Isnin, 4 Januari 2021

pesanan adik beradik

*PESANAN ADIK BERADIK*

Bila dah besar, ada kerja, ada pendapatan, ada duit dan cari harta sendiri. Beli rumah, beli tanah dan beli aset.
Bagi ada harta dengan nama sendiri,, Jangan berebut tanah sekangkang kera dikampung nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, adik beradik bergaduh dan bermasam muka.
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir dan jangan berharap. Jangan letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta pusaka.
Jangan!!
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, bergaduh dan nak menuntut. Walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti. Bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sangat² "hak" kita.
Hak apa yg kita nak?
Hak apa yg kita tuntut?
Kita berhak ke?
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita. Yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan