ISNIN 💕 06 SAFAR 1440H 15 Oktober 2018
Bismillahir Rahmanir Rahiim...
Assalamualaikum dan Selamat petang, kepada sahabat dan saudara saya yang di cintai ........
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈
FENOMENA MANUSIA
Dunia semakin gawat
Manusia semakin jahat
Akhlak semakin terencat
Berleluasanya segala maksiat
Dunia menjadi buruan
Kaya menjadi tujuan
Agama cuma pada sebutan
Kejahatan menjadi cara kehidupan
Menipu menjadi amalan
Berbohong sentiasa dirancang
Auta dikira kebijaksanaan
Menjaja bohong dimerata²
Kejujuran sukar dicari
Kian ramai menjadi pencuri
Rompak dan ragup setiap hari
Berleluasa terjadi disana sini
Aman tiada lagi
Kedamaian cuma dalam mimpi
Hubungan semakin kucar kacir
Sebagai tanda dunia dizaman akhir
Maruah manusia semakin tiada
Rogol perkosa ada dimerata²
Pembuangan bayi disini sana
Nyawa tidak lagi menjadi harga
Ayah dan ibu tidak dihormati lagi
Sering dibuang oleh anak sendiri
Nyawa tidak diharga lagi
Berita pembunuhan disana sini
Apalah nak jadi
Haram dan Halal tidak dipeduli
Ramai manusia pengikut iblis
Kalangan ulama dihina dikeji
Semakin ramai manusia berani
Melanggar hukum disana sini
Menghina sunnah menghina Nabi
Menghina Islam memuji diri
Pengikut Dajal semakin ramai berkeliaran
Sebelum Dajal sebenar datang
Akan menyusah pada yang Islam
Kepada yang menentang Islam diberi pertolongan
Beginilah ujian diakhir zaman
Pada yang beriman dihalang kemudahan
Pada yang mengikut diberi kesenangan
Akan menghidang segala hiburan
Agar semakin jauh dari kehidupan Islam
Hai yang beriman tetapkanlah hati
Islamkanlah diri batin dan zahir
Jangan Islam cuma dibibir
Kerana dihatimu Tuhan memerhati
Syurga dunia adalah Neraka Tuhan
Menabur janji dengan sejuta kemudahan
Akan membawa sejuta kemajuan
Itulah janji² diakhir zaman.
SENYUM....💕💕💕 😃😃😃
•══◎◎♡◎◎══•
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.
•══◎◎♡◎◎══•
#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#MuhasabahDiri
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋
@mencari keredaan 🌎🌍🌏
Tiada ulasan:
Catat Ulasan