Sebenarnya, banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu bukan sahaja behubungan kasih sayang yang perlu ditunjukkan oleh setiap insan bernama ANAK. Ini lebih-lebih lagi bersesuaian jika keadaan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Bukannya, untuk melepaskan tanggungjawab kita, ibubapa dihantar ke rumah orang tua, semata-mata kerana kita tiada masa dan tidak tahan dengan karenah mereka. Nau zubillah hi min zaa lik.Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
kata-kata untuk ibu Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan