Khamis, 4 Oktober 2018

05.10.2018 aku takut

Aku Takut
Setiap saat, aku takut !😔
Setiap minit, aku takut !😔
Setiap jam, aku takut !😔
Bukan kerna aku penakut, cuma berasa takut,
Aku takut melihat dunia semakin porak peranda,
Aku takut melihat dunia semakin  bermusuh-musuhan,
Aku takut melihat dunia  semakin  bermaharajarela,
Aku takut melihat dunia semakin hilang tali persaudaraan,
Dunia kita semakin hujung asbab akhir zaman,
Sejak berzaman lagi dunia kita penuh kemelutan dan kesengsaraan,
Bukan kita tidak berani bersuara,
cuma tiada siapa mahu mendengar,
Siapakah yang mahu mendengar raungan kesedihan,
Hanya Tuhan yang mampu mendengar,
👉Sekiranya kita masih bernafas di muka bumi ,Janganlah berhenti berdoa kerana doa itu  merupakan perisai ummah dalam menempuhi pahit manis di dunia yang penuh pancaroba..

#KetenanganUmat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan