Jumaat, 5 November 2021

MENGHARGAI...

KeKadang jiwa perlu diberi peringatan, 
Diberi sentapan, diberi teguran 
agar diri  tak terus terleka.
Andai ada mereka yang nak
bagi teguran, nak kata sesuatu, 
Dengarlah. jangan suruh dia berhenti. 
Mungkin ada sesuatu yang baik
Dia nak sampaikan..
Jangan ego angkuh dan sombong 
Dengarlah andainya baik ambiklah
Andainya buruk tinggalkanlah
Tanpa kita sedar
Masih ada yang menerima 
segala kurang dan lebih kita
Masih ada yang sudi 
Memeluk diri saat jatuh dan bangun. 
Masih ada yang menangis dalam
Doa menyebut nama kita. 
Tanpa sedar, 
kekadang dia sentiasa
bersama kita. 
Cuma kita masih 
Tak kenal erti MENGHARGAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan