Rabu, 31 Mac 2021

Hubungan baik adik beradik boleh retak hanya kerana tanah pusaka.
Ingatlah, dunia ini untuk ditinggalkan, bukanlah untuk kita menetap.
Pergaduhan adik beradik boleh memutuskan silaturrahim, menambahkan sengketa dan menambahkan titik hitam di hati. Inilah yang dimurkai Allah.
Segala yang ada di bumi ini adalah milikNya, maka tiada apa yang perlu digaduhkan.
Ibu bapa dah lama meninggal dunia, adik beradik bergaduh tentang tanah. Allahu, alangkah sedihnya ibu bapa di alam kubur sana.
Mereka menanggung hukuman di sana, anak-anak pula tidak berbaik. 
Anak-anak lebih sibukkan harta daripada tumpu ingat kepada DIA Yang Maha Pemilik segalanya.
Letakkan Allah di hati, maka dunia ini kau tidak akan nampak lagi.
Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, alangkah indahnya jika tanah yang direbut itu niatnya untuk wakafkan.
Namun, sebaliknya lebih kepada kepentingan diri masing2.
Nauzubillahiminzalik, semoga dalam keluarga kita tidak jadi sebegitu rupa. 
Berdamailah sesama adik-beradik, letakkan di hati masing2 untuk bersederhana dalam segalanya.
Jika berlaku pergaduhan adik-beradik, maka tidak tenteramlah rohani.
Mereka daripada Allah, maka hadaplah dan bersilaturrahimlah dengan mereka seperti menghadap Allah.

Selasa, 30 Mac 2021

090 of 365 ๐Ÿ—“  RABU  ๐Ÿ’• 17 SYAABAN 1442H 31 Mac 2021 
~ Lebih kurang 12 lagi ke bulan Ramadhan๐ŸŒ™ 1442H
Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َ 
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู… 
5 KESALAHAN WAKTU MASIH MUDA

1. MASA MASIH PANJANG
Selalu merasakan masanya masih Panjang . Banyak menghabiskan masa muda dengan bermain dan habiskan waktu dengan orang yang salah.

2. CINTA
Difikirannya hanyalah cinta, cinta dan cinta. Fikiran mereka hanya berkisar soal perasaan cintanya atau siapa yang menyintainya. 

Terlalu memikirkan perasaannya tanpa sebarang cita cita . Bila ada yang kahwin, mereka mula rasa termenung memikirkan tiada siapakah yang akan menerima cinta mereka dan cemburu dengan kebahagian orang lain.

3. SUKA MENUNJUK
Merasa malu jika makan di gerai, maka perlu makan di cafรฉ mahal yang cantik susunan makanannya untuk dipamerkan disosial media. Akhirnya berhutang dan suka menunjuk pada semua teman temannya

4. JALAN PINTAS
Mereka tidak suka proses dan sentiasa cari  tiada jalan pintas. Tiada kekayaan dengan jalan pintas, ia memerlukan prosese yang betul dan panjang. 

Semua benda segera selalu merosakkan dan bersifat sementara.

5. TIDAK SUKA DIKRITIK DAN DIBERI PANDANGAN
Memiliki ego yang tinggi dan merasakan zaman mereka berbeza dengan zaman sebelumnya. 

Maka saranan orang lain tidak bermakna. Mereka sentiasa menutup telinga untuk menerima sebarang pandangan terbuka. 

Kawan kawan, 

Modal terbesar bagi orang muda adalah TENAGA dan MASA.

Kedua modal ini akan hilang bila anda semakin tua dan tidak bertenaga. 
Manfaatkan modal ini sewaktu kita masih muda dan bertenaga. 
Gegadis hanya sukakan lelaki bertenaga, banyak masa untuk mereka dan ada wang untuk dibelanjakan bila perlu bukannya meminta minta. 

