Sabtu, 24 Disember 2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02VBQ5gDzHUdo56Bppi5WnJxxkmewZWLN9Qw9Jdq16SK5cQwFBQUEcawqtod2UV37nl&id=100010444814978&mibextid=qC1gEa

*NARATIF BARU YANG KEKAL BERPRINSIP*

1. PAS berlawan dengan DAP bukan kerana DAP itu Cina. Menantu Tuan Guru Haji Hadi juga ada yang berbangsa Cina. Ada bangsa Cina yang berjuang di dalam PAS melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP). Cina yang tidak ekstrem juga ada yang mengundi PAS. Kalau PAS menentang DAP kerana Cina, mana mungkin mereka boleh menerima PAS? Kalau PAS menzalimi kaum Cina, mana mungkin di Kelantan dan Terengganu kaum Cina dan India boleh hidup aman dan damai? Mana mungkin mereka boleh memajukan perniagaan dan ekonomi semakin berkembang. Mana mungkin kaum Cina dan India boleh berkawan dengan Melayu seolah-olah serumpun bangsa?

2. PAS menentang DAP adalah kerana DAP melanggar garis Islam. Sempadan Islam tidak boleh dilanggar. PAS akan menentang sesiapa sahaja yang melanggar sempadan Islam walaupun daripada bangsanya sendiri. DAP tiada kena mengena dengan hukum-hakam Islam tetapi DAP melanggarinya demi menakut-nakutkan non-muslim? Kenapa DAP mahu campur tangan dalam urusan umat Islam? Hudud, DAP tentang. RUU355, DAP menyanggah bukan kepalang. Hal murtad, DAP pun cuba campur tangan. Dibina Islamophobia, PAS dikaitkan dengan Taliban. Inilah asas tentangan PAS. Jelasnya, PAS bukan menentang DAP kerana mereka Cina atau India. PAS boleh  bertoleransi dengan semua kaum dan organisasi selagi tidak ekstrem. Kerana PAS sedar kemajmukan bangsa dan budaya negara tercinta ini.

3. Pasca PRU15, bangsa Cina dan India mula kenal akan perangai pemimpin DAP. Bangsa Melayu juga mula kenal siapa UMNO di bawah Zahid Hamidi. Bohonglah kalau dikatakan DAP menentang rasuah. Pemimpin DAP kini sekelip mata boleh duduk semeja dengan golongan yang dituduh rasuah. DAP dan Lim Kit Siang kononnya penentang tegar kleptokrasi. Rupa-rupanya dalam sekelip mata mereka berpelukan dengan Zahid Hamidi. Ada yang pernah mengugut untuk menarik diri jika Zahid Hamidi dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi kini apa sudah jadi? Kalau dengan kleptokrat sanggup berkawan, dengan siapa lagi rasuah hendak ditentang? Sinisnya seorang yang dulu menjadi penjaga tandas, sekarang sudah jadi rakan sejamban. Sejauh manakah kaum Cina dan India boleh terus kekal bersama kepalsuan?

4. UMNO kini umpama harta eksklusif Zahid Hamidi Yang gila kuasa. UMNO bukan lagi hak bersama golongan pejuang kepentingan Melayu seperti mula-mula ditubuhkan. Pemimpin yang berjuang untuk bangsa Melayu seorang demi seorang telah disingkirkan. Yang masih kekal cuba dimusnah kariernya dan dipinggirkan. Bergantunglah kepada prinsip yang sudah mula bergoyang. Kalau Ismail Sabri boleh terima, silakan. Kalau KJ boleh bertoleransi, silakan. kalau Hishamuddin boleh berkompromi, silakan. Asalkan Presiden boleh kekal tanpa bertanding. Presiden pun sudah memasang orang-orangnya. Siapalah Naib Presiden kalau masih berani menentangnya. Terjunlah dengan labu-labu dan membiarkan UMNO hanyut sehanyutnya. 

5. Naratif baharu mesti dibina. Sirnanya jatidiri UMNO, kini PAS dan BERSATU menjadi penggantinya. UMNO tak akan mampu lagi bersuara kerana telah menjadi bala tentera DAP dan Anwar pasti tak mampu lagi menyanyikan “hoi, hoi ya hoi, siapa sokong penyamun”. Zahid Hamidi tak mampu lagi mendendangkan ‘No Anwar, No DAP’. Menteri bahlol pun sudah mengharamkan tiktok yang menyiarkan lagu sensasi. Semuanya sudah menjadi tunggang terbalik Keluarga 69. Kalau ahli UMNO boleh ditipu dengan ‘wallahi, wabillahi, watallahi’ , apalah sangat yang konon menjunjung prinsip berkait hal-hal keduniaan. Sekarang sudah terdedah bertelanjang bulat,  apabila Allah telah dedahkan.

6. Malaysia Baharu mesti dibina atas jujur perjuangan.

 Kemajmukan bangsa dan budaya perlu diterima di atas asas yang benar-benar menyatukan dan memberi kesejahteraan. Perjuangan bangsa Melayu wajib bersendikan Islam yang tidak pernah menzalimi hak-hak kemanusiaan. Justeru, PAS dan BERSATU adalah destinasinya. 

Di sinilah Melayu yang ikhlas mesti berpadu dan biarlah UMNO yang rosak  lupus dengan sendirinya. Manakala Perikatan Nasional  menggantikan kedua-duanya; PH dan BN. 
Marilah bersama PN demi membina masa depan yang bermaruah dan tinggalkanlah kesilapan kelmarin.

#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#PNBersihDanStabil
#TolakKerajaanHoiYaHoi
#NyahkanPH, Menangkan PAS/PN
#SelamatkanTanahMelayu
#MembangunBersamaIslam

BayangDiAir,
22/12/2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan