta kan malaikat Hafazah utk mengimbangi hasutan jin pendamping iaitu qarin.

Korg tau x?
Iblis pernah menjadi ketua pada para malaikat suatu ketika dlu.
Tetapi dia di laknat kerana sombong dan tidak ada adab.

Adab mengatasi ilmu.

Korg tau x Nabi Ibrahim pernah di bakar?
Ketika Nabi Ibrahim as di bakar cicak la binatang yg turut menghembus utk memarakan api.
Sunat bunuh cicak.

Korg tau x pada umur berapa Nabi Ibrahim dpt anak?
Nabi Ibrahim dapat anak (Nabi Ismail)
pada umur 90 tahun.

Korg tau x saat Nabi Ismail di sembelih?
Ketika Nabi Ibrahim sudah pon menarik pisau di leher Nabi Ismail ketika itu baru lah Allah tukar kan kepada kibas.

Korg tau x kibas pada hari Nabi Ismail kena sembelih?
Kibas itu adalah kibas yang di angkat ke langit ketika peristiwa 2 anak adam Qabil dan Habil.

Korg tau x lps peristiwa sembelih td?
Nabi Ibrahim sujud sebanyak 4x
Sujud pertama bersyukur kepada Allah
Sujud kedua bersyukur terlepas dari kesedihan
Sujud ketiga bersyukur dan memohon akan redha Allah
Sujud keempat bersyukur korban nya di ganti dgn kibas.
Waktu ni terjadi lah solat zuhur

Korg tau x sapa bapa Nabi Ibrahim?
Bapa Nabi Ibrahim adalah tokey berhala.
Akan tetapi tidak pernah Nabi Ibrahim biadap kepada bapa nya.

Korg tau x kenapa Nabi Ibrahim di gelar bapa kepada Nabi²?
Kerana dari dialah lahir nabi dari keturunan bani israel (Nabi Ishak)
Dan nabi dari keturunan arab (Nabi Ismail)

Korg tau x Nabi Ibrahim dduk di langit ke berapa?
Nabi Ibrahim dduk di langit yang ke 7

Korg tau nama sbnar imam madzhab korg?
Nama dia Muhammad bin Idris
Syafie adalah nama moyang beliau dan salah sorg keturunan dan sahabat Rasulullah saw.

Antara sikap imam al syafie ialah..
Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.
Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa2..

Sekadar renungan.
^^,

Saya  tak apa nak bawak jumpe pencipta .
Saya xtahu amalan² saya di terima atau tidak.
Jadi saya amik jalan ke 2 dgn mnyebarkan ilmu² yg bermanfaat..
Dgn harapan esk lusa kalau saya pergi mengadap Illahi saya ada sesuatu utk tidak di azab.
- Shukri naim

@mencari keredaan#🌴🌴🌈🌈🌈🌴🌴🌴🌴🐒

Sabtu, 13 April 2019

13.04.2019 mengenali diri

Mengenali diri sendiri dahulu akan memudahkan kita untuk mengenali orang lain 🌸 .

Pilihlha untuk bergembira dengan senyuman walaupun pada hakikatnya air mata lebih banyak menemani 🌸 .

Ketika hati merayu inginkan sesuatu yang orang lain sudahpun kecapi , pesan pada diri supaya 'SABAR' 🌸 . Perancangan Allah tu yang terbaik 🌸 .

Allah tengah uji tu , nanti bila awak dah dekat dengan dia balik , dia akan hadirkan kebahagiaan tu semula tanpa kita sendiri pinta 🌸❤️ .

Saya tak berubahh , saya cuba muhasabah 🌸 .

Kadangkala kita perlu meletakkan diri kita dalam situasi orang lain , agar kita lebih memahami keadaan mereka 🌸 .

Peluang yang kita dapat dalam hidup kita nie adalah untuk memperbaiki salah kita bukan mengulang kesilapan yang sama 🐾 .
Allah bagi kita yang sedikit dahulu kerana ape ? Kerana Dia nak tengok adakah kita bersyukur dengan yang sedikit tu atau kita mengeluh🌼 .

Kadang kadang kita rasa ape yang kita cakap tu betul , tapi tanpa kita sedar kita dah lukakan hati orang lain 🌸 .

Jangan perdebatkan benda kecik yang bukan salah kita pon tapi pada  akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan 🌸 .

Tidak ada satu manusia pon yang dijadikan di dunia ini melainkan sudah ada ketetapan rezekinyaa 🌸 . Cuma yang membezakan hanyalha waktu , sama ada cepat mahupun lambat 🌸 . Sabar 🌸

@mencari keredaan#🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈✍🐒

Jumaat, 12 April 2019

12.04.2019 jiwa yang teguh

Siapa tahu kenapa 1 hari akhirat=1000 tahun dunia ?
.
.
Sebab hari itu adalah hari akhir. Hari yang tidak ada lagi putaran siang dan malam. Perbicaraannya 1 hari itu berlangsung selama 1000 tahun. Allah nak hisabkan semua ummat dari Adam sehingga ummat Muhammad. Beratus-ratus juta manusia.
.
Giliran kita ? Ntah bila. Jika buruk amal kita. 1000 tahun siksa nak menghadap titian sirat. Jika baik amal kita bahagialah kita dalam keadaan amal masing-masing.
.
Nak masuk syurga ahli syurga setiapnya terpegun di depan pintu syurga selama 40 tahun kerana keindahan di dalamnya terlalu mengasyikkan sehingga tak sedar berdiri selama itu.
.
Alam akhirat bukan alam sekejap. Dunia ni 60 tahun kita rasa macam dah lama je hidup kan ? Tidak... Seribu tahun itu lama. Itulah kehidupan kita yang sebenarnya.
.
Apakah persiapan mati yang kita dah persiapkan sekarang ?

Banyak mana ilmu bermanfaat yang kita dah amalkan sebarkan ?

Banyak mana sedekah jariah yang kita dah sumbangkan setiap hari ?

Singgit ke tabung masjid janji ikhlas kita katakan ?

Bagaimana keadaan ibu bapa kita yang kita abaikan dengan hasrat tiket anak solehah yang kita pegang dah lama hilang ?
.
@mencari keredaan#
@Jiwa yang teguh kejalan Allah#

12.04.2019 harga peluang

HARGAI PELUANG

Semua orang ada PELUANG,
Ambil segera jangan DIBUANG.

Ada PELUANG jangan TERLEPAS,
PELUANG

PELUANG berada DIMANA-MANA,
Gunakanlah PELUANG dengan BIJAKSANA.

Dulu disebut PELUANG KEEMASAN,
Jangan sampai ditimpa KECEMASAN.

Rebutlah PELUANG semasa ADA,
Tak guna menyesal sesudah TIADA.

PELUANG itu satu KESEMPATAN,
Murah REZEKI sumber PENDAPATAN.

PELUANG datang dari SINI SANA,
REZEKI muncul tanpa RENCANA.

PELUANG mungkin dilain TEMPAT,
Ada REZEKI InshaAllah DAPAT.

Jika sungguh nak cari PELUANG,
Jangan takut untuk BERJUANG.

Jika tidak diberi PELUANG,
Cuba lagi ada masa TERLUANG.

PELUANG hadir pada LAIN MASA,
TABAHKAN HATI jangan PUTUS ASA.

HARGAIlah PELUANG yang ALLAH BERI,
PELUANG HIDUP SEBELUM MATI.

@Mencari keredaan#

Khamis, 11 April 2019

12.04.2019 muhasabah hati

MUHASABAH HATI

Rasulullah tetap tersenyum bila dibenci.
Tetap tenang bila dimusuhi.
Tetap membantu walau disakiti.
Tetap menyeru walau diusir pergi.

Tapi kenapa kita,

Mudah benci bila dikasari.
Mudah putus asa bila tidak sesuai dengan yang diingini.
Mudah kecewa bila orang lain tidak memahami.
Mudah terguris bila dilukai.

Jadikan Allah sebagai tujuan dan cukuplah Allah sebaik baik Penolong serta sebaik-baik Pelindung.

Allah tahu hatimu perit menahan luka.

Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta.

Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya.

Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik.

Cuma kamu sebenarnya yang tidak menyedari.

Bukan mudah untuk redha dan pasrah.

Hati perlu kuat dan tabah...

Yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat.

Jaga hati hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Rabbi…

Sentiasalah merenung ke dalam diri.

Setiap yang hadir adalah anugerah dari Ilahi.

Tidak semua mampu melalui kecuali mereka yang telah Allah pilih.

Usahlah menangis kerana ujian yang mendatang tetapi menangislah kerana telah dipilih Allah untuk ujianNya.

Waallahualam..

🕋🕋🕋

Mencari keredaan

12.04.219 Enargy

semua benda adalah Energy, semua benda ada getaran yang tersendiri, dan kita menarik perkara-perkara yang sama getaran dengan kita.

Jika kita pada High Vibrations, maka kita menarik dalam hidup kita, banyak perkara-perkara yang best-best. Jika kita pada low Vibrations, maka kita sedang menarik dalam hidup kita banyak perkara malang, sedih, buruk dan sebagainya.

Antara teknik untuk tingkatkan kita punya Vibrations bagi sentiasa pada getaran tinggi ialah dengan tenang kan minda kita. Salah satu cara nya ialah menggunakan bunyi. Ini ialah:

10 BUNYI YANG BOLEH TINGKATKAN VIBRATIONS ANDA:

1. BUNYI BURUNG:

- Bunyi kicauan burung sangat menenangkan minda dan buat otak kita rasa terbang seperti burung. Damai, lapang dan indah.

2. BUNYI AIR MENGALIR:

- Bunyi air mengalir sangat melunakkan hati, melapangkan dada dan mententeramkan minda. Antara nya ialah bunyi Ombak menghempas pantai, bunyi air terjun, bunyi air sungai yang mengalir, dan bunyi air hujan.

Sebab tu kalau hotel mewah, rumah orang kaya atau pejabat mewah, mesti ada Air Terjun. Sebab dia mengubah suasana dan meningkatkan Vibrations.

3. BUNYI ALAT MUSIC:

- Bukan semua music meningkatkan Vibrations. Pilih music yang tenang seperti Piano, Biola, seruling. Ini alat music yang menenangkan. Bergantung pada music yang di mainkan juga. Biasanya Kebanyakkan music yang di mainkan oleh 3 alat ini meningkatkan Vibrations.

4. BUNYI TILAWAH Al-Quran:

- Al Quran ni mukjizat, dia sangat Ajaib. Susunan huruf, makhraj huruf dan bunyi huruf itu sendiri sangat ajaib dan memberi Vibrations yang sangat tinggi pada pendengar nya.

Setiap ayat Quran ni, tersimpan ratusan malah ribuan mathematical calculations yang otak perlu buat untuk membaca nya. Vibrations otak kita akan tinggi waktu baca Al Quran.

5. BUNYI SUARA YANG TERSAYANG:

- Pernah tak waktu kita bercinta dulu, rasa bahagia je sentiasa. Semua benda nampak cantik. Langit nampak lebih biru, daun nampak lebih hijau, makanan terasa lebih sedap saat kita bercinta. Rasa hidup penuh makna kan.

Kita kena increase rasa love kita tu tinggi-tinggi, supaya bila dengar suara orang tersayang, kita Vibrates at Love, Caring, Grateful, Bless, Joy and Bliss.

Biasanya, orang-orang ini ialah, Mak, ayah, anak-anak, isteri/suami.

6. BUNYI 528hz:

- 528 hertz ni juga di kenali sebagai “LOVE Frequency”. Menurut Dr. Leonard Horowitz 528hz ialah pusat “musical mathematical matrix of creations”. Dahsyat 528hz ni. Anda boleh google untuk lebih info.

7. BUNYI 432hz:

- Magic number ini di kenali sebagai Natural Frequency of the universe. Ia dikatakan mempunyai cosmic healing power dan mampu menarik crowd untuk datang pada kita. Kerana gelombang nya synchronised dengan Frequency alam.

8. BUNYI ANGIN:

- Nikmat nya bunyi angin ni buat kita hilang semua masalah kita, seolah-olah semua beban hidup di bawa terbang bersama angin yang bertiup.

9. BUNYI DEGUP JANTUNG:

- Untuk bunyi jantung ni ada dua cara. Pertama pejamkan mata, be aware of pernafasan kita. Then mula listen closely to our heart beat. Beri seluruh perhatian pada degup jantung kita. Masa tu akan rasa tenaaang sangat. Rasa syukur sangat.

Kedua boleh pasang utube, bunyi degup jantung. Saya pernah tidur sambil dengar degup jantung. Rasa macam duduk dalam rahim ibu.

10. BUNYI ZIKIR:

- Bunyi alunan zikir dia connects kita dengan Kuasa yang lebih besar. Allah. Jadi kita rasa sangat tenang. Rasa syukur, rasa di cintai, rasa bless, di Rahmati.

Ini baru satu cara untuk increase vibrations, iaitu Melalui Bunyi.

Menarik kan? Anda belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

@Kuncitarik rezeki #
@mencari keredaan#

Rabu, 10 April 2019

11.04.2019 tips bisnes

🔎 TIPS BISNES

Dalam bisnes kita akan jumpa ramai orang dan macam macam ragam. Ada 7 jenis orang yang akan kita jumpa (7W) :

💫 SOME WILL
Dia akan datang sendiri.

💫 SOME WONT
Cakap macamana pun dia memang tak nak.

💫 SOME WISH
Selalunya orang yang rapat dengan kita. Dia akan wish bila kita berjaya.

💫 SOME WONDER
Orang yang keliru dan tak tau ape². Apa tu bisnes? Apa tu networking? apa tu dan apa ni.

💫 SOME WAIT
Orang yang tunggu dan lihat kejayaan kita baru dia nak ikut.

💫 SOME WORRY
Risau kena tipu dan tak yakin sebab sejarah silam menghantui hidup mereka.

💫 SO WHAT
Jawapan kita.. NEXT!

Berniaga bukan perkara mudah. Bukan setakat sebut..."aku dah berniaga" terus jadi kaya dan berjaya.

No ❌ No ❌ No ❌

Tak ada jalan mudah nak berjaya dalam bisnes. Orang kaya dan jutawan bukan ambil masa sebulan @ dua bulan @ 7 bulan nak jadi jutawan. Tapi makan masa lama bertahun usaha tanpa kenal erti putus asa tanpa fikirkan kekalahan.

Jangan ada sifat negatif dalam jiwa. Kalau nak berjaya jangan terikut minda orang lain yang merosakkan semangat kita.

💫 BUANG 3M
M = Malu
M = Malas
M = Mati akal (cepat putus asa)

Ubah dan disiplin diri kita 💪
-Sima_Leader  onexox  zulkifli mokhtar

@mencari keredaa#

11.04.2019 pelindung 7 pemusnah

101 of 365 🗓 KHAMIS 💕 05 SYAABAN 1440H 11 April 2019

💕 24 hari menuju 👉 RAMADHAN 1440H

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

7 PELINDUNG 7 PEMUSNAH

Ada tujuh amalan pelindung.

Pelakunya akan mendapat naungan Allah di Mahsyar. Adakah kita antara mereka...?

Ada tujuh amalan pemusnah.

Adakah kita sedang menuju ke arahnya...?

Jom ambil cakna!

TUJUH PELINDUNG

Nabi bersabda,

“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:...” (Riwayat al-Bukhari)

1. Pemimpin adil
Maksudnya amalan berlaku adil dalam memimpin. Kita semua pemimpin dalam wilayah tersendiri.

2. Orang muda yang membesar dalam beribadah kepada Allah.
Maksudnya beramal sejak usia muda. Insha-Allah kita semakin menjiwai amalan ini lebih banyak belajar daripada bermain dan tidak begitu teruja dengan hiburan.

3. Orang yang hatinya terpaut dengan masjid.
Umumnya ada dua amalan yang memberikan natijah ini; suka solat berjemaah dan suka mengikuti pengajian di sana.

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana-Nya.
Maksudnya amalan suka bersahabat dan bersilaturahim.

5. Seseorang yang digoda wanita yang berkedudukan lagi lawa tetapi dia menolak; ‘sesungguhnya aku takut akan Allah!
Maksudnya amalan menjaga maruah diri bermula daripada sangat menjaga pandangan mata. Seterusnya tidak suka bergaul dan berinteraksi dengan orang bukan mahram tanpa keperluan.

6. Orang yang bersedekah senyap-senyap sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanan.
Maksudnya amalan menolong orang susah secara ikhlas.

7. Orang yang mengingati Allah sendirian lalu mengalir air matanya.

Umumnya ada dua amalan yang menatijahkan ini; suka muhasabah diri dan berqiamullail.

TUJUH PEMUSNAH

Nabi mengingatkan, “Jauhilah tujuh pemusnah:..” (Riwayat al-Bukhari)

1. Syirik
Maka jangan dekatinya dengan sikap mudah teruja dan percaya dengan perkara khurafat, tahyul dan karut-marut.

2. Sihir
Maka jangan dekatinya dengan amalan suka berbomoh dan teruja mendapatkan ayat pengasih, ayat pelaris dan sebagainya.

3. Membunuh
Maka jangan dekatinya dengan perangai mudah mengutuk orang lain, cepat baran jika ada orang buat silap dan suka menyelesaikan pertikaian dengan cara keras.

4. Riba
Maka jangan dekatinya dengan perangai suka meminjam, liat membayar.

5. Makan harta anak yatim
Maka jangan dekatinya dengan perangai suka mengambil kesempatan atas orang lain.

6. Lari daripada medan perang
Maka jangan dekatinya dengan membiarkan sikap penakut dan pengecut yang ada dalam diri.

7. Menuduh wanita beriman lagi suci berzina
Maka jangan dekatinya dengan sikap mudah prejudis dan lebih suka mengetahui perkara buruk seseorang daripada mengambil tahu kebaikannya.

"Ya Allah, perlihatkan kami suatu kebenaran itu kebenaran lalu kurniai kami kecenderungan untuk mengikutinya.
Dan perlihatkan kami suatu kebatilan itu kebatilan, lalu kurniai kami kekuatan untuk menjauhinya."

Ahlan Wa Sahlan ya Syaaban...

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

Ya ALLAH ! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan🌸🌸🌸

Selasa, 9 April 2019

10.04.2019 teps hemat untuk semuanya

100 of 365 🗓 RABU 💕 04 SYAABAN 1440H 10 April 2019

💕 25 hari menuju 👉 RAMADHAN 1440H

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

10 TIPS HEBAT UNTUK SEMUA!

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Ahlan Wa Sahlan ya Syaaban...

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

Ya ALLAH ! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan#🌸🌸🌸🌴🌴🌴🌴🌴🌴🐒

Ahad, 7 April 2019

07.04.2019 pendosa

Assalamualaikum selamat pagi..

@Salam@

Banyak dosa belum tentu ke neraka. Sama jugak kalau banyak pahala belum tentu ke syurga. Cukuplah kita saling menasihati dan bukannya menghukum tanpa henti.

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Kita kejar Akhirat, namun jangan kita  buang Dunia.
Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredhaan dan kasih sayang Allah...🍃💕

@mencari keredaan#

07.04.2019 nasihat hati


NASIHAT BUAT HATI

Boleh jadi keterlambatanmu dari suatu perjalanan adalah keselamatanmu
Boleh jadi tertundanya pernikahanmu adalah suatu keberkahan
Boleh jadi dipecatnya engkau dari pekerjaan adalah suatu maslahat/kebaikan
Boleh jadi sampai sekarang engkau belum dikarunia anak itu adalah kebaikan dalam hidupmu.

Boleh jadi engkau membenci sesuatu tapi ternyata itu baik untukmu,
karena Allah Maha Mengetahui, sedangkan engkau tidak mengetahui.

Sebab itu, jangan engkau merasa gundah terhadap segala sesuatu yang terjadi padamu,
kerana semuanya sudah atas izin Allah

Jangan banyak mengeluh kerana hanya akan menambah kegelisahan.

Perbanyaklah bersyukur, Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiiin,
itu yang akan mendatangkan kebahagiaan.
Terus ucap alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,
sampai engkau tak mampu lagi mengucapkannya.

Selama kita masih bisa tidur tanpa ubat tidur,
kita masih bisa bangun tidur hanya dengan satu bunyi suara,
kita terbangun tanpa melihat adanya alat-alat yang menempel di tubuh kita,
itu pertanda bahwa kita hidup sejahtera.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, ucapkan sampai engkau tak mampu lagi mengucapkannya.

Jangan selalu melihat ke belakang karena disana ada masa lalu yang menghantuimu.

Jangan selalu melihat ke depan kerana terkadang ada masa depan yang membuatmu gelisah.

Namun lihatlah ke atas karena di sana ada Allah (SWT) yang membuatmu bahagia.

Tidak harus banyak teman agar engkau menjadi popular,
singa sang raja hutan lebih sering berjalan sendirian. Tapi kawanan kambing selalu berkumpulan.

Jari-jari juga demikian; kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk,
semuanya berjajar berdampingan kecuali ibu jari dia yang paling jauh diantara keempat itu.

Namun perhatikan engkau akan terkejut kalau semua jari-jari itu
tidak akan bisa berfungsi dengan baik tanpa adanya ibu jari yang sendiri, yang jauh dari mereka.

Kerana itu, sebenarnya yang diperhitungkan bukanlah jumlah teman yang ada di sekelilingmu akan tetapi banyaknya cinta dan manfaat yang ada di sekitarmu, sekalipun engkau jauh dari mereka.

Menyibukkan diri dalam pekerjaan akan menyelamatkan dirimu dari tiga masalah;
yaitu kebosanan, kehinaan, dan kemiskinan

Teman itu seperti anak tangga, boleh jadi ia membawamu ke atas atau
ternyata sebaliknya membawamu ke bawah, maka hati-hatilah anak tangga mana yang sedang engkau lalui.

Hidup ini akan terus berlanjutan, baik itu engkau tertawa ataupun menangis,
kerana itu jangan jadikan hidupmu penuh kesedihan yang tidak bermanfaat sama sekali.

Berlapang dadalah, maafkanlah, dan serahkan urusan manusia kepada Tuhan,
kerana engkau, mereka, dan kita semua, semuanya akan berpulang kepada-Nya.

Jangan tinggalkan solatmu sekali pun.
Kerana di sana, jutaan manusia yang berada di bawah tanah,
sedang berharap sekiranya mereka diperbolehkan kembali hidup, mereka akan
bersujud kepada Allah SWT walau sekali sujud.

Jangan selalu bersandar pada cinta, kerana itu jarang terjadi.
Jangan bersandar kepada manusia kerana ia akan pergi.
Tapi bersandarlah kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa, karena Dialah yang menentukan segala sesuatu.
Subhanallah wa bihamdihi subhanallah hiladhim

@Mencari keredaan#🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🐒

Sabtu, 6 April 2019

05.04.2019

Saya juga bimbang dengan hal ini…sama-samalah kita berusaha demi kebaikan….
Warkah Terbuka Untuk Mak Ayah Yang Sayang Anak.
Anda ada anak gadis.
Umurnya sekitar 14 tahun. Tktn 2.
Manis. Sedikit cantik.
B’mana budak lelaki boleh ‘tackle’ dia ?
Masa di sekolah – dalam dan luar kelas.
Dalam perjalanan rumah-sekolah-rumah
Kecuali mak-ayahnya hntar dia.
Barangkali petang – aktiviti ko-K
Mungkin 2-3 kali seminggu ke tuisyen.
Atau tika aktiviti hujung minggu di sekolah.
Ternyata terbatas. Memang terhad.
Syabas anak anda terkawal.
Tetapi kini tidak lagi. Sepanjang masa
Anak gadis anda terdedah
Hampir anytime
Hampir anyday
Hampir anywhere :
Mana-mana budak, remaja, malah dewasa lelaki boleh hubungi dan berbicara dgn anak gadis anda tanpa anda ketahui. Yes, yes, yes. That’s true. Very true. Sampai ke bilik tidurnya
Sampai jam 12 tengah malam
Sampai boleh berbicara bersemuka
Sampai boleh lontar ayat2 pujuk rayu
Sampai boleh pujuk dia tunjuk semua yg ada pada dirinya termasuk yg sesulitnya
CUMA tak boleh sentuh dan pegang
Tak apa itu lain kali “bisa diatur”
Bagaimana semua boleh berlaku ? Mudah saja. Puncanya kerana “sayang” anak !!
Anak 14 tahun.
Malah ada yang 11, 12 tahun sudah diberikan Samsung, Lenovo, Asus, Oppo, Sony … malah i-Phone. (Maaf Nokia 3310 tak main la !)
Asal berinternet
Asal berselfie
Asal berFB
Asal berWhatsApp
Asal berWeChat
Asal bertelegram
Asal berinstagram
DAN ASAL MAK-AYAH
Beli telefon pada anak tapi …
— tak pernah pantau
— tak tahu pantau
— tak ada masa nak pantau
Maka tunggulah saatnya.
Bukan dia pandai2. Tidak.
Dia terikut kawan.
Dia belajar dari kawan.
Lambat laun pasti menyesal
Anak itu kini boleh dan akan:
— masuk vi-deo luc@h
— anak p’puan tengok kem@’ luan lelaki
— anak lelaki tengok kem@’ luan p’puan
— tonton video lucah tengah beraksi
— nampak semua jenis aksi
— s3k$ lelaki sama p’puan
— s3k$ p’puan sama p’puan
— s3k$ sorang p’puan 2-3 lelaki
— s3k$ lelaki sama lelaki
— terima video dihantar orang lain
— kekadang dia juga hntr kat orang lain
Itu belum masuk:
— f0t0 ber@hi
— cerita ber@hi
Anak yg tersangkut fenomena ini
Lupa sasaran.
Lupa pelajaran.
Ditakuti lupa Tuhan.
Bagi telefon KONONnya
— anak senang contact ibubapa
— ibubapa mudah contact anak
— takut ada kecemasan
— anak nak bicara hal pelajaran dgn rakan
KONON … itu tidak lagi berlaku kini.
Kalau setelah baca setakat ini
Masih relaks, tak rasa risau, bimbang dan takut anaknya memiliki handphone … entahlah I’m dumbfounded.
Mak ayah fikir 19 kali sebelum:
– izinkan anak miliki handphone
– berkata “tak apa” anak aku tak camtu
Sayang anak … kawal
Sayang anak … tegas
Sayang anak … renung dalam posting ini
SHARE untuk kita sebarkan kpd seramai mungkin mak ayah hal ini
Berbahagialah bg ibubapa yg dpt bertegas mengawal ank2 remaja kini..syabas bkn senang..mak pak kena kuat..
“قوا انفسكم واهليكم نارا” ..
Takut selangkah lg nk ke syurga..malaikat tarik kaki..nanti dulu..ank panggil..isteri panggil..aduuuh.. نعوذ بالله من ذلك

05.4.2019 mencapai setiap hari

Asalamualaikum selamat petang

Salam

Setiap hari kita mendapat 24Hours,
1440 minit,
86400 saat.
Tidak boleh dikembalikan, tidak boleh diperbaharui.

Bangun, rasa layak ke nak malas, haa ·· ??

ALLAH telah berjanji bahawa DIA takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan diri sendiri yang mengubahnya.
Mari kita menjadi seorang muslim yang produktif, setiap hari

Berikut adalah petua saya untuk elak diri dari terus dihinggapi sifat malas:

1 jam. Buat perancang, tentukan matlamat yang besar-besar.
Cuba untuk capai walau dengan cara apa sekalipun (tapi tak bercanggah dengan agama lah 😊)

2 jam. Rom tidak dibina dalam sehari, kawan-kawan.

3 jam. Tetapkan dekat dalam diri, "kami ingin menjadi SAMA untuk SEMUA."

4 jam. Satu sebab kalau impian kita belum sempat dicapai atau berjaya dicapai, semua sebab yang berlaku adalah.
Malas mencuba, malas dan malas.

5 jam. Ingat masa tu berharga.

6 jam. Dekatkan diri dengan orang-orang yang rajin.
Sebab - bila kita kawan dengan kawan si penjual minyak wangi, wangiannya akan turut kita dapat.

7 jam. Akhir sekali, "selalu pasak dalam diri untuk selalu ingat setiap pengorbanan ibubapa kita."
Sejak lahirnya kita kat dalam dunia.

@mencari keredaan#

Khamis, 4 April 2019

05.04.2019 dalam kehidupan

*🌹Assalamualaikum🌹*
*🌹Salam 🌹*

*🌹Dalam hidup ini adakalanya kita PERLU MENANGIS, agar kita SEDAR hidup ini BUKAN hanya untuk BERGEMBIRA & BERKETAWA*
*😔adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu MENGHARGAI  nilai SETITIK  AIR MATA*
*kalau kita TIDAK merasa KESULITAN hari ini, kita TIDAK akan RASAI kemanisan KEMUDIAN HARI*,
*💪🏼 TIDAK salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk MENGENAL erti BAHAGIA...*
*😭sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...*
*😱sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...*
*🤲🏼sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...🌹*

Bismillahhirahmannirahim-

Kadang, kebaikan yang diberikan•• tidak harus dicanang-canang.
Cukup saja ALLAH yang menilainya••

Keburukan yang dibuat dahulu usah disebut-sebut..
Cukup saja aib itu ALLAH sembunyikan tanpa perlu terbuka.

Biar manusia diluar tidak tahu, kerna REDHA mereka tidak diperlukan··
Penghargaan daripada mulut mereka bukanlah tujuan utama kita disini..didunia ini..:)

Biar ALLAH saja yang tahu··
Kerna penilaian ALLAH itu jauh lebih berharga dari seluas lautan dan angkasaNya ..

Semua dari ALLAH..
Semuanya kerna ALLAH..
Semuanya untuk ALLAH.. 😊

Jadi cukuplah kukatakan biar didunia hadir tïdak dipandang:

@mencari keredaan#

Rabu, 3 April 2019

04.04.2019 percakapan iblis

Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya...

"Jika kau ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!"

Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.

Jika dia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya.

Biarkan dia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya.

Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri.

Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain.

Buatlah dia lupa akan kebaikan yang dia miliki.

Buatlah dia merasa kecewa dan tidak berharga.

Jika itu sudah terjadi, ambillah juga sabarnya.

Gaduhkan hatinya agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya.

Buatlah dia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya.

Goda lisannya untuk berkata kasar,
hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura syurga dalam rumah.

Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak… dari pintu seorang IBU
....

Sekali lagi, makhluk penting itu bernama Ibu.

Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan,

Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.

Jangan biarkan syaitan mengambil itu.

Jika kau lelah, rehatlah.

Jika kau lelah, berbagilah.

Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.

Ringankan tugasmu ibu.

Jangan menekan dirimu terlalu keras.

Sesekali tidak mengapa rumahmu kotor.

Tidak mengapa betapa banyaknya pekerjaan yang belum kau selesaikan.

Jangan terjebak dalam waktumu, ibu.

Sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang kau lakukan setiap hari.

Rehatlah,
Walaupun tak mungkin kau tempuh jarak puluhan kilo untuk segarkan diri.

Sekadar menyendiri, menyendirilah.

Beri waktu untuk dirimu sendiri.

Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya.

Betapa manisnya keceriaan anak-anakmu.

Betapa bertanggungjawabnya suamimu.

Rasakan pelukannya.

Ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.

Kau berharga ibu, jangan pernah lupakan itu.

Tetapi, saat mendengar masalah orang lain,kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah.

Jika kita melihat perkara ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.

Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin biasa, kita tidak akan menemukan rohnya.

Berilah penghargaan kepada diri kamu, ibu.

Sungguh perananmu jauh lebih besar dari semua keluhanmu.

Jangan biarkan syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU kerana dari bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga

Baarakallahu fiikum...

Selamat menjemput syurga dalam aktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.

Selalu ada BAHAGIA di segala cuaca.

Renungan untuk para ibu Dan wanita2 solehah...

@mencari keredaan# 💐

04.04.2019 masih ada dosa

--
Siapa lagi yang faham hatimu selain dirimu dan DIA pemilik hatimu..:')

Dalam diam, mereka memerhati..
Alangkah Indah dan terjaga andai kita 'memerhati' apa yang telah kita lakukan pada hari ini?
Baik atau tïdak perbuatan kita pada makhluk ALLAH yang lain pada hari ini?

Adakah sudah kita memerhati apakah dosa yang telah kita hadiahkan pada jasad kita  hari ini untuk ditanggung?

Sakit!!
Andai beban DOSA itu melebihi pahala yang dikutip..

Hati yang sesuci salju itu akan ternoda dengan titik-titik dosa berkekalan andai tidak dibersihkan dengan istighfar dan taubatmu pada ALLAH :'))

Sudahkah kita memerhati sebaik mana hubungan kita bina sesama hamba ALLAH diluar sana?

Memerhatilah rata-rata kekurangan kita dan perbaikilah..;')

Insha'Allah akan ada kebaikan ALLAH hadirkan untuk kita••
Pada 'tepat masa' itu..:')

Senyumlah 😊
Perjalanan hidup kamu jua masih jauh..
Namun jangan dilupakan ajal sentiasa menanti dilorong hadapan..
Persiapkan bekalan untuk akhirat disamping kamu kejar kehidupan sempurna didunia ini..:)
Andai terdapat khilaf, minta maaf kerna kesempurnaan itu kekal milik ALLAH.

Allahu' ALLAH 🙃😉

@mencari keredaan#
.

03.04.2019 nasihah yang ku beri

🍃NasIhat  yang ingin ku berikan jika hendak memilih pasangan hidup, baik bagi laki-laki memilih isteri atau perempuan memilih suami.
🍃Perhatikan bagaimana dia dalam soal kewangan?
▪️Apakah productive ?
▪️Apakah suka hutang?
▪️Apakah sudah faham bahaya riba?
🍃Banyak pasangan suami isteri yang hujungnya ceraiberai kerana urusan hutang yang keliling pinggang.
🍃Pilih pasangan yang sayang dengan orang lemah, yang suka sedekah bagi orang miskin, yang tidak kedekut , yang lembut hatinya melihat kesulitan orang lain.

🍃Penerangan yg sgt jelas..
Ramai anak2 dara lewat dan tak kawen di sebabkan ibu ayah yg sgt demand..
🍃Islam ajar mudahkan perkahwinan..
🍃 Tak jatuh pun standard kalau hantaran rendah..
🍃 Benda mudah jangan buat jadi susah.
🍃 Jgn sebabkan kita letak hantaran melampau, anak2 lakukanan zina..

🍃 Selamatkan maruah keluarga..
🍃 Selamatkan iman anak2..
🍃 Mudahkanlah perkahwinan..
🍃 Jangan persusahkan..
🍃 Jadilah ibu bapa yg bijak..

🍃 Jangan salahkan takdir bila berlaku yg buruk di kendian hari..

🍃 Yg #utama adalah anak bahagia selepas berkahwin bukan sengsara bayar hutang sebab pinjam untuk hantaran yg melampau..


🍃Tidak akan rugi orang yang bersifat baik budi, dan tidak akan beruntung orang yang bersifat hasad dengki

🍃Kebahagiaan itu ada di tangan Allah, dan ia tidak akan diraih kecuali dengan taat kepada Allah"

🍃Moga kita juga tak pernah bosan serta  tetap tenang untuk patuh dan taat padanya.

🍃 Patuh lah kepada Perintah agama..

@nencari keredaan#🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🐒