Setiap manusia itu berbeza.
Berbeza penilaian, berbeza pemikiran....
Ingat Jangan jadi orang lain untuk terlihat baik di mata mereka dan jangan jadi orang lain untuk mendapatkan 'tempat' di kalangan mereka..
Sedangkan dibelakang, engkau melepas kebohongan akan disebalik kebaikan itu..
Jadilah diri sendiri, dengan kekurangan yang ada dan terus lakukan amalan yamg terbaik dengan cara mu tersendiri..
Kejarlah akhirat dengan niat yang ikhlas dan bukan hanya kerana pujian manusia semata mata...
Niatkan kerana Allah S.W.T....
Sesungguhnya segala amalan kebaikan Allah yang menilai bukannya manusia....
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sungguh ada seorang hamba yang menurut pandangan orang banyak mengamalkan amalan penghuni surga, namun berakhir menjadi penghuni neraka. Sebaliknya ada seorang hamba yang menurut pandangan orang melakukan amalan-amalan penduduk neraka, namun berakhir dengan menjadi penghuni surga. Sungguh amalan itu dilihat dari akhirnya.”

Ahad, 28 Mac 2021

MACAM BIASA TETAPI BAHAYA

1. Seorang sahabat bertanya : “Berapa gajimu sekarang disini?”, 
Maka dia menjawab: “Cuma RM1200 sahaja”
“La banyak tu sahaja, cukup ker nak hidup di bandar besar nie?”
Sejak saat itu, sahabat kita mula membenci pekerjaan yang dia suka dan bahagia selama ini. Ketika dia meminta dari majikan untuk dinaikkan gaji dan ditolak hingga akhirnya dia diberhentikan kerja dan tiada pendapatan hingga kini. 
2. Ketika undangan seorang saudara dekat kita bertanya: “Wah, makin ramai ya anak kau ya Jemah, tak sempit ka rumah macam nie?”. 
Rumah yang selama ini kita rasa lapang dan bahagia mula rasa sempitnya. 
Kebahagian rumah tanpa hutang kita mula memikirkan untuk beli kediaman yang lebih besar dengan hutang besar yang baru. kita mula hilang rasa bahagia dari kediaman kecil kita.
3. Bapa saudara datang berkunjung untuk melihat adiknya yang baru melahirkan anak kecil: “Dapat hadiah apa kali ini dapat anak baru nie?” “Tak da lah bang” Jawab adiknya pendek sahaja. 
Maka bapa saudara ini berkata; “Takkan lah tak kasi apa apa, pakcik baru hadiahkan makcik kau sempena habis kelas mengaji dengan gelang bunga ketum baru baru nie”.
Bila petang sang suami pulang, sang isteri mula masam muka memikirkan dia tidak beruntung bernikah selama ini, sejak itu mula jadi sensetif dan rasa tidak dihargai. 
Bila sedikit pergaduhan berlaku akhirnya membawa kepada penceraian. 
Dari mana puncanya? 
Dari pertanyaan sederhana saudara kita sendiri akhirnya. 
4. Seseorang bertanya kepada pasangan ibubapa yang tua di kampung: “Berapa lama dah anak kau tak balik nie Musalmah?” “dah masuk 3 bulan tak boleh balik nie Rosmah”. 
 Maka yang bertanya sambung lagi; “ish anak anak aku balik jer tiap tiap bulan waktu PKP ini. Pandai pandai la diorang cipta alasan dan cari jalan”.
Maka hati ibubapa tua ini menjadi sempit, mula membanding bandingkan anaknya dengan anak tetangganya tadi. 
Dari dia redha selama ini,  akhirnya dia mula berasa sedih sebab anak tak hargai dan mula rasa sakit sebab banyak bersedih hati. 
Kawan kawan yang mulia, 
Apa sebenarnya keuntungan yang kita dapat ketika kita bertanyakan persoalan ini?
Jagalah diri dan janganlah mencampuri urusan  kehidupan orang lain. Jangan kecilkan dunia orang berdasarkan kacamata kita. 
Kita akan menjadi ejen kerosakkan dimuka bumi ini, tanya diri kita apakah kita sedang menjadi api yang menyalakan sumbu pelita kemusnahan pada orang lainnya. 
 Setiap dari kita ada neraca bahagia yang berbeza beza, raikan perbezaan ini ....

Isnin, 22 Mac 2021

082 of 365 ๐Ÿ—“  SELASA  ๐Ÿ’• 09 SYAABAN 1442H 23 Mac 2021 
~ Lebih kurang 20 lagi ke bulan Ramadhan๐ŸŒ™ 1442H
Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َ 
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

✒️MUHASABAH DIRI๐ŸŒน

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

๐Ÿ”–manusia itu di hargai bukan dari apa yang dia miliki tapi apa yang dia berikan..
lihatlah kepada matahari, matahari itu memiliki api namun ia tetap menerangi bumi dengan memberi sumber cahayanya..

# Tiada guna ilmu tinggi ... jika tidak diamalkan.
#Tiada guna bicara manis..jika hanya dibibir saja.
#Tiada guna mengulurkan simpatik..jika mengharapkan balasannya.
#Tiada guna berbuat baik..jika dihati lain bicaranya.
Dewasa adalah ketika kita mampu bersikap lebih bijak dan tidak emosional dalam menghadapi sesuatu masalah.
๐Ÿ”–Jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia kerana takut kita mudah kecewa maupun dikecewakan. Yang penting ..
 ✒️bersederhanalah dalam menilai dan menerima seseorang seadanya sebagaimana kita juga mau diperlakukan serupa.

Dakwah itu pandai memikat bukan sibuk dengan mengumpat.
Dakwah itu asyik dalam kebersamaan bukan bangga dengan kesendirian.
 DAKWAH itu mengajak bukan mengejek...
Jangan terburu-buru memuji orang lain,  jangan pula terburu-buru mencela mereka.

#Sebab atau boleh saja, sesuatu yang engkau saksikan menyenangkan kita dari mereka pada hari ini akan menyusahkan kita esok hari.
#Dan boleh saja apa yang menyusahkan kita dari mereka pada hari ini akan menyenangkan kita esok hari.

๐Ÿ‘‰๐ŸปBiasakan diri terima teguran dari orang. Jangan rasa diri kita selalu betul.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Berdamai dengan masa ,
Waktu demi waktu kita akan sempurna dengan cara kita sendiri.

๐Ÿ‘‰๐ŸปOrang selalu sangka untuk rawat hati yg luka ini semuanya bergantung pada masa . Tapi sebenarnya kita lupa, bukan hanya semata mata masa tapi adalah penerimaan kita terhadap sesuatu ujian itu . Sebab itu kita belajar dalam rukun iman, percaya pada qadho’ dan qadhar.

๐Ÿ”–Maksudnya disini, islam ajarkan kita untuk ridho dan percaya dengan setiap perkara yang terjadi . Bila kita percaya dan serahkan bulat-bulat kepada Allah semula, “masa” itu akan menjadi singkat untuk kita karana Allah yang pegang setiap hati manusia.

๐Ÿ‘‰๐ŸปKita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi, dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasehati.

๐Ÿ‘‰๐ŸปHanya mengingatkan kembali kepada diri ini: jika kita merasa besar, periksa hati kita. Mungkin ia sedang bengkak.

๐Ÿ‘‰๐ŸปJika kita merasa suci, periksa jiwa kita. Mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.

๐Ÿ‘‰๐ŸปJika kita merasa tinggi, periksa batin kita. Mungkin ia sedang melayang kehilangan rasa malu.

๐Ÿ‘‰๐ŸปJika kita merasa wangi, priksa ikhlas kita, mungkin itu asap dari amal sholih kita yang hangus dibakar riya.

๐ŸŒน Akhlak kita akan membuat orang tertarik sekalipun ia belum sedikitpun mengenal kita. Jadilah orang yang mempunyai keindahan akhlak maka hati orang lain akan terpikat.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

Khamis, 18 Mac 2021

078 of 365 ๐Ÿ—“  JUMAAT  ๐Ÿ’• 05 SYAABAN 1442H 19 Mac 2021 
~ Lebih kurang 24 lagi ke bulan Ramadhan๐ŸŒ™ 1442H
Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َ 
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู… 
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. 
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya 
"TUJUH TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH."
■ Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
■ Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
■ Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka bolehlah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang diperolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
■ Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.
■ Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
■ Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
■ Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi s.a.w pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram. Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan.
SEMOGA BERMANFAAT ๐Ÿฅฐ
 ุฑَุจِّ ุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠْ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏَูŠَّ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…َุง ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูŠَุงู†ِูŠْ ุตَุบِูŠْุฑًุง 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 
 
Selasa, 16 Mac 2021

076 of 365 ๐Ÿ—“  RABU  ๐Ÿ’• 03 SYAABAN 1442H 17 Mac 2021  
~ Lebih kurang 26 lagi ke bulan Ramadhan๐ŸŒ™ 1442H
Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َ  
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
 
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู… 
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya 
Hidayah itu untuk siapa saja....
Jika Allah menghendakinya. Jangan menghakimi masa lalu seseorang, kerana Allah lah yang berhak menghakimi.
Semua manusia mempunyai masa Lalu...
Tapi tak semua melewati masa lalu dengan mudah..
Banyak rintangan yang harus dihadapi...
Banyak cubaan yang sering menghampiri..
Banyak ujian yang harus ditakluki...
Inilah dinamakan kehidupan...
Dengan pelbagai liku dan perit dirasai...
Tak ada yang tahu rahsia di masa yang akan mendatang..
Hanya Allah yang merencanakan semuanya kita hanyalah perancang...
Diri ini hanya akan berusaha untuk menjadi hamba yang beriman...
Seburuk buruknya manusia pasti memiliki sisi yg baik, termasuk kami yg memiliki masa lalu yg kelam.
Setiap orang punya masa depan, masa kini, dan masa lalu.
Bersyukurlah jika masa lalu mu seindah pelangi...
Tetapi jangan rendahkan mereka yang memiliki masa lalu tak seindah engkau...dan ingat masa lalu yang suram juga ada masa depannya.
Senantiasa Doakan semoga jalan hijrah ini sentiasa dipermudahkan..
Ingat Jangan keji masa lalunya...
Mungkin dia dimasa lalu bukan sebaik mu...
Mungkin dia dimasa lalu suka mendedahkan auratnya di khalayak ramai...
Mungkin dia dimasa lalu yang selalu menagih kasih dari seorang yang belum halal untuknya...
Mungkin dia dimasa lalu yang hina itu....
Tapi itu MASA LALU-nya....
Namun kini...
HIDAYAH itu miliknya...
Lalu dia memilih jalan hijrah untuk menjadi lebih baik...
Akhirnya dia mampu menjadi yang terbaik²....
Dia yang sekarang ini terlalu menjaga pergaulannya....
Dia yang sekarang ini terlalu menjaga aurat serta pandangannya...
Dia yang sekarang ini terjaga hatinya...
Dia yang sekarang ini diselimuti perasaan malu yang tebal.
HIDAYAH allah siapa yang tahu...๐Ÿ˜Š
Dialah yang dahulu yang dianggap murah namun kini dia mampu untuk menjadi lebih mahal dari bidadari syurga.
Subahanallah....
Jangan terlalu cepat menghakimi seseorang kerana Allah menilai seseorang pada akhir waktu hidupnya bukan pada awal hidupnya.
Jangan terlalu sibukkan diri mengurus hal orang lain tapi sibukkan diri untuk membaiki diri untuk melayakkan diri ke syurgaNya.
Jangan hina masa lalu seseorang...
Jangan cemuh masa lalunya...
Jangan remehkan masa lalu sesiapa pun...
Jangan menghujat masa lalu itu..
Jangan ungkit masa lalunya..
Sesungguhnya dibalik kisah masa lalu itu pasti akan menjadi sebuah cerita untuk masa depannya nanti....
Masa lalulah yang akan membawa mu menuju masa depan yang penuh dengan harapan..
Masa Lalu adalah motivasi hidup terbaik agar dapat menjadi hamba Allah Ta'la yang lebih baik dan yang terbaik...
Masa Lalu adalah yang mengajar diri mu agar dapat menjadi hambaNYA yang bertakwa...
Masa Lalu yang gelap bukan bererti masa depan pun akan menjadi gelap...
Masa Lalu yang suram bukan pula pertanda masa depan pun turut akan menjadi suram....
Masa Lalu adalah proses untuk menuju ke masa depan yang lebih baik dan lebih baik lagi....

Sabtu, 13 Mac 2021

Dalam rumah, ada manusia, dalam manusia ada hati... hati manusia yang berada di rumah itu lebih berharga daripada rumahnya.
Dalam kereta, ada manusia, dalam manusia ada jiwa... jiwa manusia di dalam kereta itu lebih berharga berbanding keretanya.
Nilai manusia bukan terletak pada barang-barang bernilai yang dimilikinya, tetapi pada hati dan amalannya yang dinilai oleh Tuhannya.
Jangan cuba "membeli" kejayaan dan kebahagian... kerana itu adalah kekayaan hati yang tidak mungkin boleh dibeli oleh wang!
Tetapi... burulah kebahagian dengan mencari KEBENARAN (iman) dan raihlah kejayaan dengan melakukan KEBAIKAN (amalan).

- Hamba Allah -

Jumaat, 12 Mac 2021

072 of 365 ๐Ÿ—“  SABTU  ๐Ÿ’• 29 REJAB 1442H 13 Mac 2021 
~ Lebih kurang 30 lagi ke bulan Ramadhan๐ŸŒ™ 1442H
Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َ 
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู… 
๐ŸŒน๐Ÿฆ‹๐ŸŒน๐Ÿฆ‹๐ŸŒน
๐Ÿฆ‹๐ŸŒน๐Ÿฆ‹
๐ŸŒน  _*Kalam Sufi...*_

_*Barang siapa Mengenal Dirinya, Nescaya Mengenal akan Allah, sebelum Mengenal Allah, kenallah Diri. Perjalanan itu kita mulakan dari dalam Diri kita sendiri, dari dalam terus kedalam, Akhirnya serba Alam dan keindahannya dan dengan keganjilannya itulah rahsia hanyalah sebagai pencari Diri.*_
_*Alam ini penuh dengan Rahsia² yang tersembunyi. Rahsia itu tertutup oleh dinding², dinding² itu ialah Hawa Nafsu kita sendiri, atau disebut pula Nafsu Syaitan, berperinkat peringkat iaitu dari Nafsu ammarah, lawammah, mulhammah, mutmainnah, rodiah, mardiah dan kamilah.*_

 _*Dinding² itu mungkin tersingkap dan terbuka, Asal kita sudi menempuh jalannya, jalannya ialah jalan yang ditempuh oleh orang Arif, dan mahu mengurangkan sedikit dari Hawa Nafsu kebendaan dan sanggup menyisihkan segala halangan dan rintangan yang hendak menggagalkan niat kita yang baik itu. Semua itu adalah dengan jalan zikirullah. Jadi yang hendak kita kenal ini bukanlah Diri yang kasar ini. Tetapi Diri yang bersifat ketuhanan. Diri kita ini ada dua unsur iaitu:*_
_*Jasad atau Badan kasar.*_
_*Unsur Ruh atau Badan latif. Ruh itu erat sekali pertaliannya dengan Allah.*_
_*Memang telah dikatakan, bahwa RUH itu adalah suatu Rahsia yang amat sulit. Jadi yang sebenar benar Ruh itu Nur Muhammad. Jadi yang sebenar-benar Nur Muhammad itu Sifat. Sebenar-benar sifat itu ialah Zat. Jadi Zat itu Zat Hayat bukan Zat Hayun. Jadi Allah adalah nama Zat, dan Muhammad nama Sifat. Zat dan Sifat itu tiada bersatu dan tiada bercerai.*_

_*"Barang siapa Buta dalam dunia ini, Nescaya Buta juga di Akhirat (sesat di jalan)".*_

_*Nabi-Nabi diutus Allah kedalam Dunia ini, adalah untuk mengajar dan memimpin Umat Manusia, bagaimana cara untuk membersihkan Batin atau Qalbu, supaya dapat Makrifat dan Mengenal Allah dengan sebenar benar kenal (makrifatullah).*_ 

_*Tujuan utama ialah : agar memperoleh kebahagiaan jiwa, dan ketenangan Batin. Kerana yang sebenar-benar Kaya itu ialah kebahagiaan jiwa dan kebersihan Hati. Inilah tujuan utama bagi alat jiwa Manusia ini. Inti daripada segala kebahagiaan itu ialah Makrifatullah.*_ 

_*Jadi siapa yang sudah Makrifat itulah Syurga dunia dan Syurga akhirat nanti. Dan siapa belum/masih terdinding itulah Neraka dunia dan Neraka akhirat nanti. Jadi barang siapa tidak ada hasrat memiliki Ilmu ini maka samalah ia makan Nasi bercampur pasir. Makrifat itu adalah suatu Amanah dari Allah yang Wajib kita tuntut dan kita tuju.*_

*ุงู„َู‡ِู‰ ุงَู†ْุชَ ู…َู‚ْุตُูˆْุฏِูŠ*
*ูˆَุฑِุถَุงูƒَ ู…َุทْู„ُูˆْุจِูŠْ.*

Rabu, 10 Mac 2021

068 of 365 ๐Ÿ—“  SELASA  ๐Ÿ’• 25 REJAB 1442H 09 Mac 2021 
~ Lebih kurang 34 lagi ke bulan Ramadhan๐ŸŒ™ 1442H
Bismillahirrahmanirrahim ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َ 
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
 Hidup kita sebenarnya tak lama...
Sebab tu Islam ajar kita hargai seolah kita akan kehilangannya.
Hargai keluarga seolah kita akan berpisah..
Hargai usia seolah ini hari terakhir..
Hargai ramadan yg bakal tiba seolah ini peluang terakhir..
Ingatlah tentang sementaranya kita, kita akan lakukan hanya benda penting bagi kita.
Mendoakan kebaikan orang lain dalam keadaan dia tidak mengetahuinya, adalah amalan yang sangat mulia.
Ini cara islam mendidik kita supaya tidak mementingkan diri sendiri 
Janganlah kerana Kelebihan, Kedudukan & Keilmuan menjadikan kita sombong & bangga diri. Kotornya dosa itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sedar dan insaflah. Sifat sombong & bangga diri itu akhirnya akan membinasakan diri sendiri. Nauzubillah 

Ahad, 7 Mac 2021

Meskipun kita bukan sempurna sebagai hamba Allah, namun kita sentiasa berharap agar Allah mengampunkan segala dosa dan noda kita.
Meskipun kita merasakan bukan yang terbaik, tapi kita sentiasa berharap agar Allah menerima taubat kita.
Ya, kita manusia penuh khilafnya. Jatuh bangunnya hanya diri kita sendiri merasa bukan orang lain. Mereka tidak mengerti apa yang kita sendiri lalui.
Mereka berkata sewenangnya. Kerana disebalik senyuman itu, ada rahsia kesuraman hati dan kekelaman hidup.
Allah tahu kita lemah. Kerana itu Dia mahu kita hanya berharap kepadaNya.
Hanya Allah dapat bantu. Hanya Allah dapat menolong. Paling penting, Allah tahu dan FAHAM apa yang kita lalui.
Kalau dulu, masyarakat berusaha untuk memiliki buku untuk belajar. Sekarang, masyarakat berusaha untuk memiliki gajet dan internet untuk mengikuti kelas.
Jangan sampai storan gajet itu dipenuhi dengan game daripada bahan belajar. Jangan sampai leka dengan hiburan sehingga lupa tujuan asal kita memiliki gajet tersebut.
Hal yang paling menyakitkan adalah kehilangan jati diri saat kita terlalu mencintai dunia. Serta lupa bahwa sebenarnya kita akan mati esok hari.

Hakikat orang yang berilmu adalah orang yang menjaga adabnya. Betapa banyak orang berilmu tapi tidak mengedepankan akhlaknya sehingga ilmu yang dimilikinya tidak bermanfaat kepada dirinya dan orang lain. Dan betapa banyak orang tak berilmu menjadi wali dan dekat kedudukannya disisi Allah kerana bisa menjaga adabnya kepada gurunya dan orang lain.

Selasa, 2 Mac 2021

Kita semua diuji sekarang.
Ada yang diuji dengan isu bisnes dan kewangan. Ramai juga yang diuji dengan banjir, sakit, pasangan dan isu keluarga.
Benar 2020 adalah tahun ujian. Begitu juga dengan permulaan 2021.
Dan setiap kali diuji, ada mesej yang ingin disampaikan oleh Tuhan.
Selagi kita tidak faham makna yang Allah cuba sampaikan ini, selagi itulah Allah akan uji kita berkali-kali sampai kita faham.
Sebab itu kita kena cepat faham bahasa Allah ini. Supaya ada jalan keluar, dan kita lulus dalam ujian-ujian ini.
Ada 3 perkara yang Allah nak kita faham di sebalik setiap ujian.
InsyaAllah, memahami 3 perkara ini akan membuatkan kita berjaya berkali-kali walaupun diuji!
1. SEMUANYA ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI
Letakkan heartset "mata lebah" yang sentiasa mencari kebaikan di sebalik keburukan.
Elakkan heartset "mata lalat" yang mencari keburukan sedangkan banyak kebaikan dan rezeki di sekeliling kita.
Kajian menunjukkan, orang yang positif lebih cepat dapat selesaikan sesuatu masalah kerana mereka lebih bersemangat, inovatif dan konsisten.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka, dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. TAQWA DULU, BARU ALLAH BAGI SOLUTION
Ramai orang yang cari maklumat untuk sokong pendirian masing-masing. Ini kurang tepat.
Sepatutnya kita cari maklumat untuk cari kebenaran. Ini lebih tepat dengan konsep taqwa.
Percayalah, bila kita taqwa, Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang kita sendiri pun tak sangka.
 "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (surah At-Talaq: 2-3)
3. BERGANTUNG DENGAN DIA, BUKAN DENGAN USAHA
Mesej paling utama dalam setiap ujian ialah "Kembali kepadaNya".
Mencari Tuhan lebih penting daripada penyelesaian. Untuk itu, teruskan berdoa dan berharap kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan.
Firman Allah S.W.T : 
“ Berdoalah kepada ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. 
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina” (Surah Al Mu’min: 60).
Moga bermanfaat.❤

Isnin, 1 Mac 2021

1.03.2021 ujian

Ada orang diuji dengan kesibukan, kerana sekiranya dia punya masa lapang yang banyak, dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya lalu dia buat banyak perkara yang melalaikan.
Ada orang yang diuji dengan kemiskinan, kerana sekiranya dia punya harta yang banyak, dia akan menjadi saudara syaitan dengan membelanjakannya dengan begitu gelojoh dan boros. 
Ada orang yang diuji dengan kesakitan, kerana sekiranya dia sihat, banyak sekali dia akan bermaksiat.
Ada orang diuji dengan ketiadaan anak, kerana sekiranya dia punya anak, dia akan terlalu leka dengan anaknya sehingga lupa pada Tuhannya.
Dan ada orang yang diuji dengan sukarnya mahu mencari pasangan, kerana sekiranya dia berkahwin, dia akan menzalimi pasangannya itu.
Begitulah.
Maka berlapang dadalah dengan ujian yang menimpa kita. Kerana yakinlah, setiap apa yang berlaku pada kita itu, pasti ada hikmahnya. 
Berlapang dada juga dengan ujian yang menimpa orang lain. Pada pandangan mata kita, ia mungkin tidak ada apa-apa. Tapi pada mereka yang memikulnya, mungkin itulah ujian yang paling berat dan dahsyat untuk dirinya.
Kerana setiap orang itu akan diuji pada titik-titik kelemahannya. 
Moga kita menjadi orang yang redha dan sabar dengan ujian yang menimpa, kerana sungguh, setiap ujian itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk mengampunkan dosa dan menaikkan darjat kita di sisi Allah.

1.03.2021