Jumaat, 5 Oktober 2018

06.010.2018 kawan nasihat

Bila kawan nasihat, mulalah masam muka tak puas hati. Tak boleh terima dengan nasihat yang kawan sampaikan, retak hubungan kerana nasihat 😓

Tapi, sedarkah kita? Dia sedang mengingatkan kita tentang akhirat. Dia suruh kita jaga ikhtilat, bukannya sebab dia lebih baik, lebih alim ❌

Dia nasihat sebab dia sayangkan kita. Dia nak bawa kita sekali bersama dia. Tapi kita? Terus berpaling seakan memberi nasihat tu salah. Kita lebih suka kawan dengan orang yang berpura pura, diamkan kesalahan kita 😋

"Nanti saya taubatlah" 👈🏻

Sampai bila nak tangguh? Jangan tangguhkan taubat, sebab ajal datang tanpa kita duga. Kalau kita dah mati tanpa sempat taubat, macam mana? Berbaloi ke "ego" yang kita tatang kerana taknak menerima nasihat? 🤔

Selepas dunia ni hancur binasa, kita akan sedar nasihat yang kawan kita sampaikan amat berharga, kita menyesal kenapa kita tak ikut, siap boleh marah pula. Tapi sayang, semuanya dah berlalu. Ketika tu, kita terpaksa tanggung kat akhirat dengan apa yang kita perbuat di dunia 😔

Selagi ada masa, berubahlah. Kerana, masa yang berlalu takkan pernah kembali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan