Isnin, 12 Jun 2017

13.05.2018 orang sakit hati

Orang yang sakit hati adalah orang yang hatinya ada penyakit dan tertekan. Perbaiki sakit hati dengan memahami bahawa :-

1- Tidak bergerak satu zarah melainkan dengan izin Allah swt
2- Setiap manusia ada bahagian dan rezeki mereka masing-masing
3- Semua orang bernasib baik bila mereka sanggup merubah hidup mereka dengan usaha, ilmu, sistem atau strategi yang betul disertai dengan doa & tawakal
4- Belajar daripada kejayaan orang lain dan lihat sumbangan mereka pada orang lain; kemudian tanya diri sendiri bila kita akan mula memberi lebih banyak manafaat
5- Banyakkan beristighfar dan mengucap kerana kita boleh menjadi syirik bila kita mempersoalkan kenapa orang lain dapat lebih dan aku dapat kurang sedangkan Allah swt adalah Maha Pengatur segalanya.
6- Muhasabah diri, fokus perbaiki diri dan jangan sibuk korek silap atau masalah orang lain. Masalah kita pun banyak tidak selesai dan kita pun banyak tidak sempurna.

P/S Orang yang kaya berjiwa besar adalah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan