Edisi bongkar kali ini, kami akan berkongsi sebab kenapa orang Melayu susah berjaya dalam perniagaan berbanding orang cina yang sememangnya pandai dalam selok belok berniaga.
Apa yang kami akan kongsi ini ada benarnya dan mungkin ada yang tidak benar. Jika anda seorang peniaga, ambillah mana-mana point yang boleh diambil menjadi pengajaran dan belajarlah dari apa yang kami kongsikan ini.
Mengikut pengalaman penulis sendiri, amat dikesali apabila ada orang melayu yang berniaga hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Akibatnya perniagaan lingkup di tengah jalan.
Saya tak takut dengan persaingan orang Cina. Yang saya takut ialah hasad dengki orang Melayu – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Sedangkan bagi orang cina, mereka perlahan-lahan membina kemesraan dan kepercayaan (network) dengan pelanggan dan akhirnya keuntungan akan datang bila pelanggan akan sentiasa kembali berurus niaga kerana selesa untuk berurusan dengan peniaga tersebut.
Sebab itulah saya dapat lihat ramai peniaga cina yang mesra dan baik hati dalam berniaga. Inilah sikap yang orang melayu patut contohi. Sudah banyak kali penulis jumpa peniaga melayu yang berniaga berbekalkan muka 10 sen. Bukan sahaja peniaga tetapi termasuk juga pelayan restoran. Layan pun acuh tak acuh. Kalau macam tu gayanya, macam mana lah rezeki nak masuk. Tak gitu?
Kalau jumpa peniaga macam ini, memang saya angkat kaki je. Bukanlah tanak support orang melayu tapi ikhlaskah dia jika berniaga dengan muka yang langsung tidak mesra alam? Sampaikan kita pun tak ikhlas nak berurus niaga dengan dia. Sebab tulah peniaga yang macam tu, akan buatkan pelanggan susah nak kembali untuk berjual beli.
BACA JUGA: (50 Fakta) Tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Selain itu, saya juga ada terbaca satu perkongsian di Facebook tentang sebab kenapa orang melayu kurang berjaya dalam bisnes berbanding orang cina iaitu:
Orang Melayu:
untung RM5 kata kecil dan asyik komplen tak boleh nak berniagaberniaga nak mudah semuanya dan nak terus untungmalas usaha dan selalu terlibat dengan skim cepat kaya dan MLMlebih banyak merungut dari berusahasuka guna khidmat bomoh, selalu dengki, iri hati jika ada jiran berniaga benda yang samabangga jawatan dalam business card padahal tak sedar hakikatnya hanyalah seorang kulisukar tepati janji terutamanya masa.....
Mintak maaflah yer inilah jawapannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan