Sabtu, 10 Disember 2022

Terlupa Ke..?
Pemimpin PH-UMNO dan sekalian juaknya sedang sibuk menggunakan skrip isu kononnya penyelewengan RM600 bilion ketika PKP dulu.
Mereka kata PM 8 Muhyiddin perlu disiasat sebab terlibat skandal sebesar itu.

Terlupa ke bahawa UMNO sendiri turut menganggotai Jemaah Menteri ketika PM 8 Muhyiddin dulu.?
Terlupa ke bahawa Menteri Kewangan ketika PM 8 Muhyiddin dan PM 9 Ismail ialah Tengku Zafrul, individu yang UMNO sendiri julang menjadi calon BN sehingga kalah di Parlimen Kuala Selangor PRU15 baru-baru ini.?
Terlupa ke bahawa segala perbelanjaan wang kerajaan ketika PKP dahulu dibentang, dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.?
Terlupa ke bahawa Kerajaan PN dahulu pada 6 Ogos 2020 ada membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 untuk menaikkan had jumlah wang yang boleh diperoleh mengikut Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan jumlah wang yang boleh diterima di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), bagi menubuhkan Kumpulan Wang COVID-19.?

Terlupa ke bahawa di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 yang dibentangkan di Parlimen ada melaporkan secara terperinci berkenaan segala perbelanjaan COVID-19.?
Antara yang terkandung di dalamnya ialah perbelanjaan yang melibatkan pemberian tunai, subsidi dan geran kepada golongan sasar meliputi program Bantuan Prihatin Nasional; Program Subsidi Upah; Insentif Pengekalan Pekerjaan; Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan serta Geran Prihatin bagi Peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), program Sokongan Bantuan Sosial untuk golongan mudah terjejas; peruntukan bagi perbelanjaan berkaitan Covid-19 dan diskaun bagi tujuan subsidi bil elektrik. 

Jadi, persoalan yang patut ditanya kepada TPM Zahid, Menteri Komunikasi Fahmi dan yang seangkatan dengannya ialah adakah mereka terlupa atau buat-buat lupa bahawa isu yang dibangkitkan itu sebenarnya sudah ada pun jawapannya melalui RUU, Laporan Audit,Laporan PAC, dan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas yang dibentangkan di Parlimen...?
Ke ponteng tidak hadir Parlimen pada waktu itu.? 

Atau PH-UMNO dah bankrap isu sekarang ini.?
Dah tak boleh nak nyanyi Penyamun, Kleptokrat lagi.?

Kalau tidak faham lagi, bolehlah juga bertanya kepada rakan sejemaah Menteri anda iaitu Tengku Zafrul sebab waktu Kerajaan PN dulu dia yang jaga bab kewangan. 
PM 8 Muhyiddin bukan macam PM10 Anwar yang pegang juga jawatan Menteri Kewangan.

Kalau masih tidak puas hati juga lagi, bolehlah minta Hero PAN YB Sany itu pergi balai polis, SPRM, Gerak Khas dan segala pejabat untuk siasat segala penyelewengan yang didakwa berlaku itu.
Kalau setakat sembang kencang di media sosial, laporan tidak buat pun, itu bermakna hanya nak bermain cereka fitnah macam Rafizi selalu buat tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan