*وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد*ٍٍ
*Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt, diperluaskan rezeki yg halal, diberikan nikmat kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi serta mendapat keredhaan dari Allah SWT. Ya Allah..Perkenankanlah doa-doa kami ini*
*آمـــــــــــــــــــــــــــين, آمِّيْنَ آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن*
Sudah banyak manusia yang tidak mampu untuk melakukan kejujuran pada setiap perbuatan. Ada manusia yang baik hati untuk menolong mereka tetapi akhirnya jasa baik itu tidak pernah hargai dan tahu memuaskan nafsu serta kepuasan. Biarpun rambut sama hitam dan beragama Islam tetapi ia tidak mampu mencontohi kebaikan dan kejujuran yang Rasulullah sudah ajarkan.
Boleh dihitung dengan jari, beberapa kerat manusia yang masih mengamalkan cara baginda. Memberi salam, melakukan sesuatu perkara dengan jujur, amanah dan meringankan mulut dan tangan untuk mengucapkan terima kasih. Manusia seperti ini benar-benar takutkan pada Allah. Mereka tahu bahawa Allah melihat segala perbuatan mereka. Disebabkan itu, mereka mahu menjadi insan yang baik untuk Allah kerana tidak semua mampu melakukannya.
Bagi pendapat saya, sikap yang jujur itu jauh lebih mulia. Sikap ini juga tidak semua manusia mampu lakukannya kerana akhir zaman ini kita sudah jauh terpesong ke arah duniawi. Tidak amalkan dalam kehidupan harian. Jadi bagaimana generasi muda yang akan datang? Mereka akan ikut segala tunjuk ajar dan perbuatan oleh ibubapa mereka sendiri. Jika kita mahukan sesuatu kebaikan, mengapa kita sendiri tidak amalkan? Seharusnya kita patut renungkan kesilapan diri kita. Malah dari situ jugalah kita harus ubah agar tidak hanyut dalam kesilapan yang berulang kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan