Khamis, 8 Jun 2017

KITA MARAH BILA ORANG KATA KITA JAHIL,TETAPI PADA HAKIKATNYA KITA ADALAH JAHIL.

Assalaamualaikum wbt.
Salam
Apakah kita orang Melayu yang mengaku berAgama Islam benar-benar berpegang pada ajaran Islam..?
Apakah kita menyedari kelemahan diri sendiri dan sampai bilakah harus kekal dengan sikap ego atau bodoh sombong..?
Sedarkah kesan pasaran terbuka yang bolih memerangkap adat budaya orang Melayu Islam..?
Sedarkah orang Melayu telah bermula..?
Pada dasarnya pasaran terbuka sesuatu produk memberi impak yang baik kepada pengguna.
Malangnya dalam diam-diam musuh Islam mempergunakan produk mereka yang tidak halal bagi tujuan mengelirukan umat Islam.
Memang setiap daripada kita sentiasa mencari produk berkualiti dan murah di pasaran. Dengan sebab itulah mereka mengambil kesempatan agar cara hidup orang Islam sama saperti cara hidup mereka. Dalam masa yang sama orang Islam semakin leka tanpa mengkaji rentak mereka itu.
Lihatlah sejarah kehadiran mereka di Tanah Melayu dengan hanya sehelai sepinggang yang berbekalkan umpan. Umpan-umpan mereka mampu memancing pembesar Melayu dan sedikit demi sedikit mereka mulai menguasai hartanah dan memperteguh kedudukan dengan di lindungi olih di antara orang Melayu sendiri....😂😂
Hari ini secara terang-terangan mereka hilang hurmat kepada adat budaya orang Melayu,malah orang Melayu sendiri ramai terikut-ikut cara hidup mereka serta melindungi mereka. Orang Melayu sanggup menjatuhkan sesama anak bangsa semata-mata mempertahankan kepentingan diri sendiri.
KINI KITA TIDAK HERAN BUDAYA RASUAH,PENIPUAN TIMBANG SUKAT,SISTEM RIBA,PERJUDIAN,PERSUNDALAN DAN SEBARANG PERKARA YANG TIDAK SEHAT JUGA JADI AMALAN ORANG MELAYU YANG MENGAKU ISLAM.
Sepatutnya Melayu mesti bersatu dan membentuk acuan kita sendiri yang bukan menjadi penakut untuk mengubah suai rumah sendiri. Pelik tapi benar bilamana setiap kali kita bermuafakat untuk membaiki rumah sendiri perlu mendapat persetujuan orang lain dan orang lain pula mengatur corak sebagaimana citarasa mereka.
Sekian.   

'CINTAILAH AGAMA,BANGSA DAN NEGARA'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan