Ahad, 24 November 2019

25.11.2019 hari tua

Selamat pagi

28 RabiulAwwal 1441H
Isnin 25hb/11/2019M
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

*KERANA KESOMBONGAN* 
Daripada Abdullah bin Mas'ud R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:  Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan.
HR-Muslim & Ibnu Majjah

Sollu'alannabi.
Semoga selalu dalam Keberkahan Allah SWT.... Aamiin Ya Allah Ya Mujib.

@mencari ketenangan#
*HARGAI UMURMU*
*MANAFAATKAN USIAMU*

Dulu hanya seorang anak kecil
kini seorang pemuda,
kalau dipanjangkan lagi umur
Jadilah seorang dewasa dan tua
Manafaatkan ketika ada 
Hidup hanya sekali sahaja

Dengan usia inilah aku hidup,
mengisinya dengan makna,
mencapai di dalamnya bahagia,
dan menggunakannya untuk mencapai redha-Nya..

Usia makin
Meningkat dan tidak akan menurun,
Pergi dan tidak akan kembali,
berlalu dan tidak akan dapat dikejar,
hilang dan tidak akan dapat diganti.

Usia
Matang bukan dengannya sekali,
tinggal bagi mereka yang menghargai,
bermakna bukan wujud di dalamnya Sedia tetapi hanya jika digunakan dengan bijaksana.

Umur
anugerah Dia.
Panjang di dalam maksiat,
atau terus di dalam taat,
itu pula pilihan kita.

Membesar dan membesar,
meningkat dan meningkat,
maka siapakah aku hari ini?
Manusia yang alpa atau yang diredhai ..

Usia yang Matang
atau masih ingin bermain-main lagi?
Yang menghargai peluang,
atau sekadar melepaskannya pergi?

Umur
sampai bila kan terus meningkat?
Sampai masa akan terhenti.
Maka sampai bila perlu alpa,
apakah hingga dipanggil pergi nanti?

Alangkah ruginya kita bila Allah kurniakan umur yang panjang, tiba-tiba kita mengisi usia tersebut dengan menjauhkan diri dengan Allah.

Apa untungnya hidup namun usia tersia
Tanpa amal

Ya Allah..
Dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Mu. Kami menadah tangan memanjat kesyukuran kerana berpeluang menikmati udara-Mu tanpa sebarang bayaran, menikmati keindahan alam tanpa sebarang balasan..

Ya Allah ya Tuhan kami..
Panjangkanlah umur kami agar dapat beribadah dan sentiasa taat pada
segala perintah-Mu semasa usia kami..

Ya Allah ya Tuhan kami..
Dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Mu Tuhan yang empunya sekalian alam.
Kami menadah tangan kepada-Mu agar kami diberikan hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar, jalan yang lurus yang Engkau Redhai dan janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau memberikan kami petunjuk.

Amin ya Rabbal A'lamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan