Isnin, 1 Mac 2021

1.03.2021 ujian

Ada orang diuji dengan kesibukan, kerana sekiranya dia punya masa lapang yang banyak, dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya lalu dia buat banyak perkara yang melalaikan.
Ada orang yang diuji dengan kemiskinan, kerana sekiranya dia punya harta yang banyak, dia akan menjadi saudara syaitan dengan membelanjakannya dengan begitu gelojoh dan boros. 
Ada orang yang diuji dengan kesakitan, kerana sekiranya dia sihat, banyak sekali dia akan bermaksiat.
Ada orang diuji dengan ketiadaan anak, kerana sekiranya dia punya anak, dia akan terlalu leka dengan anaknya sehingga lupa pada Tuhannya.
Dan ada orang yang diuji dengan sukarnya mahu mencari pasangan, kerana sekiranya dia berkahwin, dia akan menzalimi pasangannya itu.
Begitulah.
Maka berlapang dadalah dengan ujian yang menimpa kita. Kerana yakinlah, setiap apa yang berlaku pada kita itu, pasti ada hikmahnya. 
Berlapang dada juga dengan ujian yang menimpa orang lain. Pada pandangan mata kita, ia mungkin tidak ada apa-apa. Tapi pada mereka yang memikulnya, mungkin itulah ujian yang paling berat dan dahsyat untuk dirinya.
Kerana setiap orang itu akan diuji pada titik-titik kelemahannya. 
Moga kita menjadi orang yang redha dan sabar dengan ujian yang menimpa, kerana sungguh, setiap ujian itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk mengampunkan dosa dan menaikkan darjat kita di sisi Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan