Selasa, 2 Oktober 2018

3.10.2018 kalau kita sedar

Kalau kita sedar bahawa dunia ini tidak kekal, maka apa persiapan kita untuk menuju kehidupan selanjutnya?

Kalau kita sedar bahawa tugas kita hanya mengabdi diri padaNya, maka sudahkah kita mengabdikan diri dengan sepenuh hati?

Kalau kita sedar bahawa bukan kita yang hebat tapi Allah yang menutup kekurangan kita, maka masihkah kita memiliki kesombongan di hadapan manusia?

Kalau kita sedar bahawa tidak ada jaminan keselamatan pada hujung kematian kita, maka apa yang telah kita lakukan untuk tetap istiqamah di jalan-Nya sampai akhir?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan