Tahanlah diri untuk tidak menceritakan semua kebaikan yang kita lakukan pada orang ramai..
Kerana itu tidak baik.. walaupun atas tujuan teladan.
Berhati-hatilah ... bukan semua hati mampu menahan tipu daya syaitan.
Awalnya nampak tujuan untuk kebaikan. Tapi takut akhirnya timbul sifat takabbur dan riya'
Jika sudah mempunyai amanah, maka laksanakanlah dengan penuh keyakinan.
Amanah itulah paling berat dipikul.
Kita mengenal burung dari kicauannya. Dan kita mengenali manusia melalui kata-kata dan tulisannya. Apa yang terzahir itulah watak sebenarnya. Akan terselah bagaimana warna hatinya. Tak ada istilah mulut saja yang jahat tapi hati baik.
•Mencari keredhaan•
Tiada ulasan:
Catat Ulasan