Isnin, 23 Januari 2017

Coretan abah

Surat dari abah untuk anak ku
  Bismillahirrahmanirrahim
Anakku yang tercinta,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Anakku yang disayangi,
Abah ingin menulis kepadamu beberapa nasihat untuk kau amalkan dan kau lakukan sebaik mungkin terhadap pasangan hidupmu. Sesungguhnya abah impikan kebahagiaan, ketenangan dan keharmonian menyayangi sejak kamu masih kecil yang abah harap akan menjadi besar dengan adanya anak-anak yang soleh dan solehah.
Ketika kau membaca surat ini, janganlah kau tergesa-gesa dan janganlah kau tanggapi topik-topik pembicaraan abah dengan pandangan pertamamu, bahkan berulangkalilah membacanya. Perhatikannya berkali-kali sebelum dan selepas perkahwinanmu. kepadamu banyak perkara yang akan abah nyatakan nanti. Abah telah memahami pemerhatian ini dari berita-berita yang abah dengar dari orang ramai secara umum. Dan jua apa yang abah telah hadapi, perhatikan dan lalui dalam kehidupan berumahtangga abah dalam tempoh masa hampir dua puluh empat tahun.bersama ibu mu
Pada masa yang sama, abah sesungguhnya tidak menyatakan bahawa abah telah sangat arif dengan semua permasalahan yang kadang terjadi dalam kehidupan berumahtangga, antara suami dan isteri, kerana mengetahui semua perkara itu kan sifat Allah Tuhan sekelian alam. Tetapi abah katakan bahawa abah hampir mengetahui apa yang penting dan tampak menonjol darinya dan yang kadangkala nampak seolah-olah kecil dan remeh tetapi memiliki pengaruh yang besar terhadap perjalanan hidup berumahtangga dan hampir memusnahkan mereka jika tidak ada beberapa hikmah, sikap sabar serta tabah dan panjang fikiran.
Demikian juga, sesungguhnya kehidupan sentiasa berubah dan dipengaruhi oleh situasi di dalamnya dengan begitu jelas dan nyata sekali. Kadang situasi ini berbeza antara satu keluarga dan keluarga yang lain dan dari satu kehidupan dengan yang lain, juga dari satu negari dari negara yang lain dan seterusnya.
Namun masih ada di sana beberapa perkara yang jelas masih kekal dan garis-garis besar dan selainnya tergabung di bawahnya atau menurutinya. Berdasarkan muqaddimah atau pengantar yang sederhana ini, abah ringkaskan kepadamu point-point penting ini yang abah harap kau dapat fikir dan perhatikan dengan sepenuh-penuh perhatian:

Anakku yang dihargai,
Abah berasa bangga menuliskan kepadamu surat ini tatkala dirimu sedang di ambang kehidupan baru. Jikalau tidak kerana perpisahan, berpisah dari rumah kedua orang tua ke rumah suami merupakan sunnatullah pada makhluk ciptaan-Nya, dan sunnah yang telah ditentukan ke atas semua, tidaklah abah benarkan seorang pun di dunia ini untuk memisahkan kita. Tetapi apalah daya abah sedangkan Allah SWT telah menghendaki hal ini sejak dari azali lagi dan sunatullah ini akan tinggal kekal pada makhluk-Nya sehingga Allah mewariskan bumi ini dan mereka yang ada di atasnya. Hanya dengan sebab itu sahaja abah membenarkan orang lain untuk membawamu ke rumahnya Meski apa pun yang abah katakan dan tuliskan…abah tidak akan mampu untuk tersembunyi di hati abah.Oleh itu, abah menuliskan kepadamu surat ini yang mengandungi beberapa nasihat yang abah perolehi dari kehidupan ini sementara dirimu sedang memasuki alam tugasmu yang asal, iaitu untuk menjadi ibu dan pengatur rumah tangga dan beroleh kemerdekaan dalam hidup.

 Wahai sayangku, ketika dirimu di ambang kehidupan baru, jauhilah dari menyangkakan bahawa suami atau rumahtangga adalah seperti abah atau rumah abah. Dalam rumah abah, kau boleh meminta apa sahaja yang kau inginkan tanpa susah payah dan adakalanya kau marah dan gelisah. Tetapi di rumah suamimu, kau tidak boleh melakukan hal itu sama sekali. Oleh yang demikian, jauhilah dari banyak meminta, bahkan permintaanmu itu wajiblah dalam batas yang masuk di akal dan perkara yang kau benar-benar perlukan.
Kemudian, ada sebabnya bagi sesuatu permintaanmu itu… tidak semua masa sesuai untuk kau meminta… Oleh itu kau mestilah cerdik supaya kau mengerti masa-masa yang paling sesuai untuk permintaanmu itu, seterusnya permintaanmu itu perlulah dalam batas yang logik, yang pendapatan atau gaji suamimu boleh menampungnya.
Banyak meminta dari suami akan membawa kepada kebosanan dan kejemuan serta perasaan tidak dihargai terhadap tanggungjawab atau situasi-situasi umum.
Sesungguhnya ketaatan kepada suami termasuk ketaatan kepada Allah. Oleh itu, hendaklah kau taati semua yang dipinta oleh seorang suami terhadap isterinya kerana Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat akan melaknatnya hingga ia kembali semula ke rumah.” Dari hadith ini jelaslah bahawa ketaatan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan berumahtangga

Akhirnya, harapan dari lubuk hati abah dan juga doa-doa abah kepada Allah agar Alalh membantumu dan melimpahi kebahagiaan ke dalam rumah barumu. Sehingga bertemu lagi insyaAllah dalam surat selepas perkahwinan.
Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Dari abah zulkifli mokhtar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan