Jumaat, 15 Januari 2021

.    🍩🍟 Tanya Perut🍟🍩 

🍟Tepuk dada tanya selera..
🍩Jawab selera makan sahaja..
🍟Biar perut bunyi tiada..
🍩Baru dapat tidur lena
inilah manusia nafsu makannya..
🍟Sebelum terhidang liur menjelma..
🍩Terbayang enak melahap saja..
🍟Bodohnya tak tahu sedap dimana..
🍩Bila ditanya hmm sedap jawabnya..
🍟Sedap dimana digeleng kepalanya..
🍩Habis melantak tersandar pula..
🍟Akhir kata hanya bunyi Perghhh... sahaja.
🍩Lupa manusia erti akan puasanya..
🍟Lupa manusia erti ramadhan pula..
🍩Tak faham sunnah itu apa..
🍟Takut tak makan mati pula..
🍩Ayat turun dalam ramadhannya..
🍟Tatkala suci dari segalanya..
🍩Sunnah tatkala nabi berbuka..
🍟Sebiji tamar sebagai buktinya..
🍩Makan banyak nanti keras hatinya..
🍟Tapi manusia tetap jilat nafsunya..
🍩Puasa Daud tidak diambil kira..
🍟Takut nanti tenaga tiada pula..
🍩Takutnya manusia meneruskan sifat mulia..
🍟Rezeki jangan ditolak itulah ayatnya..
🍩Kenduri tahlil ikut syarat sahaja..
🍟Bau kari daging mengganggu hidungnya..
🍩Gelenglkatanasihatnya..
🍟Tiada tuhan selain Allah dilidahnya..
🍩Sekali sekala jeling ke talam depannya..
🍟Nak tahu kambing atau ayam disana..
🍩Inilah kias manusia di dunia....
🍟Bila diuji tak tetap pendiriannya..
🍩Dunia bersenda ikutnya berpura..
🍟Di depan mata semuanya kuat agama..
🍩Fahamlah wahai manusia di dunia..
🍟Manusia itu bukan agama sahaja.. 
🍩Isi agama adalah ketuhanannya..
🍟Apa sahaja mesti lihat Tuhan jua..
🍩Inilah bergurau ibarat tamsilnya..
🍟Kerana manusia itu biasa sahaja.. 
🍩Tiada apa istemewa adanya..
🍟Kerana buta akan asalnya siapa..
🍩Takut nanti mati sedang peluk dunia..
🍟Lebih hina dari binatang yang ada...
🍩Binatang tetap ikhlas dihatinya..
🍟Sah sah tiada akal padanya..
🍩Carilah makna dalam senda..
🍟Jangan disalah akan sesiapa..
🍩Matikan nafsu binatang yang ada..
🍟Agar kembali suci seperti mula ....
🍩InsyaaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan