Rabu, 6 November 2019

06.11.2019

Nikmat itu ujian.
Ujian itu nikmat.
Allah bagi nikmat bermakna Allah sertakan sekali ujiannya.
Begitulah maksudnya. Hihi.
Nak explain lelebih tak larat pulak pagi ni 😅
Jangan dukacita tak dapat nikmati apa yang orang lain nikmati kerana kita tak tahu ujian apa yang ditanggungnya.
Sentiasalah bersyukur dan laluinya dengan tabah. 😪
Semoga dipermudahkan semuanya.
Jom selawat dan istighfar. Sungguh! itulah ubat yang paling mustajab untuk menghilangkan kegusaran hati.
Saya suka ingatkan orang yang suka diingatkan.

Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.

Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."

Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.

Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

@mencari ketenangan#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan