Rabu, 31 Mac 2021



Hubungan baik adik beradik boleh retak hanya kerana tanah pusaka.
Ingatlah, dunia ini untuk ditinggalkan, bukanlah untuk kita menetap.
Pergaduhan adik beradik boleh memutuskan silaturrahim, menambahkan sengketa dan menambahkan titik hitam di hati. Inilah yang dimurkai Allah.
Segala yang ada di bumi ini adalah milikNya, maka tiada apa yang perlu digaduhkan.
Ibu bapa dah lama meninggal dunia, adik beradik bergaduh tentang tanah. Allahu, alangkah sedihnya ibu bapa di alam kubur sana.
Mereka menanggung hukuman di sana, anak-anak pula tidak berbaik. 
Anak-anak lebih sibukkan harta daripada tumpu ingat kepada DIA Yang Maha Pemilik segalanya.
Letakkan Allah di hati, maka dunia ini kau tidak akan nampak lagi.
Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, alangkah indahnya jika tanah yang direbut itu niatnya untuk wakafkan.
Namun, sebaliknya lebih kepada kepentingan diri masing2.
Nauzubillahiminzalik, semoga dalam keluarga kita tidak jadi sebegitu rupa. 
Berdamailah sesama adik-beradik, letakkan di hati masing2 untuk bersederhana dalam segalanya.
Jika berlaku pergaduhan adik-beradik, maka tidak tenteramlah rohani.
Mereka daripada Allah, maka hadaplah dan bersilaturrahimlah dengan mereka seperti menghadap Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan