Ahad, 30 Jun 2019

01.07.2019 bersih kan hati

JOM BERSIHKAN HATI

Hati bersih hidup​ ​bahagia.

1 . Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2 . Jangan hina orang . Allah tidak pernah hina kita.

3 . Jangan buka aib orang . Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4 . Jangan perlekehkan orang . Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5 . Jangan mengata orang . Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6 . Jangan sakitkan hati orang . Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7 . Jangan bangga dengan amal ibadah kita . Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8 . Jangan sombong dengan apa yg kita ada . Allah boleh tarik bila-bila masa.

9 . Jangan bandingkan orang lain dengan kita . Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10 . Jangan sedih dengan kekurangan kita . Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.

@mencari keredaan💓💓💓

01.07.2019 lebih tenang

SELAMAT MALAM SEMUA 

Lebih Tenangㅤ
Setiap baris ayat dan juga perkataan, memberi peluang kepadaku untuk meluahkan. Ini caraku dalam menceritakan satu persatu kisah tentang suara hati dari perasaan. Ia lebih tenang, di kala aku berada situasi yang sunyi dalam ruangan sendiri. Mencipta sebuah pena yang telah menjadi sahabat ketika aku telah lalui fasa dan rasa kehilangan serta sepi.

Waktu sendirian, memberi aku peluang untuk muhasabah diri dan merawat luka-luka yang telah berdarah kembali. Berusaha dalam mempelajari dengan situasi yang rumit kerana tiada kemudahan tanpa usaha. Satu persatu aku nikmati kehidupan yang awalnya susah dan akhirnya aku pertemukan titik penyelesaian. Mengajari aku pengalaman. Inilah peluang yang diberikan oleh Ilahi, ketika aku sendiri.ㅤ
Menulis; menjadi sahabat sejak aku sukar untuk meluah perasaan saat tiada siapa mahu mendengarkan dan memahami. Membaca nukilan dan karya orang lain adalah cara yang terbaik untuk aku terus perbaiki corak penulisanku. Aku ambil perkataan yang menarik dan aku ciptakan ayat sendiri. Cara ini memang berkesan untukku. Lantas menciptakan bait pena yang indah untuk aku tuliskan. Namun inilah corak penulisanku. Ia sederhana, dan mampu membuat orang lain faham saat membacanya.

@mencari keredhaan  🥀

01.07.2019 buang ego

"Macam mana nak buang ego jauh- jauh." 😢

Ego adalah mahkota raja dalam hati manusia, begitu juga dengan rasa cemburu. Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing ada keegoan tersendiri dalam diri. Ada ego yang sifatnya lembut tapi ada ego yang sifatnya terlalu keras, sukar dileburkan.

Nak buang ego jauh-jauh tidak mudah. Kalau dalam perhubungan misalnya, jika masih pejal ego tu dalam hati tak mustahil boleh putus sesebuah perhubungan. Tapi kalau salah seorangnya mengalah kerana cinta dan sayang pada Saudaranya, saya kira itu sesuatu yang luar biasa. Boleh di anggap sebagai berkorban perasaan sebab tak semua orang mampu mengalahkan ego dalam dirinya sendiri.

Caranya nak buang ego tu jauh-jauh, belajar hargai hati seseorang. Kalau kita rasa seseorang itu penting untuk kita, kita sayang dia, tolong belajar mengalah demi dia. Hargai juga hati dan perasaannya. Cubalah.. 😊😊

Apapun rasa yang kita rasakan dalam hati, kita perlu berbalik pulang kepada Tuhan. Bahasa doa adalah bahasa yang indah seorang hamba meluahkan kepada Tuhannya. Doa pada Tuhan supaya ego tu lebur.. biar hati jadi lembut supaya mudah menerima sesuatu keadaan dalam hidup. Kadang egolah yang akan buat hati orang yang kita sayang terluka dalam tak sedar. Tak salah sekali sekala mengalah, tak rugi pun. Kalau asyik nak menangkan ego kita tak boleh juga. Kena fikir hati orang lain juga.

Menunduklah (merendah diri). Jangan rasa bila kita ego, kita rasa besar diri. Kita boleh buat orang lain sesuka hati hingga sanggup hancurkan hati orang.. kita kena buang rasa ego itu jauh-jauh. Wujudkan sifat kehambaan dalam diri. Kadang sifat ego itu lahir dari rasa kecewa. Kita kecewa semalam kerana orang lain kecewakan hati kita tapi kita kena ingat tak semestinya kita akan di hadapkan dengan rasa kecewa lagi dalam hidup kita. Jadi, tak perlu simpan rasa ego tu. Lepaskanlah rasa ego.. biar ia terbang pergi dan nikmati hidup ini seadanya.

Terkadang, dengan melihat saja pemergian dan saya akhiri dengan DOA sebagai selamat tinggal.

Tidak semua yang datang dengan izin ALLAH itu, akan duduk menetap bersama.
Ada yang ALLAH jumpakan hanya sebagai pengajaran sahaja untuk kita ambil.

@mencari ketenangan#🌳🌳🌳🌳🌳🌳🐈🌱

01.07.2019 jangan banding kan

Jangan cemburu melihat kehidupan orang lain. Jangan pernah membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, hanya kerana kita nampak dia selalu bahagia dan tak pernah lalui kesusahan.

Sedangkan dia juga hamba seperti kita, masih punya ujian yang diberikan. Cuma dia tak tunjuk kelemahannya di hadapan orang.

Wahai saudaraku yang kasihi

Ingat satu hal, bahawa kehidupan kita semua sama di dunia. Punya ujian. Suka dan duka. Tiada beza.

Bersyukur, Allah masih beri peluang hidup, untuk kita perbaiki menjadikan kehidupan lebih baik.

Jangan mengeluh dengan ujian hidup. Kerana keluhan tatkala diuji adalah keluhan yang sia-sia di akhirat kelak.

Apabila kita tidak mampu menjadi seorang yang alim maka jadilah seorang yang penuntut ilmu apabila kita tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu maka jadilah seorang yang menyangi kepada orang lain

Kekadang kita patut bersyukur kepada Allah selalu kerana sentiasa memilih kita dalam melakukan kebaikan yang berterusan.

Ada orang lain Allah bagi nikmat dunia yang banyak kerana Allah tidak mahu dekat dengan dia.

Dia terus terlalai dengan nikmat dunia yang menipu.

Malaikat maut datang kepada kita dalam tiga masa:

1. Ketika rambut kita mula beruban
2. Ketika kita mula sakit pinggang
3. Datang untuk mengambil nyawa kita

Ketika rambut kita mula beruban, ketahuilah kita sudah semakin tua. Ketika kita mula sakit sakit pinggang, ketahuilah umur kita semakin meningkat. Dan, ketika ajal sudah sampai, kita akan dijemput pulang oleh Allah Taala.

@mencari ketenangan#

Jumaat, 28 Jun 2019

29.06.2019

H I D U P

Umpama merentas lautan yang luas

Perjalanan kehidupan umpama lautan, ada pasang surutnya.

Kadang dilanda badai dan dihempas ombak yang mengganas.

Tapi andai bijak mengemudi soal hati, in sha ALLAH segalanya dipermudahkan.

Percayalah kita lah nakhoda yang mengemudi kapal, menentu arah tujuan hidup.

Muhasabah Diri

🍄🍄🍄

29.06.2019

JOM BERSIHKAN HATI

Hati bersih hidup​ ​bahagia.

1 . Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2 . Jangan hina orang . Allah tidak pernah hina kita.

3 . Jangan buka aib orang . Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4 . Jangan perlekehkan orang . Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5 . Jangan mengata orang . Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6 . Jangan sakitkan hati orang . Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7 . Jangan bangga dengan amal ibadah kita . Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8 . Jangan sombong dengan apa yg kita ada . Allah boleh tarik bila-bila masa.

9 . Jangan bandingkan orang lain dengan kita . Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10 . Jangan sedih dengan kekurangan kita . Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.

@mencari keredaan💓💓💓

29.06.2019

180 of 365 🗓 SABTU 💕 25 SYAWAL 1440H 29 Jun 2019

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat petang

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

INGATLAH TUJUH PESANAN NABI SAW

Nabi saw bersabda:

Aku tinggalkan kepada mu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama2nya yakni alQuran dan sunnahku (HR Imam Malik)

Daripada hadis ini jelas kepada kita bahawa barangsiapa yang berkehendakkan kehidupan yang sejahtera baik didunia mahupun diakhirat sebagaimana yang dikehendaki Allah swt maka tiada jalan lain kecuali kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis dalam kehidupan seharian.

Allah swt berfirman yang bermaksud:

Wahai orang2 yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul Nya, dan jangan lah kamu berpaling dari Nya, padahal kamu mendengar (perintah2 Nya)
(Al Anfal ayat 20)

Justeru itu andainya kita inginkan kejayaan didunia dan diakhirat maka ikutilah segala ajaran yang terkandung didalam alQuran dan sunnah Nabi saw.

Ini kerana didalam alQuran itu mengandungi banyak pengajaran serta panduan bagi memandu kehidupan didunia.

Begitu juga dengan hadis2 Nabi saw. Begitu banyak sekali pesanan baginda kepada umatnya.

Antaranya tujuh pesanan baginda kepada sahabatnya Abu Dzar al Ghifari.

Dalam satu hadis Abu Dzar berkata bahawa,

Kekasihku Rasulullah saw telah berwasiat kepada ku dengan tujuh perkara:

• Pertama supaya aku menyintai orang miskin dan dekatkan dengan mereka.

• Kedua, baginda memerintahkan aku agar melihat orang yang dibawahku dan tidak melihat orang yang diatasku.

• Ketiga, baginda memerintahkan agar aku menyambungkan silaturahim meskipun mereka berlaku kasar kepada ku.

• Keempat, aku dianjurkan untuk memperbanyakkan ucapan "Laa hawla wa laa quwwata illa billah"

• Kelima , aku diperintahkan untuk mengatakan benar meskipun pahit.

• Keenam, baginda berwasiat kepadaku agar aku tidak takut akan celaan manusia dalam menjalankan dakwah.

• Ketujuh, baginda melarang aku agar tidak meminta2 sesuatu apapun kepada manusia.

(HR Imam Ahmad, at Tabrani, Ibnu Hibban dan al Bahaiqi)

Semoga pesanan Nabi saw ini menjadikan kita umat yang berjaya baik didunia maupun diakhirat. InshaAllah

RENUNG2KANLAH

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan🌸🌸🌸

Ahad, 23 Jun 2019

24.06.2019 memiliki

Pada hakikatnya manusia memang tak memiliki apapun, dan takkan pernah memiliki apapun.
Apa yang kita hirup setiap hari,
Apa yang kita miliki dari ujung kepala hingga kaki,
Apa yang selama ini kita nikmati,
Semua dari Allah, dan akan kembali kepada Allah. 💕

Manusia pasti memiliki sebuah harapan, keinginan, hajat dan urusan.
Dan jika keinginan tak sesuai pelaksanaan,
Dan jika harapan tak sesuai kenyataan,
wajarkah manusia kecewa dan bersedih? Jawabannya, Sangat wajar.
Namun,
Jangan sampai melebihi batas kewajaran.
Jangan sampai meninggikan ego dan meninggalkan redha. 💕

💕 Allah berfirman :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216).

💕 Tanamkan dalam hati,
Tetap "Pilihan Allah lah yang terbaik."
Sepahit dan sepedih apapun itu.

💕 Usaha sudah,
Ikhtiyar sudah,
Berdoa sudah,
Tawakkal sudah.

💕 Selebihnya? Hasilnya? Takdirnya?
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Allah Penulis Naskah terbaik, Pemberi hikmah termanis, Pengatur takdir terindah.

💕 Yakin dan Percaya akan segala KetetapanNya,
Ikhlas dan Redha atas segala KetentuanNya.

@mencari keredaan#

Sabtu, 22 Jun 2019

22.06.2019 rumah terbuka

*RUMAH TERBUKA*
Zulkifli dan saadah

🔹Assalamualaikum,
🔸Kami Sekeluarga dengan berbesar hati *menjemput anda seisi keluarga* ke

🔹 *_Majlis 🏡Rumah Terbuka_* kami pada :

Tarikh : *23/06/2019 (ahad)*

Masa : *2 ptg - 5 oetang*

Alamat : *Lot 926a taman bamboo jalan terolak 2 batu 4 jalan ipoh kl
               
            

🔅 *Semoga dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis rumah terbuka kami* ✨🕌 

💖Terima Kasih😊
Zul@saadah

Khamis, 20 Jun 2019

21.06.2019

Assalamualaikum.....selamat pagi

__Allahumma ya qadhiyal hajat
Wahai Allah.. Pemenuh segala hajat...

Ya Allah... sebagai hambaMu yang lemah tiada daya kami memiliki banyak hajat dan keperluan.. penuhilah hajat hajat dunia kami,..
juga hajat hajat akhirat kami…

اَللَّـهُمَّ يَا كَافِيَ الْمُهِمَّاتِ

Allahumma ya kafiyal muhimmat
Wahai Allah.. Pencukup segala kepentingan…

Cukupkanlah kepentingan hidup rumah tangga kami…
Cukupkanlah kepentingan pendidikan anak anak kami…
Cukupkanlah kepentingan pekerjaan.. usaha kami…
Cukupkanlah kepentingan ibadah kami…
Cukupkanlah bekal kami... untuk berhaji sebelum berjumpa mati...

اللَّـهُمَّ يَا دَافِعَ الْبَلِيَّاتِ

Allahumma ya dafi‘al baliyyat
Wahai Allah.. Penolak segala bala...
Penepis segala bencana…

Jauhkanlah kami dari berbagai bala dan bencana…
- baik bencana alam.. maupun bencana moral… juga becana akidah
- baik bencana kewangan.. terlebih lagi bencana keimanan…
Jauhkan kami dari bencana rumah tangga dan jiran tetangha ya Allah…

اللَّـهُمَّ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ

Allahumma ya rafi‘ad darajat
Wahai Allah.. Pengangkat darjat…
Peninggi martabat…

Angkatlah darjat dan martabat kami umat islam…
Muliakanlah kami beserta semua anak.. cucu dan keturunan kami...
Muliakanlah ahli dan murid kami yang taat serta amanah..
Muliakanlah umat Muhammad ini di hadapan umat umatMu yang lain…
Jangan Engkau perhinakan kami hanya karena adanya dosa dan maksiat yang telanjur kami buat…
Tutuplah segala cacat.. aib.. cela  dan kekurangan kekurangan kami…

اللَّـهُمَّ يَا شَافِيَ الْأَمْرَاضِ

Allahumma ya syafiyal amradl
Wahai Allah.. Penyembuh dari segala penyakit…

Sembuhkan dan jauhkan kami dari penyakit penyakit jasmani… juga penyakit penyakit rohani…
Jauhkanlah kami ya Allah.. dari penyakit malas.. bakhil dan munafik…

اللَّـهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ

Allahumma ya mujibad da‘awat
Wahai Allah.. Penjawab segala doa…
Pengabul segala permohonan

Dengar dan perkenankanlah permintaan.permintaan kami…

Sampaikanlah kami... pada maksud maksud dan tujuan tujuan...
Sampaikanlah anak cucu dan keturunan kami juga murid kami yang setia... pada cita-cita dan harapan harapan…

اللَّـهُمَّ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allahumma yaa arhamar rahimin
Wahai Allah.. Maha Penyayang di antara para penyayang

Sayangilah kami ya Allah…
Jadikanlah kami orang orang yang Engkau cintai.. sekaligus orang orang yang mampu untuk saling mencintai…

Sayangilah kami ya Allah…

Yang dengan kasih sayangMu...
Engkau maafkan semua dosa dan kesalahan kami...

Ya Allah... sebagaimana Engkau selalu memaafkan dan mengampuni kami.. jadikan pula kami orang orang yang mudah memaafkan dan mengampuni orang lain…
Angkatlah segala iri dan dengki.. marah dan benci dari hati nurani kami...
Jauhkanlah segala dendam dari diri kami juga dendam orang kepada kami

إِلَهِيْ أَنْتَ مَقْصُوْدِيْ

Ilahi Anta maqshudi
Tuhanku.. Engkaulah yang kumaksud..

وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ

Wa ridhaka mathlubi
Dan ridhaMU yang kucari...

أَعْطِنِيْ مَحَبَّـتَكَ وَ مَعْرِفَتَكَ

Athini mahabbataka wa marifataka
Limpahkan daku cintaMu dan makrifahMu__

@mencari keredaan📚📚📚

20.06.2019 hati akan jadi tenang

Hati kita akan jadi tenang bila kita redha dengan apa yang Allah tetapkan.

Kehidupan ini, aku amat memerlukan teguran dari insan yang amat aku sayangi.

Tidak kira siapa mereka, sama ada mereka ahli keluarga, sahabat karib, teman biasa, dan sesiapa pun.

Biarlah teguran itu dapat memberi kesedaran pada diri dan juga jiwa. Kerana saya bukan insan sempurna.

Jika mampu buat orang yang sayang dan ambil berat pasal ,...? itu tandanya kau menghargai meraka dalam hidup . Yes itu sebuah penghargaan.

Bukan layan mereka 24jam sehari, tapi cubalah tanya khabar dan dengar luahan serta ceritanya. Malah doakan mereka sentiasa.

Rabu, 19 Jun 2019

20.06.2019 pengorbanan ayah

"Ayah. Kakak dapat nombor satu. Boleh tak kakak nak makan KFC?" soal seorang anak kecil pada ayahnya.

"Adik pun nak juga, ayah. Boleh la ayah ya. Adik tak pernah makan KFC. Kawan-kawan kata, sedap ayah," balas si adik pula.

"Boleh. Malam ini kita pergi ya," balas si ayah tersenyum.

Wajahnya mempamerkan senyuman paling manis untuk kedua puteri kesayangannya. Sedangkan di dalam kepalanya mencatur pelbagai perbelanjaan yang masih tertunggak.

Namun untuk mengatakan tidak kali ini, dia tidak sampai hati. Sebelum ini entah berapa banyak permintaan anak-anak terpaksa dia tolak.

Bukan dia tidak mahu gembirakan hati anaknya, namun kehidupan mereka sangat sempit. Kantungnya sentiasa kekosongan.

Dia hanya buruh yang gaji tidak menentu.

Namun kali ini, puteri kesayangan dapat nombor satu dalam kelas. Betapa dia bangga dengan puterinya, betapa dia gembira.

Saat anak itu meminta satu permohonan yang sejujurnya dia tidak mampu tunaikan, dia tidak lagi mampu mengatakan tidak.

"Yeay yeayyy. Ayah nak bawa ke KFC. Yeayy yeayyy!"

Dia masuk ke dalam bilik saat kedua puterinya bersorak kegirangan. Diangkat katil buruknya, dan matanya melilau mencari sesuatu.

Dia mencari kepingan syiling yang pernah jatuh masa dia baring. Disuluh dengan lampu telefon, akhirnya jumpa beberapa keping. Namun jumlah itu tidak mencukupi. Jauh dari mencukupi.

Dompet lusuhnya dibuka. Ada dua keping not RM10. Itu pun dipinjam dulu dari majikannya semalam.

Niatnya nak tukar mentol motor, isi minyak motor kapcai yang dah kekeringan dan sebagai duit belanja makan tengahari dia esok.

Dia genggam erat-erat duit RM10 itu. Dikucupnya dengan titisan air mata lantas bermonolog sendiri,

'Duit boleh dicari lagi. Namun kebahagiaan anak-anak itu keutamaan aku.

Tuhan. Murahkan rezeki aku. Tuhan, betapa aku sangat perlu duit ini, namun aku tidak mampu menolak permintaan puteri-puteriku.

Tuhan. Kau gembirakan dan bahagiakan mereka seumur hidup mereka. Semoga mereka berjaya dan berjumpa pasangan hidup yang baik-baik.

Semoga kehidupan mereka senang dan tidak sepertiku yang sering kesempitan.

Tuhan, aku mohon dengan sangat.'

Air matanya mengalir.

Saat itu anak sulungnya masuk dan bertanya,

"Kenapa ayah menangis? Ayah tak ada duit ke? Kalau macam tu tak apalah ayah. Kakak makan nasi goreng sahaja."

"Eh tak kakak. Tadi mata ayah masuk abuk. Dah keluar dah pun. Ayah ada duit, jangan risau. Tengok ni duit ayah ada banyak," katanya seraya menunjukkan dua keping not RM10.

Malam itu, mereka ke KFC seperti dijanjikan. Gembira bukan kepalang anak-anaknya. Maklumlah, kali pertama merasa.

Sebaik berada di meja, si kakak bertanya lagi,

"Ayah. Kenapa ayah tak makan?"

"Ayah kenyang. Lagi pun nanti ayah nak pergi tempat orang nak kenduri. Boleh makan kat sana nanti."

"Ayah. Ambillah ayam kakak sedikit. Nah!"

"Tak apalah nak. Makanlah puas-puas. Ayah dah selalu makan KFC dulu," balasnya sambil mengusap kepala anak kesayangannya.

Saat itu airmatanya jatuh lagi menitis dipipi. Cepat-cepat dia lap dengan hujung jarinya sebelum kedua puterinya perasan.

Pulanglah anak-anak itu dengan gembira. Hajat yang sudah lama dipendam akhirnya menjadi kenyataan.

Sewaktu perjalanan pulang, adik pula berkata,

"Ayah. Nanti kalau adik dapat nombor satu pula ayah bawa ke KFC lagi ya!"

"Baik dik. Nanti kita datang lagi. Adik janji belajar pandai-pandai macam kakak ya."

"Baik ayah."

Mereka berjalan pulang.

Dan esoknya si ayah bangun awal-awal pagi untuk ke tempat kerja. Dia kena turun awal hari itu. Kerana dia perlu pergi dengan basikal.

Motornya tiada lagi minyak. Nak isi seringgit pun tiada. Maka mengayuhlah dia dengan bekal sebotol air kosong untuk menghilangkan lapar dan dahaga sepanjang hari.

Dan dia sudah pun membayangkan akan dimarahi dan disindir majikan lagi bila dia minta pinjam RM20 lagi hari ini.

Untuk melihat senyuman anak-anaknya, dia rela dimarahi. Dia rela mengerah tenaga mengayuh basikal tua sahaja.

Apa yang membahagiakan dia, dia dapat lihat senyuman puteri-puterinya, sejak awal pagi. Begitu bersemangat untuk ke sekolah hari ini.

Agaknya tidak sabar-sabar mereka ingin bercerita pada kawan dan gurunya pengalaman pertama kali makan KFC.

"Ayah, kenapa awal sangat ayah hantar kami ke sekolah hari ini?

Dan kenapa ayah naik basikal hari ini?"

"Motor ayah rosak dik," balasnya pendek.

Matanya mula bergenang.

"Ayah, ayah menangis?" soal anak polos itu lagi.

Kali ini si ayah tidak lagi berbohong. Dia tidak jawab apa-apa. Hanya airmata meluncur laju. Selaju kayuhan basikal tuanya itu.

"Ayah. Ayah jangan la menangis. Kakak janji untuk belajar sungguh-sungguh. Akak janji tak minta makan KFC lagi."

"Ya ayah. Jangan nangis ayah ya. Kalau adik dapat nombor satu pun adik dah tak nak minta KFC dah. Kita makan nasi goreng sama-sama ya ayah," balas si adik pula.

Dan airmata turun dengan lebih menggila pada wajah ayahnya mendengar kata-kata kedua puteri kesayangannya itu.

Ayah...

Begitulah mereka. Menyorok dengan banyak setiap penderitaan demi anak-anak kesayangan.

Sesungguhnya keperitan ayah yang kita tahu hanya setitis dari selautan pengorbanan seorang ayah.

Selamat Hari Ayah buat semua ayah-ayah di dunia.

Kalian insan agung dan hebat.

🤲🏻🤲🏻🤲🏻😰😰😰😭😭😭

19.06.2019 rezeki

Jika rezeki itu datang kerana kerja keras , seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan .

Jika rezeki itu datang kerana banyak waktu kerja , seharusnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan Mcdonald dan KFC .

Jika rezeki itu datang kerana kepintaran , seharusnya pensyarah-pensyarah menjadi orang kaya .

Jika rezeki itu datang kerana pangkat , seharusnya para presiden dan raja berada di urutan terdepan dari 100 orang terkaya di dunia .

Dan , akhirnya kita kena yakin yang rezeki itu semua datang kerana kasih sayang Allah .

Allah itu Maha Adil.

Sebab itu dia ciptakan negeri akhirat.

Adanya Neraka dan Syurga.

Di dunia, orang yang beriman dan bertaqwa akan di masukkan kedalam Syurga. Manakala, orang yang suka buat maksiat dan suka melanggar perintah Allah, Allah dah janjikan tempatnya di neraka.

Adilkan Allah?😊

*Pengajaran dari kisah admin harini, menipu , dan makan duit haram . Suka menipu orang...Kita tak dapat balas perbuatan dia kat dunia , Jangan risau Allah itu Maha Adil. Dia akan balas perbuatan orang itu di akhirat kelak.

Didunia dia bersenang2 , di akhirat dia sengsara buat selamanya.. Nauzubillah.

Mohon bertaubat..
@ mencari keredaan#

Selasa, 18 Jun 2019

20.06.2019 terkadang malu nak tulis

Terkadang malu untuk menulis sesuatu kebaikan kerana diri ini tidak sebaik apa yang disampaikan itu .

Tetapi , menulis sesuatu yang baik untuk menjadikan manusia itu lebih baik adalah tugas setiap daripada kita .

Sesungguhnya , Allah menutup aib diri ini , jika Allah membukanya pasti diri ini sungguh hina .

Semua orang nak ketenangan, sama ada yang kaya, miskin, famous, terpinggir, berjawatan, takde jawatan, dan sebagainya. Salah satu cara nak dapat ketenangan (selain baca al Quran dan fahaminya) adalah,

kita bersifat JUJUR. Sama ada jujur dengan orang lain, atau jujur dengan DIRI SENDIRI.

Bila kita sentiasa jujur, insyaAllah hati kita akan rasa tenang. Tetapi bila kita selalu bohong / menipu, hati kita akan GELISAH.

Kita mungkin boleh tipu orang lain, tetapi selama-lamanya kita TAK BOLEH tipu diri sendiri. Bahkan kita TAK BOLEH TIPU hati kita, terutama bila kita BUAT DOSA.

Masa kita buat dosa, mungkin kita boleh bagi alasan yang kita rasa "tenang", tetapi itu hanyalah alasan untuk "sedapkan" hati kita je.

Sebab hakikatnya, dosa itu akan GELISAHKAN hati kita.

Solusinya?

Taubatlah sungguh-sungguh wahai saudaraku. Dan berlakulah jujur dalam semua perkara, terutama dengan HATI dan DIRI kita sendiri.

Apa guna hidup kaya raya, mewah, ramai follower, pangkat tinggi, TETAPI hati tak tenang?

Moga Allah kurniakan ketenangan dalam hati-hati kita. Semua

@ mencari keredaan#

19.06.2019 sedih

Sedih,
Tidak dapat diucap.
Tidak dapat diluah.
Hanya sekeping hati.
Tersentuh dengan luka.
Aku terdiam.
Terdiam dikala patah hatiTiada masalah yang tiada penyelesaian. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma kita yang perlu bijak mencari penyelesaiannya.
Saat semuanya diharungi sendiri.

Kenapa kita rasa kecewa?
Kerana kita memang harapkan sesuatu itu tetapi kita tidak perolehi.
Orang lain boleh dapat.
Mengapa kita tidak boleh dapat?
Apabila kita mahu sangat sesuatu benda itu tetapi kita tidak perolehinya kita akan merasa kecewa.

Penyelesaiannya ialah belajar untuk berSYUKUR. Kerana Allah ada berfirman HENDAKLAH KAMU BERSYUKUR DENGAN NIKMATKU .MAKA KAMI AKAN TAMBAHKAN NIKMAT KE ATASMU .

Tuntasnya, jika kita nak nikmat, kebahagiaan, ketenangan, nak masalah selesai dan sebagainya. Jawapannya ialah kita kena berSYUKUR.

Tetapi seandainya kita tidak berSYUKUR kita bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain maka  KUFUR dengan nikmat Allah dan tidak berSYUKUR maka akan rasa azab yang pedih di akhirat dan di dunia. Di dunia pula azabnya ialah hati yang mudah sengsara. Hati yang mudah kecewa .

Tapi untuk kita merasai manisnya kebahagiaan dan tidak mudah merasa kecewa. Banyak banyakkanlah bersyukur. Semoga dengan bersyukur akan tidak akan merasa kecewa lagi .

@mencari keredaan#

Isnin, 17 Jun 2019

18.06 2019 baca lepas solat

Bacalah 3 doa ini ketika sujud terakhir dalam solat :

1. Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
2. Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
3. Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Jika kau sebarkan, semoga memudahkan urusanmu di dunia dan akhirat.

Salam senja n salam pagi

Jumaat, 14 Jun 2019

15.06.2019 buat renungan

15.06.2019

KHAMIS 💕 10 SYAWAL 1440H 14 Jun 2019

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Ujian hidup

Cuma ingin dikosongkan fikiran daripada semua masalah-masalah yang datang menjengah.

Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi.

Sungguh, hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian.

Kerana ujian itu perlu.

Kerana ujian itu pasti.

Kerana manusia itu perlukan ujian.

Biarpun diri tidak mampu, biarpun hati tidak mahu tetapi ALLAH Maha Tahu kita perlu diuji.

Untuk setiap kata yang dilafazkan.
Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan?

Untuk setiap perbuatan yang diamalkan. Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan?

Semuanya perlu diuji…

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok . Jadi kita sepatutnya merancang dengan sebaik-baiknya hari ini tetapi kita yakin rancangan kita boleh berubah esok sebab Allah terlebih dahulu sudah merancang yang lebih baik untuk kita . Allah akan memberi sesuatu dan mengambil sesuatu daripada kita supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu itu tetapi bergantung kepada Allah yang memberi dan memberi ganti .

Kadang-kadang kita cuba nak faham apa yang Allah aturkan untuk kita,

Kadang-kadang kita persoalkan ujian yang Allah campakkan kepada kita,

Kadang-kadang kita rasa kecewa apabila kita tak dapat penuhi impian kita,

Kadang-kadang kita penat dan lesu sebab kita cuba untuk berubah, tapi kita tak dapat sokongan yang kita perlukan,

Kadang-kadang kita rasa rimas dan lelah untuk jadi baik,

Kadang-kadang kita rasa dunia tak adil pada diri kita, kerana seringkali kita dipersalahkan untuk benda yang remeh...
Atau dipersalahkan atas hal
Yàng tidak kita lakukan..

Dan kadang-kadang kita kesal, kita tidak tahu mengapa kita diciptakan.

Apabila perasaan kadang-kadang ini datang menerpa, SELALULAH beristighfar dan mohon keampunan,

SELALULAH berjumpa dengan rakan-rakan yang soleh agar bertambah iman,

SELALULAH rasa bersyukur untuk setiap nikmat yang Allah kurniakan,

SELALULAH ingat ada yang jauh lebih malang daripada diri kita yang sebenarnya cukup keperluan,

SELALULAH cuba untuk sabar dan redha dengan setiap dugaan,

Dan SELALULAH bermuhasabah semula apa tujuan sebenar kita dijadikan.

Sengsara kita tak perlu heboh pada orang. Sehina-hina babi hina lagi manusia yang tiada rasa simpati. Didepan dia kasihan. Dibelakang dia bertepuk tangan.

Mengejar manusia kita akan lelah . Kejar Allah pasti kita takkan rebah . 👌🏻

Seringkali tangan ini ingin berkongsikan sesuatu, fikiran terus menjadi buntu.

Apakah penulisan saya akan dapat diterima baik oleh saudara yang sedang membacanya?

Bukan perkara yang mudah untuk meluahkan suara dari jiwa. Ada sesuatu yang menghalangi dan akhirnya saya pendamkan lagi.

Semoga Allah senantiasa membimbing kita semua di atas jalanNya yang lurus dan ucapan terakhir kita di saat berpisah dengan dunia yang fana ini.

Wallahualam

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan 🌸🌸🌸

Khamis, 13 Jun 2019

14.06.2019surga bukan miliku

Biarpun Solatmu beribu-ribu rakaat, Sedekahmu berjuta-juta ringgit, Hajimu berkali-kali, tetapi saat kau melukai hati ibumu, syurga bukan milikmu.

Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya.

Jangan pernah sesekali pandang ke belakang

Teruskan Melihat ke depan
Pekak kan telinga, Pejamkan mata dan bisu kan mulut

Biar apa orang sekeliling nak kata kat kita janji

Allah tahu apa yang kita lakukan demi kebaikan semua bukan untuk diri sendiri sahaja

Bila dah dapat apa yang kita usahakan Percayalah Ada pahit disebalik kemanisan

@mencari keredaan#🌴🌴🌴🌴🐒

14.06.2019 ujian hidup

KHAMIS 💕 10 SYAWAL 1440H 14 Jun 2019

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Ujian hidup

Cuma ingin dikosongkan fikiran daripada semua masalah-masalah yang datang menjengah.

Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi.

Sungguh, hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian.

Kerana ujian itu perlu.

Kerana ujian itu pasti.

Kerana manusia itu perlukan ujian.

Biarpun diri tidak mampu, biarpun hati tidak mahu tetapi ALLAH Maha Tahu kita perlu diuji.

Untuk setiap kata yang dilafazkan.
Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan?

Untuk setiap perbuatan yang diamalkan. Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan?

Semuanya perlu diuji…

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok . Jadi kita sepatutnya merancang dengan sebaik-baiknya hari ini tetapi kita yakin rancangan kita boleh berubah esok sebab Allah terlebih dahulu sudah merancang yang lebih baik untuk kita . Allah akan memberi sesuatu dan mengambil sesuatu daripada kita supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu itu tetapi bergantung kepada Allah yang memberi dan memberi ganti .

Kadang-kadang kita cuba nak faham apa yang Allah aturkan untuk kita,

Kadang-kadang kita persoalkan ujian yang Allah campakkan kepada kita,

Kadang-kadang kita rasa kecewa apabila kita tak dapat penuhi impian kita,

Kadang-kadang kita penat dan lesu sebab kita cuba untuk berubah, tapi kita tak dapat sokongan yang kita perlukan,

Kadang-kadang kita rasa rimas dan lelah untuk jadi baik,

Kadang-kadang kita rasa dunia tak adil pada diri kita, kerana seringkali kita dipersalahkan untuk benda yang remeh...
Atau dipersalahkan atas hal
Yàng tidak kita lakukan..

Dan kadang-kadang kita kesal, kita tidak tahu mengapa kita diciptakan.

Apabila perasaan kadang-kadang ini datang menerpa, SELALULAH beristighfar dan mohon keampunan,

SELALULAH berjumpa dengan rakan-rakan yang soleh agar bertambah iman,

SELALULAH rasa bersyukur untuk setiap nikmat yang Allah kurniakan,

SELALULAH ingat ada yang jauh lebih malang daripada diri kita yang sebenarnya cukup keperluan,

SELALULAH cuba untuk sabar dan redha dengan setiap dugaan,

Dan SELALULAH bermuhasabah semula apa tujuan sebenar kita dijadikan.

Sengsara kita tak perlu heboh pada orang. Sehina-hina babi hina lagi manusia yang tiada rasa simpati. Didepan dia kasihan. Dibelakang dia bertepuk tangan.

Mengejar manusia kita akan lelah . Kejar Allah pasti kita takkan rebah . 👌🏻

Seringkali tangan ini ingin berkongsikan sesuatu, fikiran terus menjadi buntu.

Apakah penulisan saya akan dapat diterima baik oleh saudara yang sedang membacanya?

Bukan perkara yang mudah untuk meluahkan suara dari jiwa. Ada sesuatu yang menghalangi dan akhirnya saya pendamkan lagi.

Semoga Allah senantiasa membimbing kita semua di atas jalanNya yang lurus dan ucapan terakhir kita di saat berpisah dengan dunia yang fana ini.

Wallahualam

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan 🌸🌸🌸

13.06.2019 kisah duka dalam hidupku

Salam

Dengan ini saya zul nak maklum kan kepada semua keluaga dan saudara saya... yang saya cintai ..mukin terasa berat nak lepaskan bila saya fikir dan renungkan saya ambil satu berdekatan jalan pengelesaikan
Dengan tenang saya nak jual tanah lot dan tanah kebun saya yang berada di sungai tembak....kemukinan saya jual melalui ......mudah dot com..atau melalui online bebas ...tanah tu adalah geran kekal nama saya

Disini saya dengan rendah hati memintak ampun dan maaf kalau saya ada salah silap dari saya kepada semua saudara saya ...bila
Saya fikir saya kena pilih jalan.. satu dunia satu akhirat  kalau pilih akhirat terpaksa kena jual tanah itu ...kalau ada salah silap dari saya ...saya mintak ampun dan maaf di pinta.sekian terima kasih ....
Daripada ..zul anak ramlah daud

Isnin, 10 Jun 2019

11.06.2019 kisah harta pusaka

Asalammualaikum semua hari ini saya nak sampaikan kisah dan pengajaran untuk semua 

Hari Raya dan Kisah Harta Pusaka

Sudah selesai kita berhari raya di kampung bersama-sama keluarga dan sanak saudara. Ada yang sudah kembali ke kota. Kerja, kerja dan traffic jem menunggu semua.

Semasa menziarahi saudara-mara, ada 2 kisah yang hendak saya kongsikan bersama. Kedua2 kisah ini kisah benar, diceritakan oleh waris atau ahli keluarga yg rapat dengan si mati. Nama dan dimana berlaku tidak perlukan saya ceritakan di sini.

Kisah benar pertama, perebutan harta pusaka. Arwah, si ayah, semasa meninggal tidak mempunyai wasiat. Semasa hidup, kesemua anak ok.. bila meninggal sudah porak peranda berebut harta pusaka. Kesian saya tengok si ibu, pening kepala melihat situasi begini antara anak2.

Kisah kedua, harta pusaka moyang yang disalahguna oleh atuk sedara. tanah dan harta di ambil atuk sedara menjadi haknya, walaupun dia bukanlah waris faraid. Anak-anak (2 lelaki dan 1 perempuan) si mati tidak mahu bergaduh dengan pak sedaranya lalu membiarkan kejadian ini. Sekarang, kedua2 anak lelaki telah meninggal, yg masih hidup anak perempuan. Cucu2 moyang sekrg ini cuba mengambil balik hak2 mereka. Perhubungan antara atuk sedara & famili dia dengan famili anak2 menjadi dingin. Tidak tahulah berapa lama perkara ini akan diselesaikan. sudah jadi masalah waris berlapis.

Kedua2 kejadian ini hendaklah kita jadikan iktibar. Semasa kita masih hidup, buatlah perancangan harta pusaka. Banyak kebaikannya

Inilah petanda akhir zaman apabila manusia alpa kepada kedua ibubapa tetapi amat perihatin kepada harta pusaka. Setelah sekian lama kedua ibubapa membesarkan kita akhirnya kita hanya nampak kepada harta benda mereka sahaja.

Satu masa kita juga akan menjadi warga tua dan mempunyai anak-anak seperti dalam cerita di atas. Jika kita peka mengenai pengurusan harta pusaka sudah tentu kita boleh mengelakkan perkara di atas berlaku. 

Sekurang-kurangnya kita sudah berwasiat 1/3 dari harta pusaka kita melalui surat wasiat.  Oleh itu sekiranya berlaku di mana anak-anak berebut kepada harta pusaka kita, kita sudah berwasiat atau bersedekah kepada pihak tertentu. Tanpa surat wasiat belum tentu anak-anak kita akan melakukan amal jariah untuk kita. Jangan kita leka tentang agihan harta pusaka kerana ia akan memakan diri sendiri kelak, buatlah surat wasiat semasa anda masih hidup.

Selamat hari raya Aidilfitri & Berhati-hati di Jalan raya

Selasa, 4 Jun 2019

04.06.2019

Assalammualaikum. Terima kasih atas kesudian membuka entri ini! Andai hati dah rasa dah boleh bergerak sendiri ke syurga boleh abaikan entri ini.

Hijrah! Payah nak peroleh perubahan untuk diri sendiri. Serius saya cakap. Saya dulu masa nak melangkah dalam penghijrahan perasaan ‘malu’  tak lekang dalam hati.

Ya Allah! Malu beb. Aku dulu jahil. Jahil dengan perbuatan yang aku buat. Masya Allah. Maafkan Aku Allah.

Tapi, malu itu boleh dipangkas dengan cara apa? Cara membanteras perasaan itu. Memanglah malu.

Kau rasa Allah nak terima perubahan ? Ya Allah.

. Ingat, Allah berfirman :-
Az-Zumar:53 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Az-Zumar:54 - "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

Sesungguhnya Allah itu maha pengampun. Asalkan kau berazam taknak melakukan perbuatan keji tersebut. Kau taubat nasuha betul-betul. Minta maaf kepada Allah.

Minta Allah ampunkan dosa-dosa . Sebelum masa kematian itu masih belum tiba.

Jangan malu nak berhijrah lantak pilah orang nak cakap apa? Kau berubah sebab apa? Sebab Allah.

Pekak aja telinga. Tutupkan aja mata. Sentiasa beristiqamah buat banyak solat taubat. Kalau boleh buat selepas solat fardu.

Banyakkan amalan nawafil. Bangun malam. Qiamulail. Mohon pertunjuk kepada Allah.

Bila hijrah itu dilakukan dengan ikhlas tanpa rasa ingin menunjuk-nunjuk, kau akan rasa kemanisan indahnya hijrah! Rasa macam hari hari nak bersujud kepada Allah.

Ya Allah! Indahnya ~

~•~•••~•~••~••~•~•~••~•••~•~•~•
Hidup ini terlalu singkat untuk saling berdendam dan bermusuhan..

Hargailah detik dan masa yang ada ini dengan saling menghargai dan berkasih sayang..

Kerana kita semua harus sedar dunia ini hanyalah sekadar pinjaman bukanlah berkekalan..

Ada kawan yang datang dalam hidup bawa senyuman, Ada yang bawak kesedihan.

Terima lah dua dua ini jadi kawan.

Sebab dorang akan mencorakkan hidup kita dan akan menguji akal dan hati kita.

Jangan memilih kawan. Jahat baik dia tetap kawan dan dia akan membawa satu kesedaran.

Tapi, andai kawan tu mengajak ke jalan yang lebih bengkok, nasihat lah dia sama.

Kawan ni penting juga selain keluarga.

Bila dah ada yang baik yang betul betul ada dalam naik dan turun kita, HARGAI.

Bukan bagi dia duit atau harta, tapi bagi kepercayaan dan keikhlasan.

Dalam sejuta sorang je yang akan ada dengan kita.

@mencari keredaan #