Selasa, 2 Mac 2021

Kita semua diuji sekarang.
Ada yang diuji dengan isu bisnes dan kewangan. Ramai juga yang diuji dengan banjir, sakit, pasangan dan isu keluarga.
Benar 2020 adalah tahun ujian. Begitu juga dengan permulaan 2021.
Dan setiap kali diuji, ada mesej yang ingin disampaikan oleh Tuhan.
Selagi kita tidak faham makna yang Allah cuba sampaikan ini, selagi itulah Allah akan uji kita berkali-kali sampai kita faham.
Sebab itu kita kena cepat faham bahasa Allah ini. Supaya ada jalan keluar, dan kita lulus dalam ujian-ujian ini.
Ada 3 perkara yang Allah nak kita faham di sebalik setiap ujian.
InsyaAllah, memahami 3 perkara ini akan membuatkan kita berjaya berkali-kali walaupun diuji!
1. SEMUANYA ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI
Letakkan heartset "mata lebah" yang sentiasa mencari kebaikan di sebalik keburukan.
Elakkan heartset "mata lalat" yang mencari keburukan sedangkan banyak kebaikan dan rezeki di sekeliling kita.
Kajian menunjukkan, orang yang positif lebih cepat dapat selesaikan sesuatu masalah kerana mereka lebih bersemangat, inovatif dan konsisten.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka, dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. TAQWA DULU, BARU ALLAH BAGI SOLUTION
Ramai orang yang cari maklumat untuk sokong pendirian masing-masing. Ini kurang tepat.
Sepatutnya kita cari maklumat untuk cari kebenaran. Ini lebih tepat dengan konsep taqwa.
Percayalah, bila kita taqwa, Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang kita sendiri pun tak sangka.
 "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (surah At-Talaq: 2-3)
3. BERGANTUNG DENGAN DIA, BUKAN DENGAN USAHA
Mesej paling utama dalam setiap ujian ialah "Kembali kepadaNya".
Mencari Tuhan lebih penting daripada penyelesaian. Untuk itu, teruskan berdoa dan berharap kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan.
Firman Allah S.W.T : 
“ Berdoalah kepada ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. 
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina” (Surah Al Mu’min: 60).
Moga bermanfaat.❤

Tiada ulasan:

Catat Ulasan