090 of 365 ๐ RABU ๐ 17 SYAABAN 1442H 31 Mac 2021
~ Lebih kurang 12 lagi ke bulan Ramadhan๐ 1442H
Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْููููููููููููููููููู
ِ ุง๏ทฒِุงูุฑَّุญْู
َ
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
ุงูููู
ุตูู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขูู ูุงุตุญุงุจู ูุณูู
5 KESALAHAN WAKTU MASIH MUDA
1. MASA MASIH PANJANG
Selalu merasakan masanya masih Panjang . Banyak menghabiskan masa muda dengan bermain dan habiskan waktu dengan orang yang salah.
2. CINTA
Difikirannya hanyalah cinta, cinta dan cinta. Fikiran mereka hanya berkisar soal perasaan cintanya atau siapa yang menyintainya.
Terlalu memikirkan perasaannya tanpa sebarang cita cita . Bila ada yang kahwin, mereka mula rasa termenung memikirkan tiada siapakah yang akan menerima cinta mereka dan cemburu dengan kebahagian orang lain.
3. SUKA MENUNJUK
Merasa malu jika makan di gerai, maka perlu makan di cafรฉ mahal yang cantik susunan makanannya untuk dipamerkan disosial media. Akhirnya berhutang dan suka menunjuk pada semua teman temannya
4. JALAN PINTAS
Mereka tidak suka proses dan sentiasa cari tiada jalan pintas. Tiada kekayaan dengan jalan pintas, ia memerlukan prosese yang betul dan panjang.
Semua benda segera selalu merosakkan dan bersifat sementara.
5. TIDAK SUKA DIKRITIK DAN DIBERI PANDANGAN
Memiliki ego yang tinggi dan merasakan zaman mereka berbeza dengan zaman sebelumnya.
Maka saranan orang lain tidak bermakna. Mereka sentiasa menutup telinga untuk menerima sebarang pandangan terbuka.
Kawan kawan,
Modal terbesar bagi orang muda adalah TENAGA dan MASA.
Kedua modal ini akan hilang bila anda semakin tua dan tidak bertenaga.
Manfaatkan modal ini sewaktu kita masih muda dan bertenaga.
Gegadis hanya sukakan lelaki bertenaga, banyak masa untuk mereka dan ada wang untuk dibelanjakan bila perlu bukannya meminta minta.
Setiap manusia itu berbeza.
Berbeza penilaian, berbeza pemikiran....
Ingat Jangan jadi orang lain untuk terlihat baik di mata mereka dan jangan jadi orang lain untuk mendapatkan 'tempat' di kalangan mereka..
Sedangkan dibelakang, engkau melepas kebohongan akan disebalik kebaikan itu..
Jadilah diri sendiri, dengan kekurangan yang ada dan terus lakukan amalan yamg terbaik dengan cara mu tersendiri..
Kejarlah akhirat dengan niat yang ikhlas dan bukan hanya kerana pujian manusia semata mata...
Niatkan kerana Allah S.W.T....
Sesungguhnya segala amalan kebaikan Allah yang menilai bukannya manusia....
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sungguh ada seorang hamba yang menurut pandangan orang banyak mengamalkan amalan penghuni surga, namun berakhir menjadi penghuni neraka. Sebaliknya ada seorang hamba yang menurut pandangan orang melakukan amalan-amalan penduduk neraka, namun berakhir dengan menjadi penghuni surga. Sungguh amalan itu dilihat dari akhirnya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan