Sabtu, 10 Disember 2022

KABINET KERAJAAN MINORITI - PENILAIAN AWAL

Adalah tidak munasabah menilai kejayaan atau gagal Kerajaan Minoriti (KM) seawal ini walaupun telah mengambil masa agak panjang memutuskan Barisan Kabinet KM ini. Khalayak harus faham kesukaran memenuhi kehendak semua parti yang mencukupkan majoriti KM tersebut. Namun rumah siap, pahat masih berbunyi. 

Penulis akan meletakkan persoalan² sebagai kayu ukur kedudukan KM ini.

1. PM DSAI seharusnya menjelaskan rasional memilih Zahid sebagai TPM. Kenapa bukan Tok Mat atau MP yang tidak terlibat dengan Mahkamah. Benar ianya belum diputuskan bersalah oleh mahkamah tetapi dengan sarat 47 tuduhan bukankah mengambil satu jangka masa yang lama dan terpaksa mengabaikan tugasan sebagai TPM serta portfolio kementerian beliau.

1.1 : Sikap DAP yang tegas menolak Zahid sebagai anggota kabinet. Pada 30/10/22 melalui status FB rasmi parti menegaskan Dap menolak BN dan Zahid. 

1.2 : Begitu juga sikap pemimpin² PH yang menolak Kluster Mahkamah secara konsisten sebelum Pru 15. Apakah prinsip dan dasar tergadai sudah? 

2. Bukankah semua pemimpin PH telah berazam tidak akan bergabung dengan BN. Rafizi dengan tegas menyebutkan beliau adalah orang pertama akan melawan keputusan sekiranya terjadi penggabungan bersama BN. Apakah Rafizi dan pemimpin PH sememangnya merancang MENIPU pengundi mereka? Hoi Ya Hoi jugakah? 

3. Kepimpinan Dap seperti Dap Pulau Pinang sudah melahirkan rasa tidak puas hati komposisi kabinet. Sebagai Parti paling majoriti dalam PH Dap merasakan mereka berhak mendapat lebih kerusi Kabinet. 4 Kementerian berbanding PKR 8.

4. BN Sabah melalui Bung Mokhtar juga menzahirkan rasa kecil hati kerana terpinggir dari barisan Kabinet.

5. Mengapa calon yang kalah masih dilantik sebagai menteri?. Sebagai contoh Tengku Zafrul yang kalah kepada DS Dr Dzulkifly diangkat sebagai menteri, sedangkan Dr Dzul atau MP Umno yang menang boleh sahaja diberikan hak sebagai Menteri. 

5.1: Calon² yang kalah tidak sewajarnya dilantik sebagai menteri, ianya menafikan kebolehan MP² lain, Sewajarnya cukuplah mereka yang kalah ditawarkan sebagai Setiausaha² kerja kepada menteri. Saifuddin Nasution sendiri mempunyai pengalaman sebagai SU kepada menteri. 
*Sayugia disebut DSZH menang majoriti hanya 348 undi berbanding DS Hishamuddin Hussein Onn dengan majoriti 10,880 undi.* Apa lebihnya Zahid yang ditolak oleh Bagan Datuk berbanding DS Ismail Sabri? 

6. Jika PM DSAI tidak mahu Kerajaan Minoriti ini bertukar sebagai *Kerajaan Hoi Ya Hoi*, jawatan Menteri Kewangan sangat tidak wajar disandang oleh PM sendiri. Ianya berlawanan dengan Manifesto PH.
Janji 12 : Menghadkan tempoh khidmat PM.
Perenggan 3 *Perdana Menteri tidak akan memegang kementerian lain terutamanya Menteri Kewangan*.
Bukankah Rafizi sendiri menfailkan Rang Undang² Akta menghalang PM melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan? 

*Kenapa PM DSAI yang menggariskan janji tersebut sebaliknya beliau yang melanggar janji beliau sendiri*? 

7. Dap mungkin tidak berpuas hati dengan jumlah 4 Kementerian. Tetapi mereka sangat berkehendakkan kementerian yang sangat strategik - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (Nga Kor Ming). Telah berkali-kali Dap mendesak agar pilihanraya PBT diadakan dan gagal, tetapi dengan kuasa yang ada tidak lagi membataskan kehendak mereka. Sementelahan 3+1 YB Dap menjawat jawatan Exco yang sama di 4 negeri. 
YB Teo Kok Seong - Negeri Sembilan
YB Ng Sze Han - Selangor 
YB Sandra Ng Shy Ching PKR - Perak. 
YB Jaghdeep Singh Deo - Pulau Pinang

Mereka akan bertanggung jawab ke atas PBT, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa. Ke mana akan tumpah emas dan ke mana dibuang habuk karat tidak berguna? 

8. Pihak media luar negara telah membangkitkan perihal lantikan Zahid sebagai TPM. Komen² negatif akan menatijahkan pelaburan luar, dasar hubungan luar dan sebagainya. Cermin negara dikotorkan dengan lantikan tersebut.

Sebagai contoh; 
*Malaysia's Anwar names graft-haunted Ahmad Zahid Hamidi as DPM* South China Morning post.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan