Khamis, 21 November 2019

22.11.2019 kena penuhi syarat

Kalau kita nak pikat seseorang tu, kita mesti kena penuhi syaratnya.

Contoh, "kalau awak betul-betul serius nak kawan dengan saya, awak kena hormat mak ayah saya dulu."

Itu contoh.

Sama juga dengan syarat yang Allah tetapkan untuk Dia cinta dan kasih kepada kita. 

Syaratnya, kena cinta Rasulullah S.A.W dulu, barulah akan  dicintai Allah. 

Kalau tak, tak lulus.

**

Rasulullah S.A.W bersungguh-sungguh nak pesanan-pesanannya sampai dekat kita. Risau tu hanya Allah sahaja yang tahu. 

Tak tidur malam. 

Risau tentang kita. Rugi kalau kita tak ambil serius tentang pesanan baginda.

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH, antaranya:

1) Sembahlah Allah, tinggalkan perkara jahiliah.

2) Dilarang menumpahkan darah, "Sesungguhnya darah kamu, maruah kamu, ataupun kehormatan kamu hendaklah dipelihara."

3) Dilarang menindas antara satu sama lain seperti amalan riba

4) Diminta meninggalkan amalan-amalan buruk yang dibawa oleh golongan jahiliah.

5) Berwaspada dengan hasutan syaitan, "Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka jadikan ia musuh."

6) Menjaga agama, " Islam datang dalam keadaan ganjil dan balik pun dalam keadaan ganjil."

Maksudnya, orang yang berpegang dengan Sunnah nabi bukannya mudah, kadang-kadang kelihatan ganjil.

7) Apa-apa yang dihalalkan oleh Allah hendaklah kamu halalkan dan apa-apa yang diharamkan oleh Allah hendaklah kamu haramkan, kerana itu yang terbaik.

8)Hendaklah menjaga kewajipan suami terhadap isteri dan ayah terhadap anak-anak perempuannya.

9) Berpegang kepada sunnah.

10) Patuhi pemimpin selagi mana pemimpin tidak mengajak kita melakukan maksiat.

11) Menjaga hubungan baik antara satu sama lain termasuklah memuliakan tetamu dan tidak mengambil hak orang lain.

12) Bertaqwalah kepada Allah walau di mana kita berada , kalau terbuat salah cepat-cepat buat amal baik untuk hapus dosa.

Secara keseluruhannya, semuanya berkaitan dengan kasih sayang, hak sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah dan rasul. 

Rasulullah berkata sebanyak tujuk kali,

Beruntung
Beruntung
Beruntung
Beruntung
Beruntung
Beruntung
Beruntung

Tanya sahabat, "Siapa yang beruntung?"

Beruntung mereka yang beriman kepada Rasulullah S.A.W tetapi tidak melihat wajah baginda. 

@mencari ketenangan#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan