Ahad, 4 Jun 2017

Peringatan di bulan ramadhan

KENAPAKAH KADAR KEMALANGAN JALANRAYA MENINGKAT SETIAP KALI BULAN RAMADHAN..?
APAKAH FAKTOR JALANRAYA PERLU DI PERSALAHKAN..?
APAKAH FAKTOR TEKNIKAL KENDERAAN JUGA PERLU DI PERSALAHKAN..?
APAKAH PENGUATKUASAAN JUGA PERLU DI SALAHKAN...?
BAGAIMANA PULA DENGAN SIKAP KITA SELAKU PENGGUNA JALANRAYA...?????

Assalaamualaikum wbt.
Bulan Ramadhan di wajibkan kepada semua umat Islam yang tiada keuzuran BERPUASA.
Bulan Ramadhan adalah bulan MELATEH DIRI untuk menjadi insan yang bertakwa dan beriman.
Bulan Ramadhan adalah juga bulan KESABARAN kerana setiap orang yang berpuasa mesti menahan lapar,dahaga dan nafsu syahwat.
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita mempertingkatkan Ilmu dan Amal agar dapat meneruskan pada bulan-bulan yang lain.
Bila kita benar-benar memahami konsep BERPUASA DI BULAN RAMADHAN sepatutnya sifat sabar sentiasa ada pada kita dan tidak akan wujud perasaan marah atau kebencian pada insan lain.
Kita hendaklah sentiasa amalkan sikap sabar dan bertolak ansur semasa menggunakan kemudahan jalanraya atau lebuhraya agar tidak berlaku kemalangan. Perkataan mengurangkan kadar kemalangan tidak harus di gunakan apabila jiwa kita telah di tanam sifat sabar. Maka bila berlaku juga kemalangan semasa dalam kesabaran barulah layak di definasikan sebagai TAKDIR.
Biasakan bersabar memandu atau menunggang di atas jalanraya/lebuhraya setiap masa dan jangan biarkan orang yang anda sayangi menangis atau menderita setelah ketiadaan anda.
Tanamkan sifat sayang menyayangi sesama insan agar negara sentiasa kekal keamanan.
Sekian untuk renungan kita bersama. Apa yang baik datang dari Allah SWT dan yang tidak baik adalah kelemahan diri saya sendiri.

Dari z@m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan