Manusia berubah kerana:
1. Pernah ditipu depan mata
2. Maruahnya dipijak-pijak
3. Difitnah bertubi-tubi
4. Penat menjaga hati orang lain
5. Diejek
Berubah ,
memang susah tapi tak mustahil sebab syurga bukanlah murah.
Untuk mereka yang sedang berhempas pulas hijrah ,
teruskan untuk mengorak langkah .
Biar ,
berubah secara perlahan tapi istiqamah daripada secara drastik tapi futur akhiranya.
Ingat ,
Allah memang menyukai hamba-Nya yang soleh tetapi ketahuilah bahawa Allah lebih suka pada hamba-Nya yang buat sedikit amalan tapi berterusan .
Ingat ,
kita takkan boleh putarkan waktu , kesilapan yang kita buat pada zaman silam . past is already past , tapi kita mampu buat keputusan untuk masa akan datang jadi jangan ulangi kesilapan yang sama .
Ada seorang alim bertanya pada saya,
"Apa yang lebah akan cari bila dicampak kedalam sampah?"
Saya jawab,
"Dia akan mencari madu,"
Orang alim tu beritahu,
"Tidak sebaliknya dia akan cari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu."
Pastu dia tanya lagi,
"Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan kedalam taman yang dipenuhi dengan bunga?"
Saya jawab,
"Pasti lalat akan mencari sampah."
Kemudian orang alim tu beritahu,
"Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya."
"Dan janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorng kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain."
Jangan kau ambil ilmu ini sebagai maklumat tapi ambillah ilmu ini untuk amal dan sampaikan.
Semoga Allah s.w.t. beri taufiq dan hidayah Nya kepada kita.
@mencari ketenangan#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan