Jumaat, 15 Januari 2021

Betul apa orang cakap :
Bila kita lepaskan sesuatu yang lukakan hati kita dulu, kita akan lebih kenal erti bahagia yang sekarang.
Kita adalah orang biasa dalam pandangan orang yang tidak mengenal kita.
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.
Kita istimewa dalam penglihatan orang yang mencintai kita. 
Kita adalah yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita.
Kita adalah orang jahat di dalam tatapan orang yang iri hatinya dengan kita. Setiap orang akan memiliki pandangan masing masing terhadap diri kita. Maka tak usahlah bersusah payah supaya kelihatan baik dimata orang tapi, berusahalah terus melakukan kebaikan dan menjalankan apapun dengan penuh keikhlasan .
Manusia yang memberi manfaat kepada manusia sepanjang hayat adalah mereka yang mampu meninggalkan kesan pada hati manusia lain setelah mereka tiada.
Waktu itu seperti sungai yang mengalir. Kita tidak boleh menyentuhnya untuk kali kedua.Kerana air yang mengalir akan terus berlalu. Hiduplah dengan bererti dan syukurilah apa yang dimiliki. Kerana sesuatu yang kita tidak syukuri adakalanya sesuatu yang berharga untuk kita suatu saat.

@mencari ketenangan#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